Posted by: Habib Ahmad | 9 November 2013

Anti/Bebas Mazhab bid`ah terbesar hancurkan Syariat Islam

Posted on May 28, 2009 by admin
1. Bebas Mazhab bid`ah yang paling bahaya yang meruntuhkan Syariat Islam

Sejarah telah membuktikan bahawa taqlid dan thoriqah tidak sekali-kali menyebabkan umat menjadi jumud dan beku. Sebaliknya, seruan ijtihad dan bebas dari bertaqlid kepada mazhab tertentu yang diserukan oleh kaum mutassallif abad kita ini, amatlah meragukan dan sehingga kini yang dihasilkannya adalah perpecahan dan kehinaan yang berpanjangan kepada umat ini. Seruan tersebut masih tidak membuahkan apa-apa hasil dan natijah yang boleh dibanggakan. Seruan agar umat berijtihad tanpa mengira samada mereka itu berkelayakan atau tidak, adalah satu seruan yang merbahaya dan boleh meruntuhkan agama serta memecahkan perpaduan umat. Kalaupun nak berijtihad, maka biarlah ianya dilakukan oleh ulama yang mencapai darjat mujtahid. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi telah mengarang satu buku yang amat baik menjelaskan tentang bahaya fahaman al-la madzhabiyyah (bebas mazhab). Karyanya tersebut berjodol “al-La Madzhabiyyah akhtharu bid`atin tuhaddidusy Syarii`atal Islamiyyah” (Bebas Mazhab bid`ah yang paling bahaya yang meruntuhkan Syariat Islam). Eloklah sesiapa yang ingin mengetahui berhubung bahaya ini membaca dan mentelaah karya ulama Syria ini dengan hati yang bersih dan ikhlas untuk mencari kebenaran. Rasanya telah ada pun terjemahannya dalam Bahasa Melayu, tapi kepada yang nak jadi mujtahid kenalah baca yang asal dalam Bahasa `Arab. Cam ne nak jadi mujtahid kalau masih bertaqlid dengan terjemahan orang lain!!!!!
Realiti dari sejarah telah membuktikan bahawa Islam dahulunya berkembang dan gemilang di bawah tangan mereka – mereka yang bermazhab dan sufi. Seruan agar pintu ijtihad dibuka luas hatta kepada golongan awam yang fatihah pun lintang-pukang adalah seruan yang diterbitkan oleh musuh-musuh Islam untuk memusnahkan perpaduan umat. Jelas kesannya, umat mula berpecah belah sesama sendiri, sehingga mereka bergaduh isu remeh temeh, dan meninggalkan pembangunan dalam bidang-bidang lain. Apa tidaknya, bila ahli ekonomi dan perbankan sibuk membicarakan hukum-hukum khilaf mazhab dan meninggalkan bidang ekonomi dan perbankan yang sepatutnya mereka bangun. Sayang sekali “ijtihad” mereka digunakan dalam perkara-perkara yang telah diijtihadkan oleh para ulama mujtahidin yang terdahulu. Sungguh ijtihad para juhala` itu lebih berbahaya dari taqlidnya mereka kepada ulama yang mujtahid. Marilah kita merenungi sepotong hadits yang diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami dalam “Musnad al-Firdaus” yang walaupun dinilai sebagai dhoif oleh para muhadditsin tetapi ianya memiliki makna yang shohih yang tidak bercanggah dengan roh syariat Islam. Tambahan pula ianya turut dinukil oleh para muhadits lain dalam karya-karya mereka seperti oleh Imam as-Sayuthi dalam “al-Jami`ush Shoghir fi ahaaditsil Basyirin Nadzir” iaitu hadits yang ke – 11. Tidaklah kita pedulikan penilaian al-Albani yang memaudhu`kan hadits ini, kerana jika dia yang memaudhu`kannya, maka ada ulama lain yang tidak mengeluarkannya dari senarai hadits walaupun dinilaikan sebagai dhoif. Jika al-Albani berhak untuk berijtihad bahawa hadits tersebut maudhu`, maka apa pula yang menegah para muhaddits terdahulu berijtihad untuk tidak memaudhu`kan riwayat tersebut. Berbalik kepada sabdaan tersebut, maka Junjungan Nabi s.a.w. diriwayatkan sebagai bersabda:-

Penyakit / Kebinasaan bagi agama itu ada tiga: (i) faqih yang fajir; (ii) pemimpin yang jahat; dan (iii) mujtahid yang jahil.
Tanpa memperhatikan kepada sanad hadits di atas, adakah kita tidak setuju bahawa mujtahid yang jahil itu membinasakan agama? Bukankah yang dinyatakan itu adalah satu kebenaran yang tidak boleh ditolak. Semoga Allah merahmati semua mujtahid yang benar-benar layak berijtihad dan dibersihkanNya umat ini dari segala fitnah yang timbul daripada mujtahid-mujtahid gadungan. Pahlawan agama yang bermazhab dan berjasa mendaulatkan Islam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: