Posted by: Habib Ahmad | 27 Oktober 2013

JENAYAH WAHABBI YANG SERING DILUPAI

JENAYAH WAHABBI YANG SERING DILUPAI
TERHADAP MAZHAB AHLU SUNNAH WAL JAMAAH

(1) Dan setengah daripadanya fitnah taifah Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga merentah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu KAUM YANG MEMPUNYAI MAZHAB YANG JAHAT dan JALAN YANG SESAT dan IKTIKAD YANG MUDARAT

(2) Maka meringkah ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan Qubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu.

(3) Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat da beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu akan dia

(4) Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin, dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada mazhab mereka itu yang celaka. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian Qubur Nabi dan segala barang yang di dalam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah

(5) Dan masuk mereka akan Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasarkan [mengepung] mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan dia dan merentah mereka itu padanya 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah di dalam huru-hara yang amat sangat

(6) Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Pasha, Raja Masir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Masir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: