Posted by: Habib Ahmad | 17 Ogos 2013

Teruskan Amalan dan Melawan Nafsu Buruk Di Luar Ramadan

Amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadan seperti berpuasa, sembahyang berjemaah dan beriktikaf (di masjid bagi lelaki), sembahyang malam (tahajjud), sembahyang witir 3 rakaat serta perjuangan melawan nafsu yang buruk hendaklah diteruskan di luar Ramadan walaupun Ramadan telah berlalu meninggalkan kita.

Puasa Sunat

Ramadan melatih kita berlapar. Rasulullah saw. bersabda “Apabila seseorang itu kurang makan, penuhlah badannya dengan cahaya”. Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam diri orang yang berpuasa dan memberinya kekuatan untuk mendampingi Allah. Teruskan aktiviti berpuasa dengan melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis serta puasa pada 3 hari pertengahan bulan. Rasulullah saw.melakukan puasa sunat 11 hari setiap bulan secara tetap (rutin), iaitu pada hari Isnin dan Khamis (8 hari sebulan) dan pada tiga hari pertengahan iaitu 13, 14 dan 15 haribulan. Ahli tarikat juga mengamalkan puasa sunat 11 hari sebulan. Selain dari hari-hari tersebut, Baginda Mulia akan berpuasa apabila mendapati tiada makanan di rumahnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa”(Riwayat Imam Tirmizi).”

Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; “Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara; 1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan. 2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha. 3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Sembahyang Sunat Selepas Isyak

Ramadan melatih kita bersembahyang sunat selepas Isyak. Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar (pahalanya), demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27).

Sembahyang Witir

Sembahyang witir adalah berbeza dengan sembahyang tarawih. Sembahyang tarawih hanya boleh dikerjakan dimalam-malam bulan Ramadan sahaja, sedangkan sembahyang witir boleh dilakukan sepanjang tahun. Jika dalam bulan Ramadan kita melakukan witir setiap malam, maka teruskanlah berwitir di luar Ramadan. Sembahyang witir boleh dilakukan selepas Isyak jika bimbang tidak dapat bangun malam.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

Sembahyang Tahajjud

Nabi SAW juga menyuruh sembahyang tahajjud walaupun selama memerah susu kambing (lebih kurang 5 minit).Iyas bin Mu’awiyah Al-Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :“Boleh dikerjakan sembahyang malam meskipun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu) selepas sembahyang Isya’ itu dikira sebagai (waktu) malam” (Riwayat Tabrani)

Nabi SAW juga mengatakan siapa yang terbangun di waktu malam tetapi tidak bertahajjud maka termasuklah ia dalam golongan yang lalai. Abdullah Bin Amru meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang (Qiamulaill) sembahyang dengan membaca sepuluh ayat maka ia tidak ditulis sebagai orang yang (hidup) lalai.

Perjuangan Melawan Hawa Nafsu

Ramadan melatih kita menahan mata daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, menahan mulut daripada mengumpat dan bercakap perkara yang sia-sia, menahan telinga daripada mendengar perkara yang sia-sia, umpatan, muzik, lawak jenaka, menahan kaki daripada menuju tempat maksiat atau tempat yang menimbulkan fitnah, dan menahan tangan daripada menyakiti orang lain atau melakukan perbuatan keji.Teruskanlah perjuangan ini di luar Ramadan.

Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar .”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu”.

Nabi Yusuf juga mengatakan bahawa Baginda tidak dapat menjamin dirinya dengan ujian nafsu. Seorang bakal Nabi pada masa itu pun tidak menjamin dirinya boleh mengawal nafsunya melainkan Allah telah kasihan belas terhadapnya dan membantunya mengawal nafsu:-

Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
http://nasbunnuraini.wordpress.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: