Posted by: Habib Ahmad | 12 Julai 2013

Hukum-hukum dalam berpuasa.

Ada beberapa perkara berkenaan hukum fekah dalam kitab puasa yang saya hendak catitkan sedikit sementara ingat.

1. Tentang batalnya puasa. , bila seseorang yang sedang puasa dengan tidak sengaja , termasuk air kedalam rongga badan contohnya telinga atau mulut, walaupun sedang janabah, haid, nifas dan mandi Sunat- dipaip , pancuran air, telaga atau kolah dengan bersiram. Perlu diperhatikan , yang tidak batalnya , jika termasuk air mandi wajib dengan tidak sengaja kedalam rongga adalah ketika mandi dengan menyelam sahaja- sabilul muhtadi , muka surat 140 .

2. Adapun jika mandi bukan dengan Niat mandi wajib atau mandi Sunat, contohnya- hanya niat mandi berseronok, bersejuk-sejuk saja, jika termasuk air kerongga dengan tidak sengaja? . Hukumnya , batal puasa. Rujuk sabilul muhtadim di mukasurat yang sama.
Batal puasa pada masalah no 2 , walaupun mandi menyelam atau bersiram. Asalkan termasuk saja , batal lah puasa. Ini perkara patut sangat diperhatikan dibulan yang mulia ini.

3. Tidak batal puasa jika hanya Korek lubang hidung contohnya dengan jari jika tidak sampai had di pangkal khaisiyum iaitu pangkal hidung. Sekalipun tidak elok korek hidung waktu puasa ni , lebih lagi korek korek depan manusia ramai. Ini masalah juga terdapat kekeliruan sebahagian orang sebab tidak faham ibarat ulamak – makruh berlebih-lebihan memasukkan air kedalam hidung ketika wudhu, ketika puasa- kenapa makruh sahaja, tidak haram?. Itu menunjukkan tidak batal memasukkan sesuatu kedalam lubang hidung jika tidak sampai had yang membatalkan. wallahu a’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: