Posted by: Habib Ahmad | 3 Julai 2013

Faruddat ila khamsin `amaliyyah

Mawlid al-Barzanji adalah karya mawlid yang paling tersohor dan merata pembacaannya. Uslub dan gaya bahasanya yang indah menggetarkan setiap hati para pencinta Rasul SAW. Berbagai kisah sirah Junjungan Nabi SAW dipaparkan dalam karya mawlid tersebut, termasuklah kisah mi’raj Junjungan Nabi SAW dan pensyariatan sholat fardhu yang lima. Sayyidina wa Mawlana Muhammad SAW ketika menerima perintah sholat fardhu yang lima pada mulanya baginda dan umatnya diperintahkan untuk menunaikan 50 waktu sholat fardhu, namun kemudian dengan rahmat dan kemurahan Allah SWT dikurangkan kepada 5 waktu sahaja. Imam al-Barzanji rahimahullah mengabadikan kisah ini pada fasal yang ke-14 mawlidnya yang masyhur dengan kata-kata yang indah seperti berikut:-

Dan Allah fardhukan di atas Nabi dan di atas umatnya 50 sembahyang pada sehari semalam. Kemudian melimpahlah awan (hujan) kelimpahan Tuhan, maka dibalikkan (dikurangkan) bilangan sembahyang 50 itu kepada sembahyang 5 waktu yang terbangsakan kepada amalan. Akan tetapi adalah bagi 5 sembahyang ini pahala 50 sembahyang itu juga, seperti yang Allah kehendaki pada azali dan dihukumkanNya (ditetapkanNya). Kemudian kembalilah Nabi pada malam itu juga, maka percayakan dia (membenarkan dia) oleh Abu Bakar ash-Shiddiq akan perjalanannya dan oleh tiap-tiap yang empunya akal dan fikiran. (Diperselidikkan) dan didustakan dia oleh kafir Quraisy dan murtadlah siapa yang disesatkan oleh syaitan dan disesatkannya (digodanya dengan tipu dayanya hingga tercampur di dalam kejahilan dan neraka Jahannam). Semerbakkanlah kiranya ya Allah kuburnya yang mulia * Dengan bau-bauan yang amat harum, ialah rahmat dan kesejahteraan.[Terjemahan dipetik dari “Maulud Barzanji Melayu].

Berhubung kata – kata Imam al-Barzanji rahimahullah – faruddat ila khamsin `amaliyyah wa laha ajrul khamsin – terdapat bisyarah yang diperolehi oleh seorang wali dalam mimpinya bertemu dengan Junjungan Nabi SAW sebagaimana dikisahkan dalam “al-Fawaaid ad-Durriyyah min al-Anfaas al-Haddaadiyyah” yang merupakan himpunan kisah, kalam dan hikmah bagi al-Habib al-‘Arif al-Kamil al-Jawwad al-Imam `Alawi bin Muhammad bin Thahir bin `Umar bin Abu Bakar bin `Ali bin `Alawi bin Quthub al-Irsyad `Abduulah al-Haddad yang dihimpun oleh al-Ustaz al-Fadhil al-`Aziz as-Sayyid Muhammad bin Saqqaf bin Zain al-Hadi rahimahumullah. Kisah tersebut dinyatakan pada halaman 50 – 51 sebagai berikut;-
Habib `Abdul Qadir bin `Alwi as-Saqqaf Tuban rahimahullah telah mimpi melihat Junjungan Nabi SAW dan duduk di sisi baginda, Habib Hasan bin Sholeh al-Bahr rahimahullah. Junjungan Nabi SAW bersabda kepada Habib `Abdul Qadir: “Adakah engkau menghafal doa al-Khidir dan Junjungan Nabi SAW membacakan doa tersebut, iaitu doa yang disebut oleh Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitab Ihya` dan Habib `Abdullah al-Haddad dalam “al-Wirdul Kabir”. Junjungan Nabi SAW menyambung lagi sabdaan baginda: “Aku ijazahkan engkau untuk membacakannya pada setiap hari 50 kali.” Habib `Abdul Qadir berkata: ” Aku memohon kepadamu keringanan, wahai RasulAllah.” Habib Hasan berhasrat untuk menyarankan agar dikurangi bacaan doa tersebut kepada 5 kali, namun saranan tersebut dinyatakannya dengan perlahan sahaja. Lalu Junjungan Nabi SAW bersabda dengan menggunakan lafaz al-Barzanji sebagai berikut: ” faruddat ila khamsin `amalyyah wa laha ajrul khamsin – dikembalikan / dibalikkan / diringankan bacaan doa tersebut daripada 50 kali kepada 5 kali sahaja, namun ganjarannya tetap seumpama membacanya 50 kali.”

Habib `Abdul Qadir as-Saqqaf Tuban rahimahullah adalah seorang wali Allah yang dilahirkan di Seiwun tahun 1241 dan wafat pada tanggal 13 Rabi`ul Awwal 1331H. Mudah-mudahan Allah mencucurkan rahmat sentiasa ke atas beliau dan leluhurnya juga ke atas sekalian muslimin, aamiin…. al-Fatihah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: