Jun 26, 2013 — sulaiman
Telinga dijadikan bagimu supaya mendengar kalam Allah iaitu Al-Quran, hadith Nabi dan mendengar akan hikmah Auliya’ Allah (kisah wali). Maka hendaklah pelihara telingamu daripada lima perkara iaitu mendengar segala yang bid’ah yang dicela, mengumpat, perkataan yang keji, perkara yang bathil, dan pelihara mendengar daripada orang yang mengata akan kejahatan manusia (Kitab Hidayatus Salikin).

Peliharalah telinga daripada mendengar cerama-ceramah yang tidak berguna, nyanyian atau muzik dan apa jua yang bertentangan dengan agama.

Peliharalah telinga daripada mendengar umpatan. Mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang dibelakangnya. Dosa mengumpat bukan hanya ditanggung oleh orang yang mengumpat tetapi juga oleh orang yang mendengarnya. Orang yang mengumpat tidak akan meneruskan umpatannya jika tiada yang mendengar. Oleh itu larilah daripada orang yang sedang mengumpat.