Posted by: Habib Ahmad | 26 September 2014

Doa al-Karb

Doa al-Karb

Dalam menghadapi cabaran musuh – musuh Islam ketika ini yang semakin menekan keimanan dan kesabaran kita, marilah kita memperbanyakkan bermunajat kepada Allah `azza wa jalla dengan doa dan zikir yang diajarkan oleh Junjungan Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh asy-Syaikhan. Doa yang terkenal dengan nama “Du`a al-Karb” yakni doa untuk menghadapi saat – saat mendapat kesusahan, penderitaan dan kesedihan. Mudah-mudahan jadi sebab mendapat pertolongan Allah `azza wa jalla yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan daripada Sayyidina `Ibnu `Abbas radhiyaAllahu `anhuma bahawasanya Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam membaca ketika mendapat kesusahan :

La ilaha illaAllahul `Adzhiimul Haliim
La ilaha illaAllahu Rabbul `arsyil `adhziim
La ilaha illaAllahu Rabbus samaawaati wa Rabbul `ardhi wa Rabbul `arsyil kariim.

Mengenai zikir/doa di atas, Syaikh `Abdullah bin Sa`id al-Lahji rahimahullah menukilkan dalam “Muntaha as-Suul `ala Wasaailul Wushuul” bahawa Syaikh Abu Bakar ar-Razi rahimahullah menceritakan sebagai berikut:-
Aku dan Imam Abu Nu`aim rahimahullah berada di Isfahan. Terdapat di sana seorang ulama yang menjadi rujukan dalam fatwa bernama Syaikh `Abu Bakar, di mana beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Sultan. Maka aku telah bermimpi melihat Junjungan Nabi al-Mustafa shallaAllahu `alaihi wa sallam bersama malaikat Jibril `alahis salam di kanan baginda sedang bertasbih. Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda kepadaku: “Maklumkan kepada Abu Bakar untuk berdoa dengan “du`a al-karb” yang terkandung dalam “Shahih al-Bukhari” sehingga Allah membebaskannya.” Aku terjaga dan memaklumkan perkara tersebut kepada beliau dan beliau pun membacanya. Tidak berapa lama setelah itu, beliaupun dibebaskan.
Mudah-mudahan Allah menghulurkan bantuanNya kepada umat Islam sekaliannya, dan wa bil khusus kepada umat Islam yang sedang mendapat penindasan dan kezaliman di Gaza dan Myanmar. Sesungguhnya kita umat yang satu, susah senang wajar dirasai bersama. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. …. Allahu ….. Allah.


Responses

  1. assalamualaikum habib Saya mintak mohon ijazah untuk mengamalkan hizib ini semoga allah balas jasanya terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: