Posted by: Habib Ahmad | 24 Ogos 2013

Syeikh Dr Ali Jumu’ah nafi keluar fatwa ‘halal’ bunuh demonstran

MESIR: Ahli Majlis Ulama Besar, Asy-Syeikh Dr Ali Jumu’ah menafikan sekeras-kerasnya penyebaran fatwa palsu yang disandarkan kepada dirinya yang mengatakan “halal” membunuh penyokong legitimasi dan ahli Ikhwan Muslimin.

Beliau menegaskan bahawasanya khabar angin tersebut tidak berasas dan jauh menyimpang dari kebenaran, sumber Al-Azhar Asy-Syarif menyebut.

Katanya, khabar angin yang telah tersebar itu sangat bertentangan dengan ajaran Islam, yang mana menyeru untuk memelihara nyawa serta kehidupan manusia, mengutuk dengan keras segala bentuk kekejaman.

Fatwa palsu itu sebelum ini tersebar di media khususnya yang pro kerajaan kudeta serta beberapa media antarabangsa.

Asy-Syeikh Dr Ali Jumu’ah juga menyebut bahawasanya beliau ketika menyandang jawatan Mufti Republik Arab Mesir, pernah mengeluarkan fatwa berkenaan keharusan mengadakan demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman yang tidak akan menyebabkan berlaku sebarang kemudharatan.

Dalam fatwa tersebut, beliau juga menyebut berkenaan pengharaman penggunaan sebarang bentuk senjata semasa demontrasi, dan kesucian darah rakyat Mesir yang tidak boleh dicabuli.


Responses

  1. salam.. blh bagi link ucapan sheikh ali jumu’ah ini??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: