Posted by: Habib Ahmad | 21 Ogos 2013

Sederhana Dalam Makan Minum

Jauhilah membuncitkan buncit (makan dan minum secara berlebihan), kerana sesungguhnya ia merosakkan jisim (tubuh), dan dapat menyebabkan malas mengerjakan solat, dan bersederhanalah dalam kedua hal tersebut kerana sesungguhnya bersederhana itu lebih baik bagi tubuh dan menjauhkan diri dari membazir (Riwayat Bukhari).

Banyak penyakit berpunca dari perut iaitu dari makanan. Maka apabila seseorang itu banyak makan, maka banyaklah penyakitnya. Rasulullah SAW makan hanya ketika benar-benar lapar, dan tidak benar-benar mengenyangkan. Dalam satu hadith disebut ” Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali bila merasa lapar dan apabila kami makan, maka tidak sampai sekenyang-kenyangnya” (ketika menolak tawaran untuk diberikan tabib atau doktor oleh Raja). Lebih baik makan sedikit-sedikit berulang kali dari dari makan banyak sekaligus kerana ia menyebabkan tiada ruang kosong di dalam perut.

Rasulullah SAW bersabda, orang yang paling disukai Allah di antara kamu adalah orang yang paling sedikit makannya dan paling ringan badannya” (Riwayat Ad-Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.).

Dalam satu hadith disebut “Apa yang saya lebih bimbang terhadap umat saya, ialah besar perut, banyak tidur, malas, dan kelemahan keyakinan”. Besar perut, bermaksud, banyak makan, kemewahan. Mereka yang banyak makan, akan membesarkan perut, ia akan mewarisi kelembapan, kurang cergas.

Rasulullah saw, telah mengajar cara untuk makan dan minum dengan membahagikan perut kepada tiga bahagian; iaitu sepertiga bahagian perut untuk makanan, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiga akhir adalah untuk udara (nafas).

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/08/18/sederhana-dalam-makan-minum/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: