Posted by: Habib Ahmad | 2 Oktober 2014

Keangkuhan Orientalis Tentang Hadith!!!!

10 10 2012
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Surah ali-‘Imran, 3: 102)

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya. Dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا (٧٠) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا(٧١)

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah al-Ahzab, 33: 70-71)

أما بعد,

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ

“Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah Kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad صلى الله عليه وسلم. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Bab: Kaifa al-Khuthbah, 6/27, no. 1560)

Menyingkap Syubhat Orientalis Tentang Hadith

(Disusun oleh Ustaz Dr. Muhammad Nur Ihsan hafizullah)

Majalah As Sunnah Edisi 10/Thn XV/Rabi’ul Awal 1433H/Februari 2012M

Tidak diragukan bahawa hadith adalah masdar at talaqqi (sumber kedua pengambilan hukum) dalam Islam. Ia adalah wahyu dari Allah Ta’ala seperti Al Quran. Dan sungguh hadith yang mulia ini sejak kemunculan Islam telah menghadapi bermacam serangan, celaan dan kritikan dari musuh-musuh Allah dan RasulNya baik dari yang bukan Islam atau orang munafiqin. Mereka ingin memadamkan cahaya Islam dengan bermacam makar dan propaganda, akan tetapi Allah Ta’ala tetap memelihara agama dan menyempurnakan cahayaNya.

يُريْدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُوْرَ اللهِ بِأَفْۈهِِِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُُ ووَلَوْكَرِهَ ٱلكفِرُونَ ۝

“Mereka (orang-orang kafir) ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, [dan Allah tidak mengkehendaki -ed] sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya (agama)Nya sekalipun orang-orang kafir tidak senang.” (As-Shaf 61:3) [Pembetulan dari editor: at-Taubah 9:32]

Sejak awal abad 20 Masihi, sungguh Hadith telah menghadapi bermacam cubaan, celaan, kritikan dari kaum orientalis. Mereka menebarkan bermacam syubahat tentang Hadith dengan tujuan menjauhkan kaum Muslimin dari agama mereka dan menanamkan bermacam keraguan dalam diri kaum Muslimin. Mereka diikuti oleh para neo-orientalis dan kaum munafiq yang membeo (mengikuti) kepada mereka. Mereka rela menjual aqidah dan prinsip agama mereka kepada non-Muslim untuk menghancurkan Islam dari dalam dan menggunting kain dalam lipatan.

Di antara tokoh utama orientalis yang berada dalam barisan hadapan dalam menghujah Islam dan mengkritik Hadith adalah Ignaz Goldziher (1850-1921M) (Lihat biografinya di kitab al-A’lam karangan az-Zirikli (1/84) ) seorang Yahudi yang menulis kitab “al-Aqidah wasy Syari’ah fil Islam” dan Joseph Schacht (1902-1969M) (Lihat biografinya di kitab al-Uyubul Manhajiyyah fi Kitabatil Mustasyriq Syakhat al Muta’alliqah bis Sunah an Nabawiyyah” karangan Dr. Khalid bin Manshur ad-Durais (hlmn5-13) ) seorang Nasrani (Kristian) yang berasal dari Inggeris, penulis kitab “Ushul al-Fiqh al-Muhammadi”. (Christiaan Snouck Hurgronje, dan Edmund Castell juga merupakan antara tokoh orientalis silam pada 1606-1685M-ed) .Karya tulis mereka inilah yang dijadikan sebagai rujukan dan referensi utama oleh dunia barat dalam mengkaji Islam khusus sekali di kalangan para orientalis yang datang setelah mereka dan para PEMBEO (pengikut) mereka yang berasal dari dunia timur yang mempelajari Islam di dunia barat, atau yang terkontaminasi (diracuni-ed) dengan pemikiran mereka, khusus sekali dalam bidang mengkaji Hadith dan Fiqh Islam.

Mereka telah menyebarkan bermacam syubahat tentang Islam dan Hadith secara khusus, akan tetapi Allah Ta’ala senantiasa menjaga agamaNya dan memelihara Hadith NabiNya dengan membangkitkan para Ulama dari masa ke masa untuk memperjuangkan Hadith dan membentenginya dari bermacam propaganda dan makar musuh Islam. Mereka menepis syubahat-syubahat yang dilancarkan para musuh yang menentang Hadith, dengan dalil dan hujjah yang nyata dari Al Qur’an dan Hadith serta logik akal yang sihat.

Berikut penulis akan menyebutkan sebahagian syubahat orientalis tentang Hadith, dan bantahan Ulama Islam terhadapnya.

SYUBAHAT PERTAMA:

Larangan Nabi صلى الله عليه وسلم dari Menulis Hadith.

——————————————————————————–

Para orientalis dan para pengikut mereka mengatakan bahawa seandainya Hadith tersebut hujjah atau dalil tentu Nabi sallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk menulisnya, dan para Sahabat dan Tabi’in yang datang sepeninggalan Beliau صلى الله عليه وسلم tentu akan melakukan hal itu sehingga dengan demikian boleh dipastikan validity atau kebenarannya, sebagaimana Al Qur’an. Namun kenyataannya, Nabi صلى الله عليه وسلم melarang penulisan Hadith dan memerintahkan untuk menghapuskan apa yang pernah ditulis, begitu juga para Sahabat dan Tabi’in sepeninggalan Beliau صلى الله عليه وسلم. Bukan hanya itu sahaja, bahkan sebahagian mereka tidak mahu menyampaikan hadith atau mengurangi atau menyedikitkan hal itu dan bahkan sebahagian yang lain melarang dari memperbanyak menyampaikan dan meriwayatkan hadith. (Lihat kitab as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam – Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha karangan ‘Imad Sayyid Asy Syarbini (1/266) )

Mereka menyebutkan dalam hal ini, sebahagian hadith, seperti hadith (yang bermaksud),

“Janganlah kalian tulis dariku selain Al Qur’an, barangsiapa yang menulis sesuatu selain Al Qur’an maka hendaklah ia hapuskan.”

(HR Muslim dalam Shahihnya no. 3004. Dari Hadith Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anh)

Para orientalis mengatakan bahawa hadith-hadith yang melarang menulis Hadith adalah palsu, hadith tersebut hanya sebagai hasil proses perkembangan agama (ideology), politik dan social yang muncul dalam Islam, sebagaimana yang dikatakan oleh tokoh orientalis: Ignaz Goldziher (Dalam kitabnya al-Aqidah wasy Syari’ah fil Islam, hlm. 53,251. Dan lihat kitab as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam – Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha 1/267 dan 348)

——————————————————————————–

Jawaban:

Pernyataan di atas adalah pendapat yang batil dan tidak benar, kerana tidak berlandaskan penelitian yang objektif dan ilmiah. Pendapat itu hanya berlandaskan hawa nafsu dan pemahaman yang salah serta rasa kebencian yang mendalam kepada Islam dan sunnah secara khusus, berikut beberapa argumentasi yang menjelaskan tentang kebatilannya:

Pertama: Tidak diragukan keshahihan hadith Abu Sa’id al-Khudri رضي الله عنه yang meriwayatkan larangan Rasulullah صلى الله عليه وسلمdari menulis hadith, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shahihnya. Namun, para orientalis dan para pengikut mereka menutup mata dan meninggalkan hadith-hadith yang memerintahkan para Sahabat dan memotivasi mereka untuk menghafal hadith kemudian menyampaikan dan meriwayatkannya. Pada waktu yang sama Rasulullah صلى الله عليه وسلمmemberikan ancaman keras terhadap kebohongan atas nama beliau, sebagaimana yang terdapat dalam hadith yang shahih, dalam hadith Haji Wada’ Beliau صلى الله عليه وسلم bersabda:

ﺍﻻ ﻠﻴﺒﻟﻎ ﺍﻠﺷﺎﻫﺪ ﺍﻠﻐﺎﺌﺐ ﻔﻟﻌﻞ ﺑﻌﺾ ﻣﻥ ﻴﺒﻠﻐﻪ ﺃﻥ ﻴﻛﻭﻦ ﺃﻭﻋﻰ ﻠﻪ ﻣﻥ ﺑﻌﺾ ﻣﻥ ﺴﻤﻌﻪ

“Hendaklah yang hadir menyampaikan (apa yang ia dengar) kepada yang tidak hadir, boleh jadi sebahagian yang menerimanya (hadith) lebih memahami (maksud)nya dari sebahagian orang yang mendengar langsung.” (HR al-Bukhari (no. 7447) dan Muslim (no.1679) )

Beliau صلى الله عليه وسلم juga bersabda:

ﻧﺿﺭ ﭐﷲ ﺍﻤﺭﺃ ﺴﻤﻊ ﻤﻧﺎ ﺣﺩﻴﺛﺎ ٬ ﻓﺤﻅﻪ ﺤﺗﻰ ﻴﺑﻠﻐﻪ ٬ﻓﺭﺐ ﺤﻤﻞ ﻓﻘﻪ ﺇﻠﻰ ﻤﻦ ﻫﻭ ﺃﻓﻘﻪ ﻤﻧﻪ ٬ ﻭﺮﺐ ﺣﺎﻣﻞ ﻓﻘﻪ ﻠﻴﺲ ﺒﻔﻘﻴﻪ

“Semoga Allah menjadikan berseri-seri wajah seseorang yang mendengar dari kami sebuah hadith, lalu ia menghafalnya dan menyampaikannya (kepada orang lain), boleh jadi yang membawa fiqih (ilmu/hadith) menyampaikannya kepada orang yang lebih faham darinya, dan boleh jadi seseorang yang memiliki fiqih (hadith) bukanlah orang faqih (yang memahami secara mendalam tentang hadith tersebut-pen).” (HR Abu Daud dalan Sunannya no. 3660, dan at-Tirmidzi dalam Sunannya no. 2656, beliau berkata: “Hadith hasan.”)

Dan Beliau صلى الله عليه وسلم juga bersabda:

ﻤﻦ ﺣﺪﺙ ﻋﻧﻲ ﺒﺣﺩﻴﺙ ﻴﺮﻯ ﺃﻨﻪ ﻛﺫﺏ ٬ ﻓﻬﻭ ﺃﺤﺪ ﺍﻠﻛﺎﺫﺒﻴﻦ

“Barangsiapa yang menyampaikan atas namaku sebuah hadith, ia menduga/mengetahui bahawa itu suatu kebohongan, maka ia adalah salah seorang pembohong.” (HR Muslim dalam Muqaddimah Shahihnya (1/8) )

Dan hadith-hadith yang lain yang senada yang memerintahkan untuk menghafal hadith dan menyampaikannya serta perintah untuk berhati-hati dalam hal itu, agar tidak menisbatkan kebohongan dan hadith-hadith palsu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Hal ini menjelaskan urgensi (keutamaan-ed) sunnah dalam Islam, bahawa ia adalah hujjah dan sumber hukum dalam segala perkara agama, bukan hasil proses perkembangan ideologi, politik dan sosial yang dialami oleh kaum Muslimin, sebagaimana yang dikatakan oleh para orientalis dan para pembeo (pengikut) mereka.

Kedua: Telah terdapat hadith-hadith yang shahih yang memerintahkan dan mengizinkan untuk menulis hadith, sebagaimana hadith berikut:

ﻋﻦ ﻋﺑﺪﭐﷲ ﺑﻦ ﻋﻣﺭﻭ ٬ ﻗﺎﻞ : ﻛﻧﺖ ﺃﻛﺗﺐ ﻛﻞ ﺸﻲﺀ ﺃﺴﻤﻌﻪ ﻤﻦ ﺭﺴﻮﻞﭐﷲ ﺼﻠﻰ ﭐﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺴﻠﻢ

ﺃﺭﻴﺪ ﺣﻔﻅﻪ ٬ ﻓﻧﻬﺘﻧﻲ ﻗﺭﻴﺶ ﻭ ﻗﺎﻠﻭﺍ : ﺃﺗﻛﺗﺐ ﻛﻞ ﺷﻲﺀ ﺗﺴﻤﻌﻪ ﻭ ﺭﺴﻭﻝﭐﷲ ﺼﻠﻰﭐﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺴﻠﻢ

ﺑﺷﺭ ﻴﺘﻛﻠﻢ ﻓﻲ ﺍﻠﻐﻀﺏ ٬ ﻭﺍﻠﺭﻀﺎ ٬ ﻓﺄﻤﺴﻛﺕ ﻋﻥ ﺍﻠﻛﺗﺎﺐ ٬

ﻓﺫﻛﺭﺖ ﺫﻠﻚ ﻠﺭﺴﻭﻝﭐﷲ ﺼﻠﻰﭐﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺴﻠﻢ ٬ ﻓﺄﻭﻤﺄ ﺑﺄﺼﻌﻪ ﺇﻠﻰ ﻓﻴﻪ ٬ ﻓﻘﺎﻞ :

((ﺍﻛﺘﺐ ﻓﻭﺍﻠﺬﻱ ﻧﻔﺴﻲ ﺒﻴﺪﻩ ﻤﺎ ﻴﺧﺭﺝ ﻣﻧﻪ ﺇﻻ ﺤﻖ ))

“Dari Abdullah bin Amru beliau berkata: awalnya saya menulis segala sesuatu yang saya dengar dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, saya ingin menghafalnya, lalu kabilah Quraisy melarang saya, seraya berkata, ‘Kamu menulis segala sesuatu yang kamu dengar dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sementara beliau adalah manusia, berkata dalam keadaan emosi dan redha.’ Lalu saya tinggalkan menulis hadith, kemudian saya sampaikan hal itu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu beliau menunjuk dengan jari ke mulutnya, seraya bersabda, “Tulislah, demi Dzat yang jiwaku berada di TanganNya, tiada yang keluar darinya kecuali kebenaran.” (HR Abu Daud dalam Sunannya no. 3646, Ahmad dalam Musnad 2/162 dan al-Hakim dalam Mustadrak 1/105, al-Hafidz Ibnu Hajar berkata, “Hadith ini mempunyai beberapa sanad yang saling menguatkan.” Lihat: Fathul Bari 1/250)

Dan hadith Abu Hurairah رضي الله عنه berkata: “Tidak seorang pun dari para Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلمbersabda: “Tulislah untuk Abu Syah” (HR al-Bukhari no. 112 dan 2434 dan Muslim no. 448.)

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata: “Tidak seorang pun dari para Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلمyang lebih banyak meriwayatkan hadith daripada saya, kecuali Abdullah bin Amr bin Ash, maka sesungguhnya beliau menulis (hadith) dan saya tidak menulis(nya)” (HR al-Bukhari dalam Shahihnya no. 113)

Dan dari Abdullah bin Amr رضي الله عنه, bahawa sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

ﻗﻴﺩ ﺍﻠﻌﻡ ﺑﺎﻠﻛﺗﺎﺑﺔ

“Ikatlah ilmu itu dengan tulisan” (HR al-Hakim dalam al-Mustadrak 1/106 dan ar-Ramahurmuzi dalam kitab al-Muhadditsul Fashil, hlmn. 365. Dan diriwayatkan juga ar-Ramahurmuzi dari Anan bin Malik dalam kitab yang sama hlm. 368 dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 10/460, dan sanadnya saling menguatkan, dan dishahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 4310 dan Silsilah Shahihah no. 2026.)

Begitu juga telah diriwayatkan dari banyak para Sahabat dan para Tabi’in dan perintah untuk menulis hadith, di antara mereka (dari para Sahabat); ‘Abdullah bin Amr bin ‘Ash, al-Bara’ bin ‘Azib, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Ibnu Abbas رضي الله عنهم. (Lihat perkataan mereka tentang izin menulis hadith dalam Sunnan ad-Darimi 1/432-438, Taqyidul Ilm, hlm. 87-89 dan al-Muhadditsul Fashil, hlm. 370.)

Nah, kenapa para orientalis dan para pengikut mereka- yang mengatakan bahawa mereka bersikap objektif dan ilmiah!, kenapa mereka menutup mata dan tidak menukil hadith-hadith yang mengizinkan dan memerintahkan untuk menulis dan meriwayatkan hadiths, MANA SIKAP OBJEKTIF DAN ILMIAH MEREKA dalam hal ini, atau mereka hanya bersikap objektif dalam perkara yang sesuai dengan hawa nafsu mereka, dan itulah kenyataannya, jadi pada dasarnya mereka adalah pengekor hawa nafsu.

Kemudian perlu diketahui bahawa Ulama yang berpendapat bahawa Hadith yang mengizinkan untuk menulis Hadith, telah menasakhkan (memansuhkan/memansuhkan) hukum hadith yang melarang dari menulisnya, di antara mereka:

Imam al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (1/294)

Ibnu Qutaibah dalam Ta’wil Mukhtalafil Hadith (hlm. 286)

an-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim (13/34)

bahkan Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menukil pendapat ini dari para Ulama. (Lihat Majmu’ Fatawa 18/318 dan 2/322.)

Ketiga: Adapun perkataan para orientalis bahawa “larangan tersebut menjelaskan bahawa hadith bukanlah hujjah” ini adalah kebatilan yang nyata, sebab para Ulama telah menjelaskan larangan tersebut bukanlah larangan secara mutlak, akan tetapi kerana beberapa factor, di antaranya:

1. Larangan tersebut khusus tentang penulisan Hadith bersama Al Qur’an dalam

satu lembaran, kerana dikhuatirkan akan terjadi percampur-bauran antara Al Qur’an dan Sunnah tanpa ada pembeza antara keduanya. (Lihat Ma’alimus Sunan (4/183) dan as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munagasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/288)

2. Larangan tersebut khusus di waktu turunnya Al Qur’an kerana dikhuatirkan akan tercampur Al Qur’an dengan selainnya, sedangkan izin untuk menulis adalah di waktu selain itu. (Lihat Zadul Ma’ad 3/457 dan Fathul Bari 1/251)

3. Sebab larangan tersebut kerana kekhuatiran akan menyibukkan kaum Muslimin dari memperhatikan Al Qur’an dan lebih mengutamakan Hadith, sehingga menyebabkan ditinggalkan Al Qur’an dan diabaikan. (Lihat as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/292-296)

4. Larangan tersebut disebabkan kekhuatiran munculnya sikap mengandalkan (mengutamakan-ed) tulisan sahaja

sehingga meninggalkan hafalan, oleh kerana Imam Ibrahim an-Nakha’I mengatakan:

“Tidak seseorang menulis kitab (ilmu) kecuali ia akan mengandalkannya (mengutamakannya)” (Lihat Muqaddimah “Sunan ad-Darimi1/139 dan Taqyidul ‘Ilm (hlm. 58-60) dan as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/297)

Dari apa yang diutarakan jelaslah kebatilan perkataan para orientalis dan para pengikut mereka bahawa factor yang menyebabkan larangan penulisan hadith adalah Nabi dan para Sahabat tidak ingin ada kitab lain bersama Al Qur’an, dan tidak dikehendaki hadith menjadi landasan agama yang Universal untuk selamanya seperti Al Qur’an serta menjelaskan bahawa para Sahabat melakukan ijtihad dalam menghadapi Hadith dan tidak menerimanya.

Ini adalah kenyataan yang batil dan kesimpulan yang keliru yang jauh dari sikap objektif dan penitian ilmiah. (Lihat bantahan terhadap kenyataan dan kesimpulan di atas kitab as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/302-307)

SYUBAHAT KEDUA:

Keterlambatan Penulisan Hadith.

——————————————————————————–

Para orientalis dan para pengikut mereka mengatakan: Penulisan Hadith baru dilakukan di awal abad kedua Hijriyyah, kerana pertama sekali memerintahkan untuk mengodifikasikan (mengkategorikan-ed) Hadith adalah Khalifa Umar bin Abdul Aziz رحمه الله yang menjawat jawatan khalifah pada tahun 99 H dan meninggal pada 101H.

Bahkan tokoh utama orientalis Ignaz Goldziher mengatakan, “Sesungguhnya bahagian terbesar dari hadith tiada lain kecuali hasil proses perkembangan religion (agama-ed) (ideology/pemikiran), politik dan social yang muncul pada abad pertama dan kedua, dan sesungguhnya tidak benar apa yang dikatakan bahawa hadith adalah dokumentasi (landasan) Islam pada masa awal kelahirannya, akan tetapi ia adalh peninggalan dari usaha Islam di zaman kematangan atau keemasannya.” (Lihat Al-Aqidah wasy Syari’ah fil Islam hlm. 53, 251 lihat: as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munagasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/348) )

Perkataan Ignaz Goldziher inilah yang dijadikan landasan oleh seluruh orientalis yang datang sepeninggalannya, khusus sekali, Joseph Schacht dan para neo-orientalis dalam keilmuan dan penelitian mereka tentang Islam. (Lihat kitab as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/348)

Dalam hal ini mereka berdalil dengan atsar yang dinukil oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya. Beliau rahimahullah berkata,

“Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada Abu Bakr Ibn Hazm, “Perhatikanlah hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلمlalu tulislah (Kodifikasikanlah), sesungguhnya saya khuatir hilangnya ilmu dan meninggalnya para Ulama, dan janganlah kamu terima kecuali hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم, dan hendaklah kalian sebarkan ilmu, dan hendaklah kalian duduk di majlis ilmu agar orang yang tidak tahu menjadi tahu, maka sesungguhnya ilmu tidak akan binasa/hilang kecuali dirahsiakan (tidak disebarkan)” (HR al-Bukhari – ta’liqan – dalam Kitab Ilmu dari Shahihnya 1/234)

——————————————————————————–

Jawaban:

Apa yang dikatakan para orientalis tentang keterlambatan penulisan Hadith adalah tidak benar. Hal itu disebabkan oleh kejahilan mereka tentang sejarah penulisan Hadith dan pengkodifikasiannya serta perkembangannya, dan jauhnya mereka dari sikap ilmiah dan objektik dalam hal ini, kebatilan tersebut ditinjau dari beberapa sisi:

Pertama: Bahawa mereka tidak memahami hakikat

-al-kitabah iaitu penulisan,

-at-tadwin iaitu pengkodifikasian,

-dan at-tashnif iaitu penyusunan,

mereka mencampur-adukkan antara ketiga hakikat di atas.

Al-kitabah bukanlah at-tadwin dan at-tadwin bukanlah at-tashnif.

Al-kitabah adalah hanya sekadar penulisan sesuatu tanpa perhatian mengumpulkan lembaran-lembaran yang ditulis dalam sebuah kitab,

Adapun at-tadwin adalah tahap yang terkemudian setelah penulisan, iaitu mengkodifikasikan lembaran-lembaran yang telah ditulis di dalam sebuah kitab.

Adapun at-tashnif (penyusunan) lebih khusus dari pengkodifikasian, kerana ia adalah penyusunan hadith-hadith yang telah ditulis dalam lembaran-lembaran yang telah dikodifikasikan dalam fasal-fasal tertentu dan bab-bab terpisah.

Berdasarkan hal ini, maka perkataan para Ulama, bahawa awal tadwin (pengkodifikasian) Hadith adalah pada akhir abad pertama, bukan bererti bahawa Hadith tidak ditulis selama masa itu, Namun maksudnya adalah bahawa Hadith telah ditulis dalam lembaran-lembaran yang terpisah dan belum sampai kepada tahap pengkodifikasian (pengumpulan)nya dalam kitab khusus.

Inilah yang tidak difahami oleh orientalis dan para pengikut mereka. Mereka memahami bahawa penulisan sama dengan pengkodifikasian. Dari sini jelaslah kekeliruan orang yang memahami perkataan,

“Orang yang pertama sekali mentadwin ilmu/hadith adalah Imam Ibnu Syihab az-Zuhri.” dengan orang yang pertama menulis hadith adalah Imam az-Zuhri. Ini jelas kekeliruan yang nyata, kerana penulisan bukan pengumpulan atau pengkodifikasian. .

Jadi perkataan di atas harus difahami dan diterjemahkan dengan benar, iaitu orang yang pertama sekali mengkodifikasikan lembaran-lembaran hadith yang telah ditulis dan menyusunnya adalah Imam az-Zuhri رحمه الله. (Lihat as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/350-351) )

Barangsiapa yang memperhatikan perkataan para Ulama dalam perkara ini, maka akan jelas baginya maksud mereka adalah pengkodifikasian bukan penulisan, seperti perkataan al-Hafidz Ibnu Hajar رحمه الله berikut:

“Orang yang pertama sekali mentadwin (mengkodifikasikan) hadith adalah Ibnu Syihab az-Zuhri pada awal tahun 100 (awal kedua Hijriyyah) berdasarkan perintah Umar bin Abdul Aziz, kemudian setelah itu bertambah banyak pengkodifikasian kemudian penyusunan, dan dengan demikian terwujudlah kebaikan yang banyak.” (Fathul Bari 1/251)

Kedua: Bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz رحمه الله tatkala memerintahkan untuk mengkodifikasikan Hadith, bukan bereti beliau memulai sesuatu yang tidak ada. Beliau telah berpegang kepada lembaran-lembaran hadith yang telah ditulis sebelumnya di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلمyang telah tersebar di seluruh penjuru dunia Islam tatkala itu. Ini adalah kenyataan ilmiah dan bukti sejarah yang tidak boleh dimungkiri (disanggah) oleh orang-orang yang bersikap ilmiah dan objektif dalam penelitiannya.

Ketiga: Kenyataan di atas dikuatkan oleh bukti sejarah yang authentic (tulen) tentang penulisan sunnah dalam lembaran-lembaran yang terpisah yang ada pada zaman para Sahabat, berikut adalah beberapa contoh tentang hal itu:

1.Perkataan Abu Hurairah رضي الله عنه: Tatkala Rasulullah صلى الله عليه وسلمtelah menakluki kota Makkah, beliau berdiri di hadapan manusia seraya berkhutbah, lalu salah seorang dari penduduk Yaman, namanya Abu Syah bertanya kepada beliau: Wahai Rasulullah, tulislah untukku, beliau bersabda: “Tulislah untuk Abu Syah” (HR Bukhari dalam Shahihnya hadith no. 112.

2.Begitu juga tulisan Nabi صلى الله عليه وسلمyang memuatkan tentang sedekah, diyah, kewajiban agama dan sunnah-sunnahnya yang beliau kirimkan kepada Amru bin Hazm tatkala diutus ke negeri Yaman. (HR Nasa’I dalam Sunannya no. 4852- 4859 dan Abu Ubadi Qasim bin Sallam dalam kitab al-Amwalhlm. 358-362. Dan lihat Dalailut Tautsiqil Mubakkir lis Hadith karangan Dr. Imtiyaaz Ahmad hlm. 368, dan as- Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/353)

3.Tulisan Abu Bakar ash-Shiddiq رضي الله عنه kepada Anas bin Malik رضي الله عنه tatkala mengutus beliau ke Bahrain, tentang kewajiban-kewajiban sedekah/zakat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

4.Tulisan Umar bin al-Khattab رضي الله عنه yang beliau kirimkan kepada ‘Utbah bin Farqad yang berada di Azerbaijan yang berisi larangan Rasulullah صلى الله عليه وسلمtentang larangan memakai kain sutera bagi lelaki, kecuali seukuran jari telunjuk dan jari tengah. (HR Bukhari dalam Shahihnya no. 5828)

5.Ash-Shahifah ash Shadiqah (lembaran-lembaran hadith yang authentic (tulen)) ditulis dan dikumpulkan oleh Abdullah bin Amru bin al ‘Ash رضي الله عنه yang beliau dengar dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Sekalipun tulisan asli beliau tidak ditemui, akan tetapi kandungannya tetap terjaga utuh sebagaimana dalam Musnad Imam Ahmad رحمه الله. (Lihat Musnad Abdullah bin Amru bin ‘Ash dalam Musnad Imam Ahmad 2/158 s/d 227.) Kendatipun, ini tidak mengurai (menafikan-ed) keabsahan shahifah tersebut kerana ia pada dasarnya adalah hasil dari riwayat hadith yang beliau dengar dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sebagaimana yang terdapat dalam pernyataan beliau,

“Awalnya saya menulis segala sesuatu yang saya dengar dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, saya ingin menghafalnya, lalu kabilah Quraisy melarang saya, seraya berkata, ‘Kamu menulis segala sesuatu yang kamu dengar dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sementara beliau adalah manusia, berkata dalam keadaan emosi dan redha.’ Lalu saya tinggalkan menulis hadith, kemudian saya sampaikan hal itu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu beliau menunjuk dengan jari ke mulutnya, seraya bersabda, “Tulislah, demi Dzat yang jiwaku berada di TanganNya, tiada yang keluar darinya kecuali kebenaran.” (HR Abu Daud dalam Sunannya no. 3646, Ahmad dalam Musnad 2/162 dan al-Hakim dalam Mustadrak 1/105, al-Hafidz Ibnu Hajar berkata, “Hadith ini mempunyai beberapa sanad yang saling menguatkan.” Lihat: Fathul Bari 1/250)

6. Ash Shahifah ash shahihah yang ditulis oleh Hammam bin Munabbih, suami anak perempuan Abu Hurairah رضي الله عنه, yang beliau tulis di hadapan Abu Hurairah. Shahifah ini memiliki beberapa keistimewaan khusus dalam pengkondifikasian Hadith, sebab ia -alhamdulillah- masih ditemukan dalam keadaan utuh sebagaimana yang diriwayatkan dan ditulis oleh Hammam bin Munabbih dari Abu Hurairah رضي الله عنه langsung, maka pantaslah ia dinamakan “ash shahifah as-Shahihah” (Shahifah ini diriwayatkan dengan teksnya oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya 2/213 s/d 319. Dan dicetak berulang kali secara tersendiri dengan tahqiq Dr Muhammad Humaidullah.) sebagaimana halnya dengan “ash shahifah as-Shahihah” yang ditulis oleh Abdullah bin Amru bin Ash.

Inilah sebahagian lembaran-lembaran yang ditulis di zaman para Sahabat yang memuatkan hadith-hadith Rasulullah sallahu صلى الله عليه وسلم, dan masih banyak di lembaran-lembaran yang lain yang ditulis oleh para Sahabat رضي الله عنهم. (Lihat Dirasat fil Haditsin Nabawi wa Tarikh Tadwinihi karya Dr. Muhammad Mustapha al-A’dzami, 1/92-142). Hal ini menjelaskan bahawa Hadith baru ditulis di awal abad kedua Hijriyyah.

Hal ini juga menjelaskan kepada kita kebatilan perkataan orientalis bahawa, Hadith adalah hasil proses perkembangan ideology atau pemikiran, politik dan social atau budaya dalam kehidupan kaum Muslimin, bukan wahyu atau syariat yang diturunkan oleh Allah dan yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada umatnya. Ini juga menjelaskan kebatilan ucapan yang senada yang dikatakan oleh neo-orientalis bahawa Islam itu adalah budaya Arab, bukan konsep atau sistem kehidupan yang relevan dengan zaman sekarang! atau kalimat yang senada dengannya, mereka pada dasarnya hanya membeo (mengikut-ed) kepada para orientalis yang telah nyata kebencian mereka terhadap Islam. Masih adakah dari kalangan mereka orang-orang yang berfikir secara objektif dan bersikap ilmiah dalam penelitian mereka, jauh dari sikap tendensial (kecenderungan) dan fanatisme golongan?!

SYUBAHAT KETIGA:

Periwayatan Hadith dengan Makna.

——————————————————————————–

Mereka mengatakan : Keterlambatan penulisan sunnah menimbulkan kesan negatif yang besar terhadap Hadith itu sendiri. Keadaan ini menyebabkan munculnya periwayatan Hadith dengan makna, sehingga methodology ini mejadi kaedah dasar yang invariable yang diakui di kalangan Ulama hadith, sehingga perhatian mereka terhadap makna lebih besar dari perhatian terhadap lafadz hadith. Sehingga hilanglah keaslian lafadz-lafadz hadith dan maknanya yang menyebabkan para ahli nahwu atau bahasa tidak berdalil dengan lafadz-lafadz hadith nabawi dalam menetapkan bahasa dan kaedah nahwu, kerana kekhuatiran bahawa lafadz-lafadz tersebut telah diwarnai oleh keperibadian para perawi. (Lihat as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/375) )

——————————————————————————–

Jawaban:

Pernyataan di atas juga tidak benar, jauh dari penelitian yang objektif dan ilmiah, berdasarkan beberapa point berikut:

Pertama: Periwayatan dengan makna bukanlah kaedah dasar dalam meriwayatkan hadith menurut Ulama hadith, bahkan menjadi kaedah dasar dalam hal ini adalah periwayatan hadith dengan lafadznya. Di antara bukti nyata menjelaskan hal ini adalah perbezaan pendapat para Ulama tentang hukum meriwayatkan hadith dengan makna kepada dua pendapat:

Periwayatan hadith dengan makna tidak diperbolehkan bagi orang yang tidak memahami makna dan maksud lafadz dalam Bahasa Arab, dan tidak mengetahui sinonim kata. Ini adalah perkara wajib tanpa ada perbezaan (khilaf) di kalangan Ulama. Kerana orang yang tidak mengetahui hal tersebut tentu akan salah dalam meriwayatkannya. Adapun orang yang mengetahui makna dan lafadz-lafadz Bahasa Arab dan perbezaannya, maka para Ulama Salaf, Ahlul Hadith dan para fuqaha berbeza pendapat tentang hukumnya, majoriti mereka membolehkan hal itu (meriwayatkan dengan makna) jika ia memastikan mampu menyampaikan makna lafadz hadith yang ia dengar.
Melarang meriwayatkan hadith dengan makna secara mutlak, bahkan wajib menukilkan lafadz hadith sebagaimana aslinya, tanpa ada perbezaan antara orang yang mengetahui makna lafadz hadith atau tidak. Ini adalah pendapat majoriti Salaf, orang-orang yang teliti dalam meriwayatkan hadith, dan ini adalah pendapat Imam Malik رحمه الله dan majoriti Ahlul Hadith dan Zhahiriyyah.
Jadi hukum asal periwayatan hadith adalah periwayatan dengan lafadz bukan dengan makna, adapun periwayatan dengan makna adalah cabang bukan asal, dan itupun hanya bagi orang yang menguasai dan memahami makna lafadz hadith, bukan secara mutlak. (Lihat as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/376) )

Kedua: Kendatipun hukum asal periwayatan hadith adalah dengan makna menurut pendapat para orientalis dan para pengikut mereka, akan tetapi tentu tidak akan menimbulkan kesan negatif yang besar terhadap hadith itu sendiri sebagaimana yang mereka bayangkan dan katakan, iaitu hilangnya kepercayaan terhadap keabsahan lafadz hadith dan maknanya. Kerana perbezaan lafadz hadith-hadith nabawi tidak disebabkan oleh periwayatan hadith dengan makna sahaja, akan tetapi ada faktor-faktor yang lain yang menyebabkan hal itu seperti:

-perbezaan waktu dan tempat

-kejadian dan keadaan

-orang yang mendengar dan yang meminta fatwa

-para utusan yang datang dan yang diutus, dan yang lain-lain.

Berdasarkan perbezaan tersebut maka berbeza pula jawaban dan lafadz hadith yang disampaikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Ketiga: Kemudian pernyataan mereka bahawa tidak seorang pun ahli bahasa dan nahwu dari kalangan mutaqaddimin berdalil dengan hadith. Seandainya ini benar, bererti mereka tidak membolehkan berdalil dengan hadith dalam penetapan kaedah bahasa Arab dan bukan juga kerana ketidakabsahan berdalil dengan hadith dalam hal ini, akan tetapi kerana ketidaktahuan mereka tentang hadith yang marfu’ (sampai-ed) yang sahih dari Rasulullah sصلى الله عليه وسلم , kerana keterbatasan ilmu mereka dalam hal ini.

Akan tetapi, hakikat keilmiahan menjelaskan kesalahan pernyataan di atas, kerana para Ulama yang pakar ahli bahasa dan ahli nahwu telah berdalil dengan hadith dalam menetapkan ilmu bahasa dan nahwi, seperti Ibnu Malik rahimahullah yang pakar nahwu dan ahli hadith. Beliau banyak berdalil dalam hadith dalam disiplin ilmu ini, oleh kerana itu ash-Shafadi mengatakan,

“Ibnu Malik رحمه الله adalah seorang yang sangat banyak berdalil (tentang nahwu/bahasa-pen) dengan Al Qur’an, jika ia tidak menemukan di dalamnya dalil, maka beliau berpindah kepada hadith, jika beliau tidak menemukan dalil dalam hadith maka beliau berpindah ke syi’ar-syi’ar Arab.” (Lihat Bugyatul Wu’at fi Thabaqat al Lugawiyyin wan Nuhat karya as-Suyuthi 1/134.)

Jadi jelaslah kebatilan pernyataan di atas bagi orang-orang yang masih berfikir secara objektif dan bersikap ilmiah, akan tetapi para pengekor hawa nafsu tentu berpaling dari kebenaran hakikat yang valid (benar). (Lihat as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/385 s/d 394) )

SYUBAHAT KEEMPAT:

Banyak Munculnya Pemalsuan & Para Pemalsu Hadith yang Menyebabkan Berkurangnya Kepercayaan Terhadap Hadith

——————————————————————————–

Mereka mengatakan , bahawa di antara kesan negatif dari keterlambatan penulisan hadith setelah abad pertama Hijriyyah adalah terbuka luas pintu periwayatan dan pemalsuan hadith tanpa batas dan aturan. Semenjak fitnah terbunuhnyaKhalifah Utsman bin Affan رضي الله عنه sehingga jumlah hadith-hadith palsu yang berkembang telah melebihi puluhan ribu (pelik!!!-orientalis tahu pula hadith-hadith itu palsu, bagaimana agaknya? sudah semestinya dari pengkategorian oleh Ulama hadith juga-ed) yang berkembang telah melebihi puluhan ribu yang masih terdapat dalam literature-literature dan kitab-kitab hadith yang ada di tangan kaum Muslimin di belahan timur dan barat, yang menyebabkan berkurangnya kepercayaan terhadap keshahihan/keabsahab hadith dan menjadikan seseorang tidak percaya dengan Hadith . (Lihat as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/395) )

Kesimpulan dari syubhat ini adalah bahawa mereka mengingkari keberadaan Hadith sebagai hujjah dalam penetapan hukum dan mencela kredibiliti dan kejujuran para perawi hadith yang hidup di ketiga kurun yang mulia iaitu para Sahabat, tabi’in dan tabi’ut tabi’in rahimahumullah.

——————————————————————————–

Jawaban:

Pernyataan di atas jelas merupakan kebatilan dan kebohongan yang nyata, kesimpulan yang jauh dari sikap penelitian yang ilmiah dan sikap yang objektif, hal ini terlihat dari beberapa point berikut:

Pertama: Tidak disangkal bahawasanya telah muncul para pembohong dan para pemalsu hadith yang membuat hadith-hadith palsu. Mereka menisbatkannya (mengaitkannya) kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menebarkan bermacam-macam fitnah. Namun para orientalis pura-pura bodoh atau mereka benar-benar bodoh tentang hakikat sejarah yang mewarnai dan mendominasi kehidupan kaum Muslimin tentang Hadith Nabawiyyah. Kerana betapa banyak para perawi hadith yang amanah dan jujur serta memiliki kredibiliti yang tinggi, begitu juga para Ulama Hadith yang memiliki loyality (ketaatan) besar kepada Hadith yang membentengi dan menjaga Hadith-Hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan benteng yang kuat yang tidak mampu ditembus oleh para pemalsu dan pembohong. Sehingga para Ulama Hadith dengan taufiq Allah, kemudian dengan keilmuan yang luas, ketelitian, kesungguhan dan kesabaran, mereka mampu menyingkap selok-belok para pembohong dan membongkar niat jelek mereka dan menepis segala propaganda dan makar yang mereka lancarkan untuk menghancurkan Islam, sehingga tidak tertinggal sedikit pun peluang bagi para pemalsu dan pembohong untuk mempermainkan Hadith dan menodai kesuciannya. Sehingga muncullah banyak karya para Ulama yang mengupas dan menyingkap tentang perihal para pemalsu dan hadith-hadith palsu. (as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/399).)

Kedua: Adapun perkataan para orientalis bahawa pemalsuan hadith telah muncul sejak zaman Nabi صلى الله عليه وسلم dan pemalsuan tersebut dilakukan oleh para Sahabat, maka ini jelas suatu kebohongan yang nyata, dan para Sahabat berlepas diri dari kedustaan ini. Kerana keadaan dan perihal para Sahabat yang hidup bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang telah mendapat rekomendasi dari Allah dan RasulNya yang telah mengorbankan jiwa raga dan harta mereka untuk memperjuangkan agama Allah, kecintaan kepada Allah dan RasulNya telah bersatu dengan darah dan daging mereka, mustahil dengan keadaan seperti ini mereka akan berbohong atas nama Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sedang mereka telah mendengar dan membaca ayat-ayat Al Qur’an dan Hadith-Hadith Nabawiyyah yang mengancam para pembohong dengan azab yang sangat pedih, seperti firman Allah Ta’ala:

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَذَبَ علَى اللَّهِ وَكَذَّبَ بِالصِّدْقِ إِذْ جَآءَهُ

“Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran ketika datang kepadanya?” (az Zumar 39:32)

Dan firman Allah Ta’ala:

قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

“Katakanlah: ‘Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tidak beruntung.’” (Yunus 10:69)

Dan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mutawatir (dari banyak jalan sanad/rawi):

ﻤﻦ ﻛﺫﺏ ﻋﻟﻲ ﻣﺗﻌﻤﺪﺍ ﻓﻟﻴﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺩﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ

“Barangsiapa yang sengaja berbohong atas namaku, maka ia telah menempah tempat duduknya di neraka.” (HR al-Bukhari no. 1291 dan Muslim no. 4)

Ketiga: Para Ulama berbeza pendapat bilakah munculnya pemalsuan hadith, kepada dua pendapat:

Pemalsuan hadith muncul di zaman Nabi sallahu ‘alaihi wa sallam
Pemalsuan hadith muncul tatkala munculnya fitnah yang dikobarkan apinya oleh orang yang benci kepada Islam, dan secara spesifik muncul pada tahun 40 Hijriyyah, selepas fitnah terjadi antara Ali dan Mu’awiyah rahimahumullah. Dan boleh jadi muncul setelah fitnah pembunuhan Khalifah Utsman bin Affan rahimahullah.
Terlepas dari perbezaan tersebut, yang jelas tidak mungkin pemalsuan tersebut muncul dari para Sahabat rahimahumullah yang dikenal dengan kejujuran, amanah dan loyality (ketaatan) tinggi terhadap agama dan Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Adapun yang mengatakan bahawa pemalsuan tersebut muncul di zaman Nabi, maka hal ini sama sekali tidak akan menimbulkan keraguan akan kejujuran para Sahabat, kerana yang hidup di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga banyak kaum munafiqin yang menyembunyikan kebencian kepada Islam dan kaum Muslimin. (Lihat as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/401-402 .)

Keempat: Sejak munculnya fitnah, maka para Ulama Salaf dan ahli hadith telah melakukan usaha yang optimal dan mengambil langkah-langkah positif untuk menjaga kesucian Hadith dari maka para pemalsu, sehingga mereka sangat berhati-hati dalam menerima riwayat, mereka tidak menerimanya kecuali diketahui kejujuran para rawinya dan keshahihan sanadnya, sebagaimana kata Imam Ibnu Sirin رحمه الله:

لم ﻴﻛﻭﻧﻭﺍ ﻳﺳﺄﻟﻮﻥ ﻋﻦ ﺍﻹﺳﻨﺎﺩ ٬ ﻓﻟﻤﺎ ﻭﻗﻌﺖ ﺍﻟﻓﺘﻨﺔ ٬ ﻗﺎﻟﻮﺍ : ﺳﻤﻮﺍ ﻟﻨﺎ ﺭﺟﺎﻟﻜﻢ ٬

ﻓﻴنظر ﺇﻟﻰ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺳﻧﺔ ﻓﻴﺌﺨﺬ ﺣﺩﻴﺜﻬﻢ٬ ﻭ ﻳﻨﻈﺮ ﺇﻟﻰ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺑﺪﻉ ﻓﻼ ﻴﺧﺆﺫ ﺣﺪﻳﺜﻬﻢ

“Dahulunya mereka tidak menanyakan tentang sanad (hadith), maka tatkala terjadinya fitnah, mereka mengatakan: ‘Sebutkan/jelaskan kepada kami para perawi kalian (sanad hadith),’ lalu diperhatikan siapa dari kalangan Ahlus Sunnah maka diterima Hadith mereka, dan diperhatikan siapa dari kalangan AhlulBid’ah (orang-orang yang mengada-adakan dalam agama, termasuk hadith-ed) maka tidak diterima Hadith mereka” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muqaddimah Shahihnya, hlm. 15)

Beliau juga mengatakan:

“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kalian mengambil agama kalian.” (Ibid, hlm. 14)

Kelima: Kemudian para ulama telah menentukan persyaratan-persyaratan yang sangat ketat dalam menerima riwayat Hadith dan untuk menentukan keshahihan Hadith dari kepalsuannya, yang semuanya itu merupakan penyebab munculnya disiplin ilmu yang merupakan keistimewaan umat ini, iaitu ilmu yang tidak dimiliki oleh selain umat Islam, iaitu ilmu “Mushthalah Hadith”, keilmuan yang sangat jitu dan teliti yang menjelaskan akan kegeniusan para Ulama Hadith dan kejituan mereka dalam menentukan kaedah-kaedah dasar dalam periwayatan dan menghukumi Hadith, ia merupakan benteng yang sangat kukuh untuk menjaga kesucian Hadith dari kekotoran tangan-tangan para perosak dan penebar fitnah dari kalangan ahlul bid’ah (pakar-pakar bid’ah) dan zindiq (munafiq).

Dari apa yang diutarakan jelaslah kebatilan syubhat-syubhat para orientalis dan para pembeo (pengikut) mereka dan nyatalah kebohongan mereka, dan bahawasanya hasil penelitian mereka tentang Islam dan sunnah hanya kesalahan belaka kerana jauh dari methodology yang benar dan sikap yang objektif serta ilmiah, yang pada hakikatnya hal itu tidak muncul dari mereka kecuali kerana disebabkan kebencian yang mendalam terhadap Islam dan Hadith.

Oleh kerana itu, hendaklah kaum Muslimin waspada dan berhati-hati dari syubahat-syubahat, makar-makar, dan propaganda-propaganda musuh Islam dari kalangan non-Muslim dan para pengikut mereka dari kalangan munafiqin yang bertopengkan Islam, sementara mereka adalah orang yang telah menjual keIslaman yang prinsip, iaitu AQIDAH mereka kepada musuh-musuh Islam, sehingga mereka menjadi boneka-boneka para orientalis dalam menghujah Islam dan Hadith, ibarat musuh dalam selimut, menggunting kain dalam lipatan.

Wallahul musta’an.

Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam

Oleh :
Jab. Fiqh dan Usul Fiqh ,
Universiti Al-Yarmouk, Jordan

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Lanjutan daripada senarai ulama ahli Sunnah semasa yang telah ditulis sebelum ini, lalu timbul persoalan dari pembaca tentang nama-nama para pengkaji ilmu Islam dari kalangan bukan Islam (orientalis) yang mana karya-karyanya terdapat seribu satu jenis racun yang mampu melemah dan menyeleweng fahaman sebenar Islam. Lalu penulisan ini dibuat bagi menjawab soalan tersebut InsyaAllah. Penulisan ini dibuat dalam bentuk separa ilmiah, bertujuan memberi maklumat mudah kepada golongan awam dan professional Islam terutamanya yang sering bergantung kepada rujukan buku berbahasa Inggeris.

Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-
1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis
2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa dakwaan jahat mereka.
3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.

Jenis kumpulan Orientalis

1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng, jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.
2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru.
3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tawhid, kesohihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain.
5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79)

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka

Bil Nama Orientalis Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bhs Malaysia) Tahun Keluar (Masihi) Catatan
1. A.J Arberry a. Islam hari Ini (Islam Today)b. Pendahuluan Sejarah Tasawufc. At-Tasawufd. Terjemahan Quran 1948195019501950 · British, sangat memusuhi Islam.· Prof di Univ. Cambridge, ramai pelajar Mesir belajar dengannya dlm Pengajian Islam

2. A. Geom Al-Islam · Britsh, sangat musuhi Islam.· Pensyarah di Univ di Britain&USA· Jelas dlm karyanya agenda missionary· Ramai pljr Mesir juga pelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kjaan Mesir.

3. Baron Garra de Vaux Salah seorg pengarang Islamic Encyclopedia · French, sangat musuhi Islam

4. H.A.R Gibb

a. Pengarang utama Islamic Encyclopediab. Cara Islam (Inggeris & Arab)

b. Pendekatan Baru Dlm Islam (Inggeris&Arab)

c. Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)e. Islam & Masyarakat Baratf. Whither Islam 19471947 · British, Orientalis terbesar· Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir.· Prof di Univ Hartford, USA· Karya2nya tersangat bahaya kpd Islam

5. Gold Ziher

a. Pengarang utama Islamic Encyclopedia

b. Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris&Arab). Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)d. Halangan Muhammad · Pengasas gerakan meragukan kesohihan Hadith.· Dianggap pakar bidang Hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya· Mendakwa Quran diubah selps Baginda SAW wafat· Tokoh utama oreintalis , terlalu benci Islam

6. John Maynard Majalah Persatuan Pengajian Timur 1924

7. S.M.Zweimer a. Dunia Islam (pengasas majalah ini)b. Islam Mencabar Demi ‘Aqidahd. Al-Islam 19081911 · USA, Missionary, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam

8. Aziz ‘Atiyyah Suryal Beberapa kitab tentang Perang Salib · Kristian Mesir· Belajar di Univ Amerika, sangat benci dengan Islam.· Terlalu banyak menyelweng ajaran Islam.

9. G.Von Grunbaum

a. Islam di zaman pertengahanb. Perayaan Muhammadc. Usaha Menerangkan Islam yang Modend. Pengajian Sejarah Keilmuan Islame. Al-Islam f. Kesatuan & Kepelbagaian dlm Tamadun Islam 19511947195419571955 · Yahudi, Jerman, masuk ke USA· Prof di Univ Chicago· Terlampau banyak menyerang Islam

10. Phillip Hitti

a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arabb. Sejarah Arab (History ofArabs) mengandungi tuduhan Nabi gila

b. Al-Islamd. Sejarah Syriae. Asal usul Agama Duruz · Kristian Lubnan· Prof. Pengajian Timur Univ Brenston, USA· Penyelia tidak rasmi kpd Kementerian Luar Amerika dahulu· Sangat benci dengan Islam & enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan & keutamaan

11. Carl Brocklemann The History (Jerman, Inggeris)

12. A.J Weinsink Aqidah Islam 1932 · Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab2 agama dan falsafah sebelumnya.· Tetapi setengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)

13. Kenneth Gragg

a. Ketua Editor Majalah The Muslim Worldb. Dakwah al-Makzanah 1956 · Amerika, sangat benci & menentang Islam.· Mengajar di Univ. Amerika di Qaherah beberapa ketika.· Missionary Kristian· Ketua Jab Kristian di Univ Hartford

14. L. Massignon 1. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam2. Salah seorg penting dlm karya Ensaiklopedia Islam. · Perancis, Oreintalis terbesar France.· Penasihat Menteri Jajahan Perancis dlm hal ehwal Timur Afrika· Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionary Perancis di Mesir· Pernah menjadi askar Perancis 5 tahun dlm Perang Dunia Pertama· Ahli Majlis Bahasa di Mesir & Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria· Mendalami dlm bidang Falsafah & Tasauf Islam.

15. D.B Macdonald a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh & Teori Perlembagaan Dlm Islam b. Pendirian Agama & Hidup Dlm Islam 19031908 · Amerika, antara yang paling memusuhi Islam

16. M.Green Setiausaha Majalah Middle East

17. Majid Qadrawi Perang & Damai Dalam Islam 1955 · Kristian Iraq, · Ketua Jab Pengajian Timur Tengah Univ. John Hopkens, USA· Ketua Ma’ahad Timur Tengah Utk Penyelidikan & Pendidikan di Washington· Terlalu benci Islam

18. R.A Nichloson 1. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Para ahli Sufi Islam3. Sejarah Sastera Arab.. 19101930 · British, sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam

19. D.S Margoliouth 1. Perkembangan Baru Dlm Islam2. Muhammad & Kelahiran Islam3. Universiti Islam 191319051912 · British

20. Joseph Schacht 1. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Usul Fiqh Islam3. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) · German, punyai banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh.· Mendakwa asas syariat meniru undang2 Rom

21. Rudi Paret 1. The Quran2. Der Koran · Menuduh Nabi mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup & ilmu tentang Isa & Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran

22. Karl Heinrich Becker Pengasas Majalah Islam

23. Jetson Phiit Majd al-Islam (Kemuliaan Islam) · Menghentam islam melalui kitabnya

24. Richard Bell Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris) · Prof Bahasa Arab di Univ Edinburgh

25. Lord · Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran yahudi dalam mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Spt Alif Lam Mim dan lain.

26. Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Oreintalis) · Berbangsa arab.

27. W.C. Smith Islam in Modern History

28. Montgomery Watt 1. Sirah Nabi di Mekah , 2. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)3. Mohammad, Prophet & Statesman

29. Dr C.G Pfander Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq) · Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdpt 8 tempat penyelewengan dalam Injil.· Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut kristian yang semakin ramai membanjri majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfnder ketara hingga beliau tidak dtg pada hari ke3 debat.· Syiarnya slps itu, “Kiranya Syeikh(ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu.” (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)

30. George Sale Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris

31. Hamilton Jobb Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam · Banyak melakukan penelewengan maklumat dan menyelwengkan pendapat ulama dlm bukunya.

32. William Muir · Cuba meragukan Bahasa Quran & menuduh ianya tidak terjamin dr salah.

33. Louis Gardeih Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian · Mendakwa Saidina uthmanyang menyusun surah dan ayat quran.

34. Z.P Bodly · Menuduh kotor isteri-isteri Nabi· Dakwaan bohong Nabi punyai hubungan dengan Rahib Kristian. · Serta dakwaan bohong Nabi dipegaruhi Paderi Waqas B. Sa’adah & Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)

35. Cofan, Renan, Jano · Kesemua mereka penipu besar dalam mengutarakan hal Asas Syariat Islam.

36. Henry Lammens 1. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam2. Al-Islam3. At-Toif 4. Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA 1925 · Bangsa Perancis. Tersangat merbahaya!· Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .· Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam spt ubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat tehdp Fatimah az-Zahra

Berikut adalah beberapa kumpulan nama buku yang terbahaya hasil karya para Oreintalis.

1. The Encyclopedia Of Islam – Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian cuba diterjemah ke bahasa Arab…sehingga huruf ‘ain, terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhdp kandungannya hinggalah membawa kpd pindaan kebanyakan isikandungannya dan keluarkan terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid , dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, ia kerana sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya.
Terjemahan sempurna ke bahasa Arab siap dan diklan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.

2. Majalah ‘The Muslim World’
3. Shorter Encyclopedia Of Islam
4. Encyclopedia Of Religion and Ethics
5. Encyclopedia Of Social Sciences
6. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
7. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
8. Al-Islam oleh Alfred Geom
9. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
10. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
11. Al-Islam dlm Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
12. Al-Islam dlm Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
13. Islam Today oleh A.J Arberry
14. Translation of Quran oleh A.J Arberry
15. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dlm bahasa German & Arab oleh Goldziher
16. Arabic History oleh Phllip Hitti
17. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
18. Qamus Al-Munjid : Berkata Dr Mustafa al-Jawad bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelwengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah ( ?) , diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini)
19. Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.

Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai punyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-

1. Prof T. W Arnold The Preaching of Islam
2. Stanley Lane Poole Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
3. Stanley Lane Poole Moors in Spain
4. Dr Aloys Sprenger Pendahuluan kitab Al-Isobah fi tamyiz as-sahobah karangan Al- Hafiz Ibnu Hajar
5. Edward William Lane Mu’jam Arabic-English Lexicon
6. A.J Weinsink Mu’jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6 Musnad Ad-Darimi , Muwatto’ Malik dan Musnad Ahmad
diterjemah ke Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi & kata pengantar
Syeikh Mohd Rashid Ridha
7. G.B Strenge Land of the Eastern Caliphate

Antara karya bekas Orientalis yang telah memasuki Islam.

1. Islam at the cross road oleh Muhamad asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
2. Road to Mecca oleh Muhamad asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)
4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)

Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis

Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam.
Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :

Bil Nama Karya Bab
1. Prof. Ahmad Amin(Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, punyai sijil dalam Qadha’ Syar’ie) Fajr al-Islam · Majoriti kandungan kitab ini. · Bab Hadith Nabi, berkenaan kononnya Abu Hurairah ra lemah dlm riwayat Hadith, Imam Abu Hanifah tidak punyai Hadith, Menuduh Ibn Mubarak lalai, pertikai keadilan Sahabat Nabi, keraguan pd Imam Bukhari.· Bab Maslahat bertembung Nusus.

2. Abu Rayyah Adwa’ ‘ala As-Sunnah · Pertikai Abu Hurairah

3. Ismail Adham Tulisan mengenai Sunnah tahun 1353 H · Mengisytiharkan hadith shohih dari kitab2 sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu’ (rekaan)

4. Prof. Ali Hasbullah Usul At-Tasri’ Al-Islami · Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat’ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.

5. Syeikh Ali Abd Raziq Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ) · Menuduh tiada politik dalam Islam.· Kitab ini dikecam hebat oleh ulama semasa Islam ketika itu. · Antara ulama yang menjawab Syeikh Muhd Bakhit al-Mut’ie dan Syeikh Khudar Hussain. · Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh

6. Prof Khalid Muhd Khalid 1. Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula) 2. Ad-Demoqratia Abadan · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dlm kitabnya Min Huna na’lam (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk Ad-Dawlah fil Islam.· Bab Maslahat

7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali(Prof Undang2) Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami(Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu shj yg perlu disemak & diperbetul, majority karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yg lain dipuji spt Mabadi’ Nizom al-Hukm fil Islam– Al-Qaradhawi) · Bab Maslahat, mendakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.

8. Dr Nur Farhat (Prof Undang2 & dekan Kuliah Undang2 di Univ Az-zaqaziq) Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

9. Sai’d al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

10. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia) Dalam kebanyakan artikel karya mereka · Banyak, tiada ruang untuk dinyatakan di sini.· Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil.

11 Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Begitu banyak, tiada ruang untuk disebut di sini

12. Dr. Kassim Ahmad Semua hal berkaitan hadith Menafikan hadith secara total Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.

Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin/at yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati.

Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri dan gangguan syaitan.

Sekian,
Irbid,
1 July 2003

Senarai Rujukan :
1. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Istisyraq wal khalfiah al-Fikriah lissiro’ al-khadori, Dar Al-Ma’arif, tanpa tarikh.
2. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Islam wal Istisyraq , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India.
3. Dr Mustafa As-Siba’ie, Al-Istisyraq wal mustasyriqun malahum wa ma alaihim, Dar al-warraq, Beirut, cet 1, 1999 m
4. Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadawi, Al-Islamiyyat Bayna al-Mustasyriqin wal Bahithin al-Muslimin, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India Nadwah
5. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Islam, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
6. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Quran al-Karim, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
7. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun was Sunnah , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
8. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wa al-Sirah An-Nabawiyah , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
9. Dr. Mustafe As-Sibi’e , As-Sunnah wa makanatuha fil Islam, Dar al-Warraq, Beirut, cet 1, 1998 m
10. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, As-Siyasah As-Syra’iyyah , Mua’assasah Ar-Risalah, Beirut, cet 1, 2001


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: