Posted by: Habib Ahmad | 19 Oktober 2013

Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim

BOLEH GUNAKAN “ALLAH” ASALKAN…

Penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Alkitab (Bible) dan tulisan
-tulisan Kristian di Malaysiamemang MENDATANGKAN KEKELIRUAN, bukan sahaja kepada umat Islam, tetapi juga
kepada penganut agama Kristian (1) sendiri. Sepatutnya perkataan ‘Allah’ ataupun ‘TuhanAllah’ digantikan sahaja dengan Tuhan, ataupun Yahweh, ataupun Yehovah, El, Eloah,
Elohim ataupun apa saja istilah lain (umat Kristian tentu lebih tahu) yang ada kaitan denganThe Old Testament (Perjanjian Lama) dan The New Testament (Perjanjian Akhir). Apakah
agama Kristian kekurangan perkataan hingga terpaksa menggunakan perkataan ‘Allah’ yang
lebih sinonim dengan kitab suci Al-Quran (The Last Testam
ent/ Perjanjian Akhir)? Ataupun…
ada sesuatu di sebaliknya?
Sepatutnya perkataan ‘Allah’ tidak digunakan oleh penganut agama Kristian untuk
menggambarkan Tuhan mereka walau di mana saja. Walau bagaimanapun, tulisan ini lebih
menjurus dalam KONTEKS ‘MALAYSIA’.
Perlu kita fahami, Bahasa Melayu Malaysia ada banyak juga perbezaan berbanding Bahasa
Melayu Indonesia. Contohnya ‘tewas’ di Malaysia bermaksud ‘kalah’ sedangkan di Indonesiabermaksud ‘mati’. Sebab itu jangan mudah

mudah menyebut ‘pemain badminton
Indonesia
telah tewas di tangan pemain Malaysia’ kepada saudara
-saudara kita dari Indonesia- nanti
‘bisa bikin ribut’. : )

Di Malaysia, ‘Allah’ ialah Tuhan YANG ESA bagi orang
-orang Islam (dan Tuhan Yang Esa bagi
semua manusia). ‘Allah’ ini langsung tid
ak sama dengan makhluk. Sebelum mana-manamakhluk wujud, Dia sudah SEDIA ADA. Sebelum tempat, ruang, warna, kecerahan, gelap,bentuk, sempadan, rupa, arah dan lain-lain (yang semuanya makhluk) wujud (diciptakan-Nya), Dia sudah sedia ada. Apa sahaja yang terpengaruh dengan tempat, ruang, warna,kecerahan, gelap, bentuk, sempadan, rupa, arah dan lain-lain adalah makhluk. Apa sahaja
yang lebih muda atau ‘datang kemudian’ daripada
-Nya- bukan Allah. Begitulah hebatnyaAllah, satu-satunya Tuhan sebenar.Allah tidak dapat dibayangkan oleh makhluk. Apa saja yang tergambar dalam fikiran kitabukan Allah. Jika Tuhan boleh dibayangkan, hilanglah kehebatannya. Allah suci daripadasegala kelemahan seperti mengantuk, lapar, dahaga, lupa, tersilap, berehat, tidak tahu,sakit, tua dan sebagainya. Jauh sekali untuk Dia diseksa ataupun mati. Dia SEMPURNA.Dia tidak dapat diperintah atau diarah-arah kerana Dialah Pemerintah- Raja Segala Raja. Diatidak dapat diutus kerana Dialah Pengutus. Dialah sahaja yang tahu bila saatnya Kiamat.Siapa sahaja yang tidak tahu tarikh dan saat Kiamat, itu bukan Allah. TIDAK TAHU
menunjukkan kelemahan dan sifat makhluk. Mustahil Tuhan ‘tidak tahu’ dan lemah. Siapasaja yang ‘tidak tahu’ dan lemah tidak layak menjadi Tuhan. Allah tidak layak memohon

kerana Dialah Tempat Permohonan.Allah tidak dapat dipecah-pecahkan, dipisah-pisahkan atau dibahagi-bahagikan- Dia Esa(Satu). Sesiapa yang menyembah Tuhan yang boleh dipecah-pecahkan dipisah-pisahkanatau dibahagi-bahagikan, maksudnya orang itu tersembah selain daripada Allah iaitu
makhluk. Hal ini kerana Dia sudah ‘sedia ada’ sej
ak ruang dan pembahagian belum dicipta.Jadi, mustahil Dia boleh dibahagi-
bahagikan. Allah sentiasa ada, tidak pernah ‘tidak ada’ataupun ‘belum ada’. Dia sentiasa muncul, mustahil Dia baru muncul ataupun belum muncul
dan kemudiannya menghilang ataupun mati. Zat Diri-Nya tidak pernah berubah atupun
bertukar. Apa sahaja yang MENGALAMI PERUBAHAN (umat Islam menyebutnya ‘baharu’),
bukan Allah tetapi makhluk.Inilah sebahagian daripada ciri-
ciri ‘Allah’ yang disebut dalam Perjanjian Terakhir
– Al Quran.Dan Allah ini memiliki begitu banyak persamaan dengan Tuhan bagi umat Kristian yangberfahaman Unitary (Unitarian). (2)
Apabila penganut agama Kristian tempatan menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk ‘Tuhan’
mereka, memang menimbulkan masalah. Hal ini kerana sifat-
sifat ‘Allah Kristian’ itu jauh
berbeza dengan Allah. Jangan kita diperbodohkan oleh sebahagian golongan Iselam Liberal
yang mendakwa Allah sebagai ‘Tuhan Sembahan’ semua agama.
Allah sebagai TUHAN SEBENAR SEMUA MANUSIA memang benar, tetapi mengatakan Allahsebagai TUHAN SEMBAHAN semua agama ternyata jauh menyimpang. Hanya Muslim yangmenyembah Allah TUHAN SEMUA MANUSIA itu, yang tertera sifat-sifatnya sebagaimanayang dijelaskan di atas tadi. Sesiapa yang menyembah Tuhan yang memiliki semua sifat-sifattersebut, maksudnya dia menyembah Allah. Jika Sembahannya itu tidak memiliki sifat-sifatitu, maksudnya dia menyembah SELAIN ALLAH. Jadi, sesiapa yang menyembah SELAIN
ALLAH, sepatutnya gunakanlah nama lain bagi ‘Tuhan Sembahan’ mereka itu. Selesai
masalah.Kita sedia maklum, Tuhan Sembahan umat Kristian itu boleh dipecah-pecah dan dibahagi-
bahagikan walaupun dikatakan ‘3 oknum dalam satu’. Jesus sebagai Tuhan menunggu
wahyu di bumi, Roh Kudus sebagai Tuhan sedang turun ke bumi membawa wahyu manakalaBapa yang juga Tuhan sedang berada di syurga (3). Hal ini memang jelas bertentangandengan ALLAH kerana Dia tidak dapat dipecah-pecahkan, dipisah-pisahkan atau dibahagi-bahagikan- Dia Esa (Satu).
Tuhan umat Kristian itu memerlukan ‘rehat’ selepas mencipta t
etapi Allah tidak pernahberehat. Berehat adalah satu kelemahan. Tuhan Kristian pernah kalah bergusti denganmanusia tetapi Allah tidak pernah kalah. Tuhan sembahan Kristian tidak tahu di mana Adammenyorok tetapi Allah Maha Mengetahui. Sembahan Kristian itu dilahirkan tetapi Allah

5
sudah sedia ada sebelum pembahagian, jasad dan ruang dicipta. Jesus yang Tuhan dan RohKudus yang juga Tuhan tidak tahu tarikh Kiamat sedangkan Allah Maha Mengetahui. TuhanSembahan itu boleh menyesal (menunjukkan Dia tidak Maha Mengetahui) sedangkan Allahmustahil menyesal kerana Dia Maha Mengetahui.Lihatlah betapa jauh bezanya antara Allah dengan Tuhan Sembahan penganut agamaKristian. Kita tidak mahu umat Islam dan umat Kristian di negara ini terkeliru lalu menyangkayang mereka sedang MENYEMBAH TUHAN YANG SAMA. Persamaan yang wujud hanyalahMuslim dan Kristian percaya kewujudan Tuhan dan semua orang mesti menyembah Tuhan.
TAPI Islam dan Kristian ada begitu BANYAK PERSAMAAN jika ‘Allah’ yang dimaksudkan oleh
Kristian itu ialah BAPA, sebagimana faham para Unitary. Sekiranya HENDAK SANGAT, Alkitab(Bible) dan tulisan-
tulisan Kristian di Malaysia boleh saja menggunakan perkataan ‘Allah’asalkan kena dengan tempatnya. Gantikan saja perkataan ‘Bapa’ dalam Bible dengan ‘Allah’.
Ja
ngan nisbahkan ‘Allah’ kepada Jesus ataupun Roh Kudus tetapi untuk Bapa sahaja.

“…
biarlah dunia percaya yang Bapa (ALLAH) telah mengutus aku (Jesus).”
(Yohanes 17:21)
“Bapa (ALLAH) yang mengutus aku (Jesus), Dialah yang bersaksi tentang aku, kamu tida
kpernah mendengar suara-Nya, rupa-
Nya pun tidak pernah kamu lihat.”

(Yohanes 5:37)
“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang
jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak,
HANYALAH BAPA (ALLAH) SAHAJA.”

(Markus 13: 32)
“Jika kamu mengasihi aku, kamu akan bersukacita kerana aku pergi kepada Bapa (ALLAH),
oleh sebab Bapa (ALLAH) lebih besar daripada aku.”
(Yohanes 14:28)
“Setelah berkata demikian, Jesus mengadah ke langit lalu berkata, “Ya Bapa (ALLAH),sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun boleh memuliakanBapa (Allah)””
(Yohanes 17:1)
Bagaimana? …
Kalau penganut agama Kristian berasa keberatan, maka kita kembali saja kepada Kitab Suciagama masing-
masing. Umat Islam menggunakan nama ‘Allah’ sebagaimana yang tertera

dalam Kitab Suci Al-Quran, manakala umat Kristian gunakan nama Tuhan yang ada dalamBible Ibrani ataupun Aramaic-
yang pastinya tidak ditulis sebagai ‘Allah’. Kan selesai dengan
aman? Mengapa tidak mahu menggunakan nama Tuhan dalam Kitab Suci sendiri?’BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’
Abu Zulfiqar31 DISEMBER 2007
Lokasi artikel : http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/boleh-gunakan-allah-asalkan.html *
Penganut agama lain yang ingin tahu tentang isi kandungan ajaran Islam boleh ke lamanMENGENAL ISLAM di http://mengenalislam.blogspot.com/ .Tentu anda ingin tahu apakepercayaan umat Islam, perayaan umat Islam, ibadah Haji, hiburan umat Islam, caraberibadah dan lain-lain. Tidak ada ruginya anda menambah pengetahuan.

* Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui perbandingan agama Islam denganagama-agama lain, boleh mengembara ke laman MENGAPA ISLAMdi http://mengapaislam.wordpress.com/ .

(1) ‘Kristian’ di Malaysia membawa maksud seluruh cabang agama
Kristian manakala di
Indonesia, ‘Kristen’ dispesifikasikan sebagai aliran ‘Protestan’ dan penganut agama Kristianaliran Katholik disebut ‘Katholik’.

(2) Umat Kristian berfahaman Unitary percaya Bapa ialah Tuhan sebenar manakala Jesusdan Roh Kudus mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada-Nya. Penganut agamaKristian yang berfahaman Trinity (Trinitarian) pula percaya Bapa, Roh Kudus dan Jesussebagai Tuhan sebenar- tiga peribadi dalam satu peribadi. FAHAMAN ASAS Unitary memangselaras dengan pandangan agama Islam. Banyak kaum Kristian di Timur Tengah
berfahaman Unitary. Oleh itu jika mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk Tuhan
mereka (Bapa), memang ada relevannya. Namun di Malaysia, majoritinya beraliran Katholik dan selebihnya Protestan, yang kedua-duanya Trinitarian.

(3)
“Dan turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan
terdengarlah suara dari langit: “Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi, kepadamulah Akuberkenan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: