Posted by: Habib Ahmad | 24 April 2014

Wahabi Meninggalkan Pemakaian Serban

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Beliau pernah dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki.

Di dalam kitab beliau Fitnah al Wahhabiyyah min al Futuhaat al Islamiyyah. Beliau menukilkan telah berlakunya fitnah wahabi yang mengingkari dan mempertikaikan pemakaian serban adalah pakaian Sunnah.

Diantara keburukan wahabi, mereka tidak memakai serban dan mengharamkan sunnah yang mulia ini, walaupun ia tsabit daripada Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wasallam dan lain-lainnya.

Diriwayatkan dalam sohih Muslim daripada jabir ibn Abdullah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wasallam memasuki makkah dengan memakai serban hitam tanpa berihram.

Di dalam ittihaf al-Saadah al Muttaqin karangan al-Hafizh az-Zabidi menaskan (العِمَامَةُ) dengan baris bawah bagi huruf ‘Ain iailah sesuatu yang menutupi kepala dari kain kapas atau bulu atau seumpamanya. Ia dinamakan demikian kerana melitupi kepala keseluruhannya dan lafaz jama’nya ialah (العَمَائِمُ). Ia juga disebut sebagai (العِمَّةُ) dengan baris bawah pada ‘Ain yang disunatkan memakainya pada hari ini bagi orang yang berkhutbah dan solat.

Al Imam Nawawi berkata:

“Disunatkan bagi seorang Imam memperkemaskan cara pemakaian, memakai serban dan memakai selendang”.

Terhasil sunnah apabila seseorang itu memakainya dengan melilitnya di atas kepala atau kopiah di bawahnya. Manakala yang seafdhalnya ialah dengan dibesarkan. Hendaklah menetapkan had panjang dan lebarnya agar bersesuaian dengan si pemakainya serta adat pada zaman dan tempatnya. Jika lebih daripada itu, maka ia dihukum makruh.

Telah diriwayatkan athar-athar yang menerangkan tentang kelebihan serban. Di antaranya, athar yang dikeluarkan oleh al-Dailami di dalam musnad al Firdaus dari hadith ibni Abbas:

العَمَائِمُ تِيْجَانُ العَرَبِ، فَإِذَا وَضَعُوْا العَمَئِمَ وَضَعَ اللهُ عِزَّهُمْ.

“serban adalah makhota kaum Arab. Apabila mereka menanggalkan serban-serban mereka, maka Allah menanggalkan kemuliaan mereka”.
Dikeluarkan oleh al-Tabrani di dalam al-kabir dari hadith ibni Umar dan al-Bayhaqi dari hadith ‘Ubadah:

عَلَيكُمْ بِالعَمَائِمِ فَإِنَّهَا سِيْمَا المَلاَئَكَةِ، وَأُرْخُوْ لَهَا خَلْفَ ظُهُوْرِكُمْ

“hendaklah kalian memakai serban kerana ia adalah tanda malaikat, dan lepaskanlah ekornya di belakang kalian”.
Dikeluarkan oleh al Tabrani di dalam al-kabir melalui jalan Muhammad ibn soleh ibn al walid daripada bilal ibn Bisyr daripada imran ibn Tamam daripada Abi Hamzah daripada Ibni Abbas secara marfu’.

اِعْتَمُّوْا تَزْدَادُوْا حِلمًا

“pakailah serban, nescaya ia akan menambahkan kesopanan kamu”.[1]

Diriwayatkan oleh Ibnu al Jauzi dalam al-Maudhu’at dan dituruti oleh al Hafizh al-Syuthi di dalam al Laali al Masnu’ah, dikeluarkan oleh Ibny ‘Adi dab al-Bayhaqi, kedua-duanya dari jalan Ismail ibn Umar, daripada Yunus ibn Abi Ishaq, daripada bapanya daripada Ubaidillah ibn Abi Humaid, daripada Abi al-Malih, daripada usamah ibn Umair secara marfu’:

اِعْتَمُّوْا تَزْدَادُوْا حِلْمًا، وَالعَمَائِمُ تِيجَانُ العَرَبِ

“Pakailah serban nescaya ia akan menambahkan kesopanan kalian dan serban adalah mahkota orang Arab”.

Diriwayatkan daripada wathilah ibn al Asqa’ ibn Ka’ab ibn ‘Aamir ibn Laith ibn Bakar ibn Abdi Mannah al Laitihi al Kinani yang digelar sebagai Abu al-Asqa’ dan dikatakan gelarabbta Abu Qursofah, dikatakan Abu Muhammad, dikatakan Abu Khattab dan dikatakan juga Abu Syaddad, beliau adalah dari kalangan ahli Suffah (orang yang duduk di anjung masjid Nabi Shallallahu ‘alayhi wasallam) yang memeluk Islam sebelum peperangan tabuk. Tatkala menyertai peperangan-peperangan di Damsyiq, Hims dan tinggal di negeri itu. Kemudian beliau berpindah ke Baitul Maqdis dan wafat. Dikatakan bahawa beliau tinggal di Bait Jabrain berhampiran dengan Baitul Maqdis. Berkata Duhaim: Beliau wafat di Damsyiq pada tahun 85 hijrah dan umurnya menjangkau 100 tahun, dikatakan juga pada usia 98 tahun. Beliau merupakan sahabat yang terakhir wafat di Damsyiq. Telah meriwayatkan sekumpulan manusia daripadanya, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wasallam bersabda:

إِنَّ الله تَعَالَى وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى أَصْحَابِ العَمَائِمِ

“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat ke atas orang-orang yang memakai serban”.

Iaitu mereka yang memakai serban pada hari jumaat dan menunaikan solat dengan memakainya.

Demikianlah yang diriwayatkan oleh penulis kitab al-Qut dengan teks:

Serban elok dipakai pada hari jumaat. Sesungguhnya kami telah meriwayatkan hadith yang tinggi daripada Wahilah ibn al-Asqa’ lalu beliau menyebutkan hadith di atas.

Berkata al-Iraqi: ia telah diriwayatkan oleh al Tabrani dan Ibnu ‘Adiy.

Abu al aswad al Du’Ali seorang sasterawan telah menyebut tentang kelebihan serban dengan katanya:

“serban ialah pengawal dalam peperangan, pakaian daripada kesejukan dan pelindung daripada kepanasan, dipandang hebat dalam sesuatu perkumpulan, kemuliaan dalam berkata-kata dan menambahkan ketampanan tubuh”.

[1] Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam bab al-libas dari jalan ‘Ubaidillah ibn Humaid, daripada Abi Malih daripada Ibni Abbas. Al Hakim berkata: ia adalah sohih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: