Posted by: Habib Ahmad | 6 Mei 2014

JAWAPAN TERHADAP KEMUSKILAN FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB .

Disusun oleh : Tuan Guru Abd. Raof Al Bahanjee, Al A’liyy.
Pondok Jalan Padang Ragut. Seri Repah . Tampin . Negeri
Sembilan.
Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat
segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan
berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada
langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak
ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya
ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang
ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan
hadis- hadis yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab
adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka melarang atau
sekurang- kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan
cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan
alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang
timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit
was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang
muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang
ulama` yang Muhaqqiq Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-
Haitami, wafat tahun 974 dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al
Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3,
cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke9 hijrah, kira-kira 4
ratus tahun dahulu. Maka , persoalan ini sebenarnya telah
dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Tiba-
tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa
dirinya mempunyai Ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3
tahun , cuba membongkar semula masalah ini , atas alasan
Maudhu dan Dhaif hadisnya. Maka tak sunat puasa di bulan
Rejab?. Apakah maksud sebenar beliau ini ?, Kalau sekadar
untuk memaklumkan maudhu dan dhaif hadisnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rajab dan melarang orang ramai
mendapatkan kelebihan bulan Rajab , maka sudah termasuk
kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan
awam Muslimin. Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang
mendapatkan fadilat berpuasa dibulan Rajab, beliaulah yang
sepatutnya ditegah daripada menyebar –luas fahaman songsang
tersebut.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:
“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia
daripada berpuasa di bulan Rajab adalah kerana kejahilan
padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan
berdasarkan kaedah syariat yang sucinya. Maka jika dia tidak
rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim
Makamah Syariah melarangnya / menegahnya daripada
menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang
jahil tersebut bersama-sama mereka yang seperti nya dengan
hukuman Takzir yang sungguh- sungguh, yang memberi faedah
tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan
Rejab. Seolah- olahnya Faqih (ahli fekah ) yang jahil tersebut
terpedaya dengan satu hadis yang diriwayatkan yang
menyatakan:
“Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula
daripada haul/ pusingan daripada satu haul kepada satu haul
bagi sesiapa yang berpuasa Rajab”.
Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui
bahawasanya hadis yang termaklum itu adalah batil, dusta yang
tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut
oleh Syekh Abu Omar bin Sollah (Ibnu Solah) dan menegah
engkau dari (meriwayatkannya) , kerana memeliharakan sunnah,
dan memeliharakan kebesaran ilmu. Beliau berfatwa berbetulan
dengan fatwa Izzudin bin Abdis Salam, yang mana
sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli
Hadis terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rajab dan
membesarkan bulannya al Haram , maka adakah sah nazar
berpuasa pada keseluruhan bulan Rajab?.
Izzudin Abdis Salam menjawab “ Nazar puasanya sah, beliau
tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada
Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa .
Mereka
yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil
terhadap tempat ambilan ( Istinbat hukum- hukum syarak).
Maka bertapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal
bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun
(mentadwinkan) hukum –hukum syariah, tidak pernah ada
dikalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk
larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya
adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah
S.W.T kerana berdasarkan beberapa hadis yang sohih yang
menyungguh- nyungguh mendorong berpuasa seperti mana
sabda Nabi S.A.W, berfirman Allah Taala “ Tiap –tiap anak
Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan
pahalanya) melainkan puasa. Dan sabda Nabi S.A.W “
Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa
terlebih harum disisi Allah Taala daripada Bau Kasturi”.
Dan lagi sabda Nabi S.A.W : “ Sesungguhnya seafdal- afdal
puasa ialah puasa saudaraku Daud A.S . Beliau berpuasa sehari
dan berbuka sehari”. Adalah Nabi Daud A.S berpuasa dengan
cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan- bulan yang selain
daripada bulan rejab dan tanpa mengaitkan selain daripada
membesarkan bulan Rajab lain dari apa yang berlaku disisi puak
Jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rejab.
Maka Daud A.S dengan sebab berpuasanya bukanlah pula
mengikut Jahiliyah . Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan
jahiliyah ditegah melakukannya , melainkan apabila terdapat
Tegahan Syariat padanya , atau terdapat dalil-dalil Kaedah
syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara
yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang
mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.
(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut
adalah seorang yang Jahil yang terserlah
kejahilannya. Tidak halal (yakni Haram lah ) seseorang Islam
mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid
(mengikut) agama orang tersebut disebabkan , seseorang Islam
tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada
mereka yang telah Masyhur memahami , mengetahui dan
mengertinya terhadap segala hukum Allah s.w.t dan memahami,
mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum
yaitu dalil-dalil hukum.
Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada Ahli fekah
tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui
berkenaan agama Allah s.w.t. Maka janganlah diikut pada fatwa
dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya , nescaya
terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”. Tammat fatwa
Izzuddin Abdis Salam.
Seterusnya Ibnu Solah telah menjelaskan maksud Fatwa
Izzuddin Abdis Salam dalam kitab Fatawa Kubro tersebut di
muka surat yang sama.
“Dan telah mengisyaratkan oleh Izzuddin Abdis salam bahawa
memadai pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan apa
yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadis yang menunjjukkan
atas Fadhilat/Kelebihan puasa
Yang Mutlak (yakni yang umum, yang menyeluruh) dan
Yang Khusus kelebihannya pada BULAN-BULAN HARAM.
Yaitu seperti hadis Abi Daud dan Ibnu Majah dan hadis riwayat
selain mereka, daripada Al Bahili : Aku datang kepada Rasulullah
s.a.w maka aku bertanya : Wahai Rasulullah Saya adalah
seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang
pertama. Baginda bersabda : Mengapa Ku lihat tubuhmu kurus
kering?. Jawab Al Bahili : Ya Rasulullah , tidak ada benda yang
Saya makan disiang hari yang Saya makan melainkan
(dimakan ) pada malam sahaja. Bertanya Nabi s.a.w : Siapa
pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?. Aku menjawab:
Wahai Rasulullah , sesungguhnya Saya kuat (berpuasa).
Bersabda Nabi s.a.w: Berpuasalah dibulan sabar , dan tiga hari
selepasnya dan berpuasalah dibulan-bulan Haram” .
Pada satu riwayat lain ” Berpuasalah dibulan sabar dan sehari
pada tiap-tiap bulan. Berkata Al Bahili : Tambahi lagi
sesungguhnya mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi s.a.w :
Berpuasalah dua hari . Berkata Al Bahili : Tambahilah lagi maka
sesungguhnya daku mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi
s.a.w : Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah
diBULAN HARAM dan tingallkanlah , puasalah dibulan Hazam
dan tinggalkanlah . Bersabda Rasululah s.a.w sambil
menghimpunkan jari-jari nya yang tiga kemudian
melepaskannya”.

Para Ulamak telah mengulas bahawa Nabi s.a.w menyuruh Al
Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati
kesusahan nya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah
dinyatakan pada awal-awal hadis pertama, dan sesiapa yang
tidak kepayahan (yakni mampu) , maka berpuasa keseluruhan
adalah satu Fadhilat/ kelebihan.

Perhatikanlah: Perintah Nabi s.a.w dengan berpuasa diBULAN-
BULAN HARAM pada riwayat yang pertama dan Perintah Nabi
s.a.w berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM
pada riwayat yang kedua nescaya engkau akan dapati NAS
PERINTAH BERPUASA REJAB atau BERPUASA SEBAHAGIAN
DARINYA KERANA REJAB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA
BULAN-BULAN HARAM bahkan ia adalah yang paling Afdhal dari
semua bulan-bulan haram.

Maka perkataan Orang Jahil tersebut ” Bahawa Hadis-hadis
berpuasa diBulan Rejab adalah Maudhu’ , jika dia
memaksudkannya menyeluruh pada segala hadis-hadis yang
menunjjuk kepada berpuasa Rejab menurut umumnya hadis dan
khususnya , itu sebenarnya adalah satu pendustaan dan
pembohongan pula dari si Jahil tersebut. Hendaklah dia
bertaubat (dari fahamannya dan meyebar-luaskan fatwanya
kepada orang ramai) kalau tidak mau juga, diTakzir lah atasnya
dengan Takzir yang sungguh-sungguh oleh pemerintah (lantaran
fahaman songsangnya).

Disatu sudut memang betul juga terdapatnya banyak hadis-
hadis yang maudhu ,yang dusta berkenaan Puasa Rejab walhal
Para Imam kita tidak langsung berpegang dengan hadis-hadis
maudhu’ tersebut sebagai dalil Sunat Puasa Rejab. Jauhlah
mereka nak bertindak sebegitu. Sebenarnya Hanya lah mereka
berdalilkan sepertimana yang telah Saya nyatakan dan terdapat
lagi hadis-hadis dan dalil-dalil yang lain.

Sebahagiannya sepertimana terdapatnya hadis-hadis yang
popular misalnya hadis yang :
1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas , beliau telah
memarfu’kannya : )
. ﺇﻥ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻧﻬﺮًﺍ ﻳُﻘﺎﻝ ﻟﻪ ﺭﺟﺐ، ﻣﺎﺅﻩ ﺃﺷﺪُّ ﺑﻴﺎﺿًﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﺒﻦ ﻭﺃﺣﻠَﻰ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﺴﻞ، ﻣَﻦ ﺻﺎﻡ
ﻳﻮﻣًﺎ ﻣﻦ ﺭﺟﺐ ﺳَﻘﺎﻩ ﺍﻟﻠﻪُ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﻨّﻬﺮ
“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil
Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih
manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan
Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu”.
(2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya beliau
memarfu’kannya:
ﻣَﻦ ﺻﺎﻡ ﻣﻦ ﺭﺟﺐ ﻳﻮﻣﺎ ﻛﺎﻥ ﻛﺼﻴﺎﻡ ﺳﻨﺔ ﻭﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻣﻨﻪ ﺳﺒﻌﺔَ ﺃﻳّﺎﻡ ﻏُﻠِّﻘﺖ ﻋﻨﻪ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺟﻬﻨﻢ .
ﻭﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻣﻨﻪ ﺛﻤﺎﻧﻴﺔَ ﺃﻳﺎﻡ ﻓُﺘِّﺤﺖْ ﺃﺑﻮﺍﺏُ ﺍﻟﺠﻨّﺔِ ، ﻭﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻣﻨﻪ ﻋﺸﺮﺓ ﺃﻳﺎﻡ ﻟﻢ ﻳﺴﺄﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺷﻴﺄ
ﺍﻻ ﺃﻋﻄﺎﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻳﺎﻩ , ﻭﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﺧﻤﺴﺔ ﻋﺸﺮ ﻳﻮﻣﺎ ﻧﺎﺩﻯ ﻣﻨﺎﺩ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻤﺄ ﻗﺪ ﻏﻔﺮ ﻟﻚ ﻣﺎ ﺳﻠﻒ
ﻓﺎﺳﺘﺄﻧﻒ ﺍﻟﻌﻤﻞ ﻭﻗﺪ ﺑﺪﻟﺖ ﺳﻴِّﺌﺎﺗﻚ ﺣﺴﻨﺎﺕ ﻭﻣﻦ ﺯﺍﺩ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻠﻪ . ٍ
Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah
dia berpuasa satu tahun , dan siapa yg berpuasa didalamnya 7
hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam , dan
barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan
terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia
berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang
berpuasa 15 hari , menyerulah penyeru dari langit “
Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu
maka dimulai amal yang baru , dan sesungguhnya telah
digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan
barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh
Allah”.

Kemudian Al Baihaqi telah menaqalkan daripada Gurunya Al
Hakim bahawa hadis yang pertama diatas adalah statusnya
Mauquf atas Abi Qilabah seorang Tabi’in. Orang yang seperti
beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada
Seseorang (yaitu Para Sahabat) yang perkataannya diambil pula
daripada Tuan yang menerima Wahyu ( yaitu Rasulullah s.a.w).
Mengenai Hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah pula “
Bahawa Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan
melainkan Rejab dan Sya’ban “. Beliau berkata Isnad hadis
tersebut Dhaif .

Tammat komentar Ibnu Solah.

Syekh Al Allamah Ibnu Hajar menjelaskan pula fungsi hadis-
hadis Dhaif yang berkisar dalam masalah Puasa Rejab ini. Beliau
menulis di muka surat 5 .
“ Sesungguhnya Para Ulamak telak menetapkan bahawa hadis-
hadis Dhaif , Mursal , Munqothi’ , Mu’dhal dan Mauquf
diamalkan dengannya pada Fadho ilil A’mal atas dasar IJMAK .
Maka tidak syak lagi bahawa berpuasa Rejab adalah sebahagian
daripada Fadho ilil A’mal . Memadailah padanya dengan hanya
berdalilkan hadis-hadis Dhaif dan yang sepertinya, tiadalah
diingkari demikian itu melainkan orang-orang yang JAHIL YANG
TERPEDAYA”.

Tammat.

Walaubagaimana sekalipun selain daripada kenyataan Al
Allamah Ibnu Hajar mengenai memadai untuk beramal Puasa di
bulan Rejab dengan beriktibar kepada hadis-hadis yang tersebut
sekalipun ada yang dhaif, beliau juga menjelaskan lagi mengenai
terdapatnya Hadis-hadis yang bertaraf Sahih sebagai pegangan
Para Ulamak yang memfatwakan Puasa Rejab adalah SUNAT.
Kita lihat dimuka surat 22 beliau menulis :
“Bahawa yang sebenar adalah perkataan dari orang yang
berkata : Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis , Rejab dan baki
hari-hari di Bulan Haram . Sesiapa yang berkata
sebaliknya ,yaitu “Tidak sunat” dan menegah manusia (dari
mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa , maka orang
tersebut salah dan berdosa. Kerana penghujung kedudukan
orang tersebut sebenarnya adalah bertaraf seorang Awam
{Ulasan : Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi
fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yg cuba-
cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.}

Dimuka surat 23 beliau menyebut lagi:
“Sepertimana satu hadis yang telah mesahihkannya oleh Ibnu
Khuzaimah daripada Usamah , “Saya berkata ( Wahai Rasululah ,
Saya tidak pernah melihat Tuan berpuasa sepanjang bulan
daripada seluruh bulan sepertimana Tuan berpuasa Bulan
Sya’ban?. Baginda s.a.w menjawab : Demikian itu adalah satu
bulan yang lalai manusia daripadanya yang berada antara Rejab
dan Ramadhan . Maka bulan Sya’ban adalah satu bulan yang
diangkat didalamnya semua amal kehadrat Rabbil a’lamin. Maka
aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku
berpuasa )”.
Maka mengisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w tatkala melengkungi
oleh dua bulan yang Agung yaitu Bulan Rajab dan
Ramadhan ,yang mana maknusia berlumba-lumba sibuk
( berpuasa dan beribadat ) dalam kedua kedua bulan tersebut,
lantas terlupa bulan Sya’ban. Kerana yang demikian ,
kebanyakan ulamak berpendapat Puasa di Bulan Rejab terlebih
afdhal dari Bulan Sya’ban.

Tammat.

Agaknya siapakah manusia yang sibuk berpuasa di bulan
Ramadhan dan Rejab tersebut?. Iaitu Rasulullah s.a.w dan Para
Sahabat , sudah termaklum mereka adalah sebahagian daripada
makna manusia dari lafaz hadis tersebut dan hadis ini juga
menjadi dalil kesunatan berpuasa rejab sebab lafaz “Maka aku
suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa ”
adalah sabda Baginda s.a.w sendiri . Mengatakan Nabi tidak
pernah berpuasa dibulan rejab dan tidak sunnah berpuasa
dibulan rejab adalah satu pendustaan juga terhadap Nabi s.a.w.
Telah maklum hadis riwayat Imam Ibnu khuzaimah tersebut
adalah hadis sahih.
Seterusnya beliau menambah :
Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi s.a.w
memandubkan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM . Pada hal
Rajab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram. Riwayat dari
Abi Daud dan lainnya dari Urwah , Bahawa beliau telah bertanya
Abdullah bin Umar “ Adakah Rasululah s.a.w berpuasa dibulan
Rejab?. Beliau menjawab: Ya dan Baginda melebihkannya . Ibnu
Umar mengatakannya sampai tiga kali”.
Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan
“Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah Mahligai bagi sesiapa
yang berpuasa di bulan Rajab”. Imam Al Baihaqi mengulas “ Abu
Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata
mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai
(Sahabat).
Maka sabit lah Sunat berpuasa di Bulan Rajab , bukan Makruh.
Sesungguhnya pendapat yang mengatakan Makruh adalah Fasid
bahkan Salah sebagaimana yang telah engkau ketahui
Kelebihan/Fadhilat puasa Sya’ban , padahal puasa Rajab terlebih
afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan
ialah Bulan Muharam , kemudian baki-baki bulan Haram ,
akhirnya barulah Sya’ban.
Tammat.
Ulasan:
Sebahagian manusia mengatakan Nabi s.a.w tidak pernah
berpuasa Rejab. Tidak ada Nas berpuasa Rejab. Lantaran itu
Haram puasa Rejab atau makruh. Kalau berkepercayaan Nabi
ada berpuasa di bulan Rejab maka Haram sebab dusta kepada
Nabi s.a.w. Kalau nak buat juga tapi mengkhususkan niat Puasa
Bulan Rejab maka makruh sebab tak ada dalil hadis yang
terang.
Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah dan kalau
menafikan Nabi pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak
kerana kejahilannya , maka hendaklah bertaubat. Kalau sengaja-
sengaja buat dusta dan kacau bilau , maka pihak Kerajaan
mestilah mengambil tindakan.

Cuba lihat ini , satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ,
satu lagi hadis yang mana tidak disangsikan lagi kesahihan nya.
Yang sangsi adalah mereka yang diadalam hati berpenyakit.
Seperti yang sudah ditimpa kepada Puak yang anti Ulamak , anti
Ahli Sunnah dan anti Mazhab . Barang di jauhkan Allah adanya.
Usman bin Hakam Al Ansori berkata: Saya telah bertanya Sa’id
bin Jubair berkenaan Puasa Rejab sedangkan kami ketika itu
masih berada di Bulan Rejab. Beliau (Sa’id ) menjawab : Saya
telah mendengar Ibnu Abbas Radiallahu an’hu berkata: Adalah
Rasulullah s.a.w Berpuasa sehingga kami mengatakan
(menyangka) beliau tidak berbuka (tidak berhenti puasa) , dan
baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau
tidak berpuasa “. Riwayat Muslim.

Terang dalam hadis ini menunjjukan Nabi s.a.w berpuasa Rejab.
Mengatakannya Nabi tak pernah buat adalah dusta.
Kalau mereka berkata : Aaah itu hadis yang menunjjukan harus
puasa dibulan Rejab bukan Sunat!!!. Memang dibolehkan jika
berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab . Sebab dalilnya Hanya
bersandarkan dalil yang umum hadis Sahih riwayat Muslim
tersebut:
Jawab: Lihatlah mereka cuba pusing-pusing. Mula –mula kata
tak sunat Puasa Rejab sebab tak ada dalil Nabi Puasa.
Kemudian berdalih pula mengatakan hadis Muslim tersebut
menunjjukkan hanya Harus bukan sunat.
Lihatlah Syarahan Hadis tersebut dalam Kitab Syarah Muslim 8
ms 38-39 , cetakan Daarul Syaqafah:
Bab; “ Berpuasa Nabi s.a.w dibulan yang selain bulan
Ramadhan”.
Maksudnya “ Yang Zohir , bahawa maksud Sa’id bin Jubair
dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadis ini bahawa
puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan
hadis ini untuk ain /diri puasa Rejab. Bahkan tetapi bagi puasa
Rejab sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan
(yakni dengan hukum Puasa dibulan-bulan haram ). Tidak sabit
pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak tidak sabit nadab
(sunat ) bagi diri Rejab , tetapi Asal hukum berpuasa Rejab ,
adalah disunatkan . Didalam Sunan Abi Daud Bahawa Rasulullah
s.a.w mensunatkan berpuasa dibulan-bulan Haram. Padahal
Rejab adalah salah-satu dari Bulan-bulan Haram. Wallahu
a’lam”. Tammat.
Maksud sebenar Imam Nawawi dalam Syarah Muslim tersebut,
hanya sahaja dalil Kesunatan Rejab tidak berdalilkan dengan
ain/diri hadis tersebut. Bukan menafikan “Kesunatan Berpuasa
dibulan Rejab”. Perhatikan baik-baik .
Memang , berdasarkan hadis tersebut kita memahamkan :
Nabi s.a.w pernah berpuasa di Bulan Rejab. Menafikannya
sebagai tidak pernah berpuasa dibulan Rejab dan tiada
sunnahnya berpuasa dibulan Rejab , adalah satu pembohongan
yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti.
Hadis tersebut dilalahnya menunjjukan Harus berpuasa di Bulan
Rejab. Bukan Sunat ,bukan juga Makruh, barang dijauhi
Haramnya.
Sekalipun hadis tersebut tidak menjadi ain/diri dalil kesunatan
berpuasa Rejab , tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga
Hukum nya sunat berdasarkan Hadis-hadis Sahih mesabitkan
Puasa Di bulan Haram. Misalnya hadis riwayat Imam Ibnu
Khuzaimah tersebut dan Imam Abu Daud juga telah
meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah Puasa dibulan-
bulan Haram”.
Sebagai penjelasan , Imam Nawawi menyebut “Ashlu Saum
mandubun ilaih”. Maksudnya asal hukum berpuasa adalah
mandub yaitu di Sunatkan. Ditahkikkan dengan kenyataan “
Bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun makna ‘Asyh
harul Haram” . Tidak ada satu hadis samada yang bertahap
Sahih maupun Hasan yang boleh dijadikan dalil Pentakhisan
untuk Hadis “Asyharul Haram” yang umum maknanya. Bahkan
hadis tersebut akan menunjjukan Rajab adalah sebahagian
Afradnya. Hadis yang khusus berkenaan Puasa Sya’ban dan
Bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai
pentakhsisan hadis “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan
Puasa di Bulan Rajab. Sebab Muharram , Sya’ban dan Rajab
adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban
bukan bulan Haram . Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri.
Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad “Bulan Haram”.
Hadis khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan
melibatkan Rejab . Maka Bulan Rejab tepat diatas ASAL HUKUM
nya yaitu SUNAT sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi
tersebut “Ashlul Saumi Mandhubun ilaih”.

Ini juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan Bulan Rajab
dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram misalnya bulan
safar. Bulan Safar tidak termasuk Bulan-bulan Haram. Bulan
Rejab Sunat berpuasa, berdalilkan hadis-hadis yang telah lalu .
Sementara bulan Safar pula misalnya tidak disunat kan berpuasa
sebab tak ada dalilnya. Lantaran itu jika ada orang yang berkata
“Tak ada langsung bezanya Bulan Rejab dengan bulan-bulan
yang lain , sebab semua hadis-hadisnya adalah maudhu’ dan
Dhaif. Tak ada fadhilat , tak ada pahala kalau puasa , tak ada
ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya :
Saja aku puasa esok , bulan Rejab…. ” maka satu lagi bohong
telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan
Rejab dengan selain bulan-bulan Haram misalnya Safar
tersebut , menunjjukan ada Fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab .
Maka diulangi lagi , “Adalah Mereka yang menafikan secara
muthlak Fadhilat Bulat Rejab adalah kesalahan yang mesti
ditangani oleh pemerintah, lantaran nakal yang menjejaskan
kepentingan awam”.

5 ) Maka sebenarnya hendaklah difahami , bahawa Imam
Nawawi hanyalah menyatakan Hadis Muslim tersebut tidak
menjadi ain dalil Berpuasa Rejab sahaja. Bukan Berpuasa Rejab
tidak ada dalilnya.
Kedua-duanya adalah berbeza.
Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan , tak betul huraian
awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata Khusus berpuasa di
bulan Rejab , sehingga boleh ditentukan Niat berpuasa Rejab
secara khusus?.
Jawab: Kenapa Imam Nawawi mengatakan Ashlu Sawumi
Mandubun ilaih?. Cuba pulak awak cernakan?.
Sila lihat pula Majmuk juzuk 6 m/s 386: “Sebahagian dari puasa
yang disunatkan , ialah Puasa dibulan-bulan Haram, Yaitu Zul
Qa’dah , Zul Hujjah, Muharram dan REJAB”.
Tammat.

Disini menunjjukkan Sunat Puasa Rejab dan adanya
pengkhususan Puasa Rejab serta niat-niatnya.
Oleh yang demikian , setiap Muslim semestinya faham untuk
membezakan diantara terdapatnya hadis-hadis maudhu’ dan
dhaif yang menghikayatkan kelebihan berpuasa dibulan Rejab
dengan ketiadaan dalil kelebihan berpuasa di bulan Rejab.
Kedua-duanya perkara tersebut sebenarnya adalah perkara yang
berlain-lainan.

Jangan terkeliru dan terpedaya dengan oceh-ocehan mereka
yang tidak bertanggung jawab, yang mungkin kononnya terlalu
asyik menjaga masyarakat agar tidak berpegang dengan hadis-
hadis yang dusta terhadap Rasulullah s.a.w. Langsung terlajak
menolak terus Sunat berpuasa dibulan Rejab. Sebenarnya
method mereka sama saja bila berhadapan dengan sebarang isu
agama khususnya hukum-hukum agama yang telah maklum
diketahui orang ramai. Mereka biasanya mencari-cari ruang yang
boleh sedapat mungkin untuk dikritik habis-habisan fatwa-fatwa
Ulamak Muktabar, mengikut kaedah mereka yang
kebanyakannya adalah mengelirukan. Menghigh-lightkan cogan
“Penilaian Semula fatwa-fatwa ulamak, jangan ikut saja buta
tuli”, padahal dalam kebanyakan hal merekalah yang terlebih
buta, terutama dalam konteks memahami ibarat-ibarat dan
maksud kata-kata dari Para Ulamak. Wassalam .
Mengenai hadis –hadis yang selalu dipertikaikan oleh
kebanyakan orang, dan dikatakan telah digunakan sebagai dalil
puasa rejab oleh mazhab, boleh lah kita melihat komen dari
Sheikh Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatawa kubro beliau. Muka
surat 46 juzuk 2 cetakan daarul kutob ilmiyyah:
ﻭ ﺳﺌﻞ ﻧﻔﻊ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻪ ﻋﻦ ﺣﺪﻳﺚ ﺃﻥ ﻓﻰ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻧﻬﺮﺍ ﻳﻘﺎﻝ ﻟﻪ ﺭﺟﺐ ﻣﺎﺅﻩ ﺃﺷﺪ ﺑﻴﺎﺿﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﺒﻦ
ﻭﺃﺣﻠﻰ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﺴﻞ ﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻳﻮﻣﺎ ﻣﻦ ﺭﺟﺐ ﺳﻘﺎﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﻨﻬﺮ , ﻭﺣﺪﻳﺚ : ﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻳﻮﻣﺎ
ﻛﻞ ﺷﻬﺮ ﺍﻟﺨﻤﻴﺲ ﻭﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﻭﺍﻟﺴﺒﺖ ﻛﺘﺐ ﻟﻪ ﻏﺒﺎﺩﺓ ﺳﺒﻌﻤﺎﺋﺔ ﺳﻨﺔ ﻭ ﺣﺪﻳﺚ ﻣَﻦ ﺻﺎﻡ ﻣﻦ ﺭﺟﺐ
ﻳﻮﻣﺎ ﻛﺎﻥ ﻛﺼﻴﺎﻡ ﺳﻨﺔ ﻭﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻣﻨﻪ ﺳﺒﻌﺔَ ﺃﻳّﺎﻡ ﻏُﻠِّﻘﺖ ﻋﻨﻪ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺟﻬﻨﻢ . ﻭﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻣﻨﻪ ﺛﻤﺎﻧﻴﺔَ
ﺃﻳﺎﻡ ﻓُﺘِّﺤﺖْ ﺃﺑﻮﺍﺏُ ﺍﻟﺠﻨّﺔِ ، ﻭﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻣﻨﻪ ﻋﺸﺮﺓ ﺃﻳﺎﻡ ﻟﻢ ﻳﺴﺄﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺷﻴﺄ ﺍﻻ ﺃﻋﻄﺎﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻳﺎﻩ ,
ﻭﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﺧﻤﺴﺔ ﻋﺸﺮ ﻳﻮﻣﺎ ﻧﺎﺩﻯ ﻣﻨﺎﺩ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻤﺄ ﻗﺪ ﻏﻔﺮ ﻟﻚ ﻣﺎ ﺳﻠﻒ ﻓﺎﺳﺘﺄﻧﻒ ﺍﻟﻌﻤﻞ ﻭﻗﺪ
ﺑﺪﻟﺖ ﺳﻴِّﺌﺎﺗﻚ ﺣﺴﻨﺎﺕ . ﻫﻞ ﻫﻰ ﻣﻮﺿﻮﻋﺔ ﺃﻡ ﻻ؟. ﻓﺄﺟﺎﺏ ﺑﻘﻮﻟﻪ : ﻟﻴﺴﺖ ﻣﻮﺿﻮﻋﺔ ﺑﻞ ﺿﻌﻴﻔﺔ ,
ﻓﺘﺠﻮﺯ ﺭﻭﺍﺗﻬﺎ ﻭﺍﻟﻌﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﻓﺎﻟﻔﻀﺎﺋﻞ. ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﺎﻓﻆ ﺍﺑﻦ ﺣﺠﺮ : ﻓﻰ ﺍﻷﻭﻝ ﻟﻴﺲ ﻓﻰ ﺍﺳﻨﺎﺩﻩ ﻣﻦ
ﻳﻨﻈﺮ ﻓﻰ ﺣﺎﻟﻪ ﺳﻮﻯ ﻣﻨﺼﻮﺭ ﺍﻷﺳﺪﻯ , ﻭﻗﺪ ﺭﻭﻯ ﻋﻨﻪ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻟﻜﻦ ﻟﻢ ﺃﺭ ﻓﻴﻪ ﺗﻌﺪﻳﻼ , ﻭ ﻗﺪ
ﺫﻛﺮﻩ ﺍﻟﺬﻫﺒﻰ ﻭﺿﻌﻔﻪ ﺑﻬﺬﺍ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻭﻗﺎﻝ ﻓﻰ ﺍﻟﺜﺎﻧﻰ ﻟﻪ ﻃﺮﻕ ﺑﻠﻔﻆ ﻋﺒﺎﺩﺓ ﺳﺘﻴﻦ ﺳﻨﺔ ﻭﻫﻮ ﺃﺷﺒﻪ
ﻭﻣﺨﺮﺟﻪ ﺃﺣﺴﻦ ﻭ ﺍﺳﻨﺎﺩﻩ ﺃﺷﺪ ﻣﻦ ﺍﻟﻀﻌﻒ ﻗﺮﻳﺐ ﻣﻦ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﺍﻟﺜﺎﻟﺚ ﻟﻪ ﻃﺮﻕ ﻭﺷﻮﺍﻫﺪ ﺿﻌﻴﻔﺔ
ﻳﺮﺗﻘﻰ ﻋﻦ ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻮﺿﻮﻋﺎ , ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ .
http://almukminun.blogspot.com/2011/06/jawapan-terhadap-
kesmusykilan-fadhilat.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: