Posted by: Habib Ahmad | 10 September 2013

Sediakan Modal Pelaburan dan Kiriman Pahala Ke Negeri Akhirat

Muzammil [20]….dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah swt.

Baqarah [110]….dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah swt.”

Buatlah persediaan, pelaburan dunia sebagai bekalan modal dan pelaburan untuk ke menuju ke negeri akhirat. Tanamlah modal kebajikan di dunia untuk di bawa pulang ke kampung akhirat sepertimana kita berhijrah ke kota untuk mencari rezeki dan di bawa pulang kepada ibubapa yang berada di kampung. Janganlah jadi seperti penagih dadah yang lupa tujuan asal mereka berhijrah ke kota. Carilah pahala kerana ia adalah harta akhirat.

Apa jua ibadah atau amalan yang dilakukan di dunia ini yang betul niatnya dan caranya akan dikirimkan pahalanya di negeri akhirat nanti. Setiap hari kita mengirimkan pahala melalui ibadah dan amalan yang dilakukan, seperti kiriman wang yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang di tempat lain melalui perbankan pada masa kini.

Dunia ini hanyalah satu tempat sementara dan di sinilah tempat kita diuji dan keputusannya diketahui di negeri Akhirat. Segala kebaikan yang telah dilakukan di sini (dunia) akan dihantar ke sana (kampung akhirat). Ia juga umpama pelaburan amanah saham, setiap yang dilaburkan pada masa dahulu akan diberi pulangan di masa hadapan (“bijak dahulu bijak sekarang”).

Kita juga diberi dua jalan pilihan untuk menentukan samada masa depan akhirat kita gelap atau cerah, syurga atau neraka.

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (Balad:10)

Jika diberi pilihan diantara dua perkara, satu untuk dunia dan yang satu lagi untuk akhirat, maka pilihlah urusan untuk akhirat kerana dunia ini akan musnah manakala akhirat akan kekal abadi. Namun jika diberi kedua-duanya ambillah kedua-duanya.

Sekiranya kita berada disebelah mereka yang tidak baik, berusahalah dan berdoalah untuk mengubah nasib itu kerana Allah tidak akan mengubahnya melainkan kita sendiri yang berusaha mengubahnya. Belajarlah terutamanya ilmu aqidah kerana aqidahlah yang menentukan masa depan akhirat kita. Ubahlah masa depan akhirat sepertimana kita bersungguh-sungguh mengubah masa depan dunia kita.

….Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Rad)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/09/08/sediakan-modal-pelaburan-dan-kiriman-pahala-ke-negeri-akhirat/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: