Ini adalah contoh manusia yang mana kehidupannya mengingatkan kita kepada Allah dan sepeninggalannya juga mengingatkan kita kepada Allah
– Dalam sebuah hadis Nabi SAW , Nabi SAW pernah bersabda yang hidup dan matiku ( Rasulullah ) adalah untuk bermanfaat untuk ummatku sekalian .
– Kami (Syeikh ) mengenali Habib Munzir sejak sebelum bangunan Darul Mustofa ini didirikan dan kami bersama Habib Munzir sama sama belajar dengan Habib Umar dan kami juga sempat keluar buat dakwah bersama sama dengan beliau .
– Seperti yang pernah diterangkan oleh Imam Ibnu Atoi’illah Askandari bahawa barangsiapa yang pada awalnya bermula dengan mujahadah , permulaan hidupnya dengan susah payah , maka akhir hidupnya akan penuh dengan kebahagiaan dan juga cahaya .
– Sepanjang kami ( Syeikh ) bersama Habib Munzir , kami amat mengenalinya dengan seorang yang sangat mencintai Rasulullah dan diantara kami , beliau adalah yg paling banyak bermimpi dan berjumpa dengan Rasulullah SAW di zaman pengajiannya di Tarim .
– Syeikh Sami Baya’syut( Haul Habib Munzir , Madrasah atTazkiyah )