Posted by: Habib Ahmad | 20 Jun 2014

Ya Lathifan bi khalqih

photo(1)
Ini adalah antara zikir yang diulang sebanyak 3 kali dalam Ratib al-`Aththas yang masyhur. Diceritakan bahawa kalimah zikir ini berasal daripada Nabi Khidir `alaihis salam sebagaimana masyhur kisahnya diceritakan oleh para ulama kita. Imam al-Yafi`i rahimahullah menceritakannya dalam “Raudhur Riyahin” yang kemudian dinukilkan oleh Habib `Ali bin Hasan al-`Aththas rahimahullah dalam “al-Qirthaas”. Di sini ese datangkan cuplikan kisah tersebut sebagaimana dinukilkan oleh Maulana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam karya beliau yang diterjemahkan dengan jodol “Fadhilat Haji”, sebagai berikut:-
Salah seorang daripada wali Allah meriwayatkan: ” Satu ketika daku berada di dalam keadaan yang sangat dukacita dan susah hati. Sekujur tubuhku diseliputi dengan ketakutan. Dalam keadaan yang susah hati ini, daku membuat perjalanan ke Mekah; tanpa binatang untuk dikenderai dan tanpa makanan. Demikianlah daku berjalan selama tiga hari di padang pasir. Pada hari yang keempat daku berasa dahaga yang amat sangat sehinggakan maut hampir-hampir menjelang. Di padang pasir itu daku berada dan di sekelilingku tidak ada sebatang pohon pun yang kelihatan yang dapat daku duduk berteduh di bawahnya. Merasakan akan kedatangan maut, daku duduk mengarah ke Qiblat. Apabila daku duduk di sana, kantuk mengatasiku dan di dalam mimpi daku melihat seseorang datang ke arahky dengan tangannya terhulur ke arahku sambil berkata: “Ambil tanganku ini.” Daku menghulurkan tanganku dan dia bersalam denganku. Kemudian dia berkata: “Daku datang untuk memberikan berita gembira kepadamu, kamu akan melakukan haji dan akan kembali dengan selamat sejahtera, dan kamu juga akan menziarahi kuburan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam”. Daku bertanya: “Siapakah kamu ?” Dia menjawab: “Daku Khidir.” Daku berkata: “Doakan untukku.” Dia menjawab: “Baca ayat ini tiga kali:-

Kemudian Khidir `alaihis salam berkata: ” Ini ialah hadiah untuk mu – satu ubat yang akan dapat mencukupimu dan akan menjadi manfaat. Bilamana kamu di dalam keadaan kesukaran, bacalah ini, kesukaranmu akan lenyap.
Dipendekkan cerita, si wali tersebut akhirnya selamat menunaikan hajinya dan berkesempatan menziarahi Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Dan sentiasalah beliau menjadikan zikir tersebut sebagai wirid dan amalan beliau. Zikir ini telah dianjurkan oleh para ulama kita dijadikan amalan. Imam al-Haddad rahimahullah menyatakan bahawa zikir di atas adalah antara wasilah untuk panjang umur. Ulama dan daie terkenal Mesir, Syaikh `Abdul Hamid Kisyk rahimahullah menganjurkannya sebagai amalan untuk menghilangkan kesusahan. Mudah-mudahan ianya dapat kita amalkan dan dengannya jadi sebab bagi Allah melimpahkan rahmat dan pertolonganNya kepada kita sehingga segala kesusahan yang kita hadapi atau akan dihadapi terhindar berkat keluthufan Allah ta`ala atas para hambaNya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: