Posted by: Habib Ahmad | 30 April 2015

BELAJAR HADITH BEGINI CARANYA..

Gambar hiasan : Majis Ilmu bersama Sheikh Dr Ali Jum’ah

Oleh : Ustaz Mohd Dailami

Semasa saya belajar hadith, Sheikhul hadith kami mengamalkan method yang digunakan oleh Imam Ashabul hadith guru kepada Imam Syafi’e rah iaitu Imam Malik, Imam Malik akan meminta pelajarnya membacakan hadith dan beliau kemudiannya mensyarahkan hadith yang dibaca, begitu juga guru kami meminta pelajar pelajarnya membaca hadith di dalam kelas Sahih Bukhari, beliau mensyarahkannya satu persatu bagi menerangkan tentang makna khususnya dan usul hadith apabila perlu dibahaskan, terutamanya point point penting didalam usul hadith seperti sejumlah kecil hadith Imam Al Bukhari berkata “Qaala Lanaa” (Seseorang berkata kepada saya) atau berkata “Qaala Lii Fulaanun Kaza” (Fulan berkata kepada saya begini) atau “Zaadanii” (Seseorang memberikan tambahan kepada saya) atau perkataan semisal, ianya dianggap muttasil menurut jumhur ulama’ hadith, kerana Imam Bukhari mendatangkan hadith seperti ini bukan dalam perkara pokok atau hadith utama, ia cuma untuk menguatkan hadith Sahih yang lain, ada beberapa kritikan tentang hadith ini yang seingat saya tidak sampai 20 hadith namun telah pun dijawab dan dibahaskan oleh Al Hafiz Ibn Hajar didalam Syarh An Nukhbatul Fikar, Al Ilma’ Qadi Iyad, Taqrib wa Taysir dari Imam Nawawi, muqaddimah Ibn Salah, Alfiyat Iraqi dan Suyuti, Tawjih an Nazr dan lain lain secara panjang lebar didalam perbahasan Tadlis.

Al Imam Tirmidhi merupakan murid kepada Imam Bukhari, Imam Tirmidhi selalu memetik kata kata Imam Bukhari terutamanya dalam perbahasan (علل) dalam memperincikan dan memperhalusi perbahasan hadith.

Didalam bab Fekah Imam Tirmidhi tidak memetik pendapat dari Imam Bukhari sebaliknya selalu mengambil pendapat Imam Syafi’e, Imam Sufyan, Imam Malik dan Ahl Kufah yang merupakan pakar di dalam bidang Fekah perundangan Islam.

Semasa mempelajari Sahih Bukhari dalam minggu pertama, sampai kepada giliran saya untuk membaca hadith, saya membaca dan guru kami mensyarahkannya kepada kelas, selepas itu Sheikhul hadith kami berkata mulai dari hari ini saya mahu lelaki ini (saya) yang membacakannya sehingga habis, saya menerima tugas ini dan membacakan setiap hadith Bukhari sehingga tamat, lebih kurang 7 ribu hadith yang sempat dipelajari dalam kelas Bukhari, saya tidak menganggap ianya sebagai satu beban tetapi menganggapnya sebagai satu penghormatan yang mana jika pun ada secebis keberkatan di dalam ilmu hadith yang saya pelajari pada hari ini, ia mungkin disebabkan perkara ini.

Didalam tradisi aliran deobandi, para pelajar diwajibkan membuat persediaan 6 tahun mempelajari kepelbagaian ilmu lain, ada setengahnya sehingga 7-8 tahun.Ia bagi menguatkan kefahaman tentang hadith yang diriwayatkan dalam pelbagai jalan dan pendapat dan mengetahui dengan setiap terperinci tentang dalil dalil yang wajib difahami.

Amatlah malang seorang yang tidak mempunyai kerangka ilmu dan mempelajari beberapa hadith dengan tujuan untuk berbahas atau berdebat dengan ahli ilmu, lalu menunjukkan kesalahan itu dan ini (mengikut kefahamannya) serta tidak mempunyai adabul ikhtilaf dalam menghormati pandangan dan ijtihad Ulama’ muktabar lalu terus menerus menimbulkan kecelaruan dan suasana yang tidak harmoni selain menimbulkan kebencian dikalangan umat Islam itu sendiri dengan tidak menghiraukan disiplin disiplin ilmu atau lebih tepat dengan tidak mengetahui disiplin ilmu, kerana pendapatnya dirasa amat penting dinilai benar, maka dengan sikap ini ilmu yang dipelajari tidak sedikit pun memberi manfaat malah memberi kemudharatan yang nyata.

Sedangkan setiap pengikut aliran yang sesat juga selalu berkata “biarlah orang menuduh sesat dan menyeleweng sekali pun, asalkan kita berada dipihak yang benar.”

Persoalannya adakah kebenaran yang dianggap benar itu benar? Penganut agama lain juga menganggap mereka dipihak yang benar.Sejauh mana kebenaran itu?

Semoga Allah memberikan kepada kita semua taufiq dan hidayah, kami memohon pertolongan kepadaMu ya Allah sebagai hamba yang tiada daya dan kekuatan kecuali dariNya.Kami memohon petunjuk Allah yang tidak akan menyesatkan orang yang telah mendapatkannya.

Amin…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: