عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَة
Daripada Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling pemurah. Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan untuk bertadarus (mengulang-ulang) al-Qur`an dengan Rasulullah s.a.w. Baginda pada ketika itu lebih pemurah dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan . ”
(al-Bukhari, no: 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308)
Permulaan turunnya al-Qur`an adalah di bulan Ramadan. Jibril a.s. datang menemui baginda untuk dibacakan kepadanya al-Qur`an. Apabila tahun yang baginda wafat, Jibril datang sebanyak 2 kali.
Rasulullah s.a.w. secara mutlak adalah orang yang paling pemurah kerana sifat pemurahnya itu adalah tabi’inya dan sifat baginda secara shara’ yang didorong oleh iman dan ilmu. Secara tabi’i kerana sememangnya bangsa Quraysh adalah bangsa yang pemurah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ