Posted by: Habib Ahmad | 13 Julai 2014

Wanita hamil dan mengandung kena QADA dan BAYAR FIDYAH?

Oleh : Dr Asmadi Mohamed Naim

Assalamu alaikum warahmatullah,

Ulama-ulama hadis yg alim dan warak meriwayatkan secara jujur Pandangan Ibn Abbas RA bahawa wanita hamil dan mengandung boleh berbuka puasa sekiranya mereka takut kebinasaan pada anak-anak meraka, namun mereka kena QADA dan BAYAR FIDYAH.

Berkata ulama hadith, al-Sykh al-Allamah Abi al-tayyib Muhammad Syamsul Haq al-Azim Abadi RH dalam kitabnya Aun Al-Ma’bud ketika …mensyarahkn Sunan Abi Daud 4/405:

قال الخطابي مذهب بن عَبَّاسٍ فِي هَذَا أَنَّ الرُّخْصَةَ مُثْبَتَةٌ لِلْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ إِذَا خَافَتَا عَلَى أَوْلَادِهِمَا وَقَدْ نُسِخَتْ فِي الشَّيْخِ الْكَبِيرِ الَّذِي يُطِيقُ الصَّوْمَ فَلَيْسَ لَهُ أَنْ يُفْطِرَ وَيَفْدِيَ إِلَّا أَنَّ الْحَامِلَ وَالْمُرْضِعَ وَإِنْ كَانَتِ الرُّخْصَةُ قَائِمَةً لَهُمَا فَإِنَّهُ يَلْزَمُهُمَا الْقَضَاءُ مَعَ الْإِطْعَامِ وَإِنَّمَا لَزِمَهُمَا الْإِطْعَامُ مَعَ الْقَضَاءِ لِأَنَّهُمَا يُفْطِرَانِ مِنْ
أَجْلِ غَيْرِهِمَا شَفَقَةً عَلَى الْوَلَدِ وَإِبْقَاءً عَلَيْهِ
Berkata al-Khattabi:”Mazhab Ibn Abbas pada masalah ini (Tafsiran ayat surah al-Baqarah: وعلى الذين يطيقونه): Sesungguhnya rukhsah (kelonggaran tidak berpuasa) adalah thabit pada perempuan mengandung dan menyusukan anak, jika mereka takut (memudaratkan) ke atas anak-anak mereka. Maka dinasakhkan kelonggaran ini untuk orang tua yang tidak upaya, maka mereka (orang tua) tidak perlu untuk mereka berbuka dan membayar fidyah(tidak wajib kedua-duanya).

Manakala bagi perempuan hamil dan perempuan menyusukan anak, rukhsah (kelonggaran) masih kekal untuk kedua-duanya, justeru diwajibkan kedua-duanya qada puasa beserta bayar fidyah. Maka sesungguhnya dilazimkan ke atas kedua-dua mereka fidyah beserta qada kerana mereka berbuka kerana orang lain (bukan kerana diri sendiri) kerana kasihan kepada anak dan mengekalkan kesejahteraan mereka”.

Manakala pandangan Imam Abu Hanifah dan sahabatnya: mereka qada tanpa perlu membayar fidyah.

Selamat beramal, wallahu a’lam.

Sumber : http://drasmadinet.blogspot.com/2014/07/wanita-hamil-dan-mengandung-kena-bayar.html


Responses

  1. What’s up, everything is going perfectly here and ofcourse every one
    is sharing facts, that’s really good, keep up writing.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: