Ibadah
Tarikh Keputusan: 9 Sep, 2002
Huraian Tajuk/Isu:
Hukum Bacaan Surah Yasin dan Bertahlil samada sampai atau tidak pahala amalan tersebut kepada simati.
Keputusan:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 9 September 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Membaca Surah Yasin Dan Tahlil Berjemaah.

Alhamdulillah fatwanya:
Segala bentuk sedekah seperti kenduri, membaca ayat-ayat Al-Quran dan segala bentuk zikir, tahlil adalah harus dan pahalanya إن شاء الله sampai kepada simati yang ditujukan dengan syarat diniatkan semua pahala amalan-amalan kebajikan tersebut untuk simati dengan penuh keikhlasan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-membaca-surah-yasin-dan-tahlil-berjemaah-0