Posted by: Habib Ahmad | 21 Mac 2014

“Penat” 1000 Hari

“Penat” 1000 Hari

Imam ath-Thabraani dalam “al-Kabir” dan “al-Awsath”, Imam Nuruddin Abul Hasan ‘Ali al-Haytsami dalam “Majma` az-Zawaaid”, al-Khatib dan Ibnu an-Najjar meriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Abbas radhiyaAllahu `anhuma bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan: “JazaAllahu `anna Muhammadan maa huwa ahluh – Mudah-mudahan Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad dengan balasan yang selayaknya buat baginda”, ianya memenatkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 pagi (yakni 1000 hari).”
Apa yang disabdakan oleh Junjungan Nabi SAW tadi adalah ibarat dan kinayah tentang besarnya ganjaran yang bakal diperolehi bagi seseorang yang mengamalkan bacaan tersebut sehingga dikatakan ianya seumpama memenatkan 70 malaikat menulis pahalanya selama 1000 hari. Punyalah banyak sehingga diibaratkan malaikat yang tak reti penat pun akan “kepenatan”. Nian besar fadhilatnya sehingga ramai ahli ibadah yang menjadikannya wirid harian mereka, antaranya Imam asy-Sya’raani rahimahullah yang menyatakan dalam karya beliau “al-`Uhuud al-Muhammadiyyah”:- “Ucapan ini adalah antara wirid-wirid yang menjadi amalanku, di mana aku membacanya 1000 kali setiap pagi dan 1000 kali setiap petang pada setiap hari, alhamdulillah.”

Allahu … Allah, sungguh Allah adalah asy-Syakur, amalan yang ringan ini diberiNya balasan yang amat besar. Janganlah dipersia-siakan anugerah Allah ini, perjalanan akhirat itu jauh dan sukar maka perbanyakkanlah bekalan. So, kome nak tunggu apa lagi !!!!!!! JazaAllahu `anna Sayyidana Muhammadan maa huwa ahluh.


Responses

  1. Salam..boleh ka saya minta untuk disebarkan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: