Posted by: Habib Ahmad | 9 Julai 2013

Benarkah Kismis Minda Mengandungi Doa Berunsur Syiah ?

Telah tersebar di dalam facebook seorang artis yang telah berhijrah dan pernah sepentas bersama Ustaz Azhar Idrus telah membuat satu penuduhan bahawa Kismis Minda mengandungi doa berunsurkan syiah.

Setelah dikaji doa li khamsatun berkenaan adalah bait qasidah tawassul dari ulama Hadramaut iaitu Habib Ahmad Ibnu Muhammad Al Mudhor yang mengikut tawassul Imam Asy Syafie.

Imam Asy Syafie sangat mencintai keluarga Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam, di samping kerana beliau juga termasuk ahlul bait. Kecintaan itu beliau lukiskan dalam sejumlah sya’ir yang diriwayatkan olah Imam Ibnu Hajar al Haithami dalam al Sawaiq al Muhriqah hal. 274

آل النبي ذريعتي وهم إليه وسيلتي
أرجو بهم أعطى غدا بيدي اليمين صحيفتي

ertinya :

Keluarga Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam, adalah pintu dan wasilahku mohon kepada Allah. Aku berharap dengan perantara mereka kelak aku memperoleh buku cacatan amalku dengan tangan kananku.

Kepada yang terlibat dinasihatkan agar memadam tulisan berunsurkan fitnah dan tuduhan berkenaan. Menghukum tanpa menyelidik termasuk di dalam larangan Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al Hujaarat: Ayat 6)

Umat Islam keseluruhannya menyintai Ahlu Bait. Di dalam hadith Rasulullah yang bererti :

Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam memanggil Saidina Ali, Fatimah, Hasan dan Hussein, maka beliau berkata : Ya Allah, mereka inilah keluarga aku (Riwayat Muslim – Syarah Muslim Juzuk XV hal 176)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: