“Seburuk-buruk makanan adalah hidangan walimah, yang mana orang-orang kaya diundang menghadirinya tetapi orang-orang miskin tidak diundang. Sesiapa yang tidak memenuhi undangan walimah, bererti dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya.” [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, no. 5177]

Berkahwinlah dan adakanlah kenduri mengikut kemampuan dan hukum syarak.

Sabda Rasulullah s.aw kepada Abdul Rahman bin Auf : ” Adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing “. (Riwayat Bukhari dan Muslim ) .

Rasulullah bersabda, bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat).” – (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Selain itu janganlah mendiskriminasi iaitu hanya menjemput golongan berada dan VIP tetapi ditinggalkan golongan miskin.

Hukum menyahut undangan, iaitu menghadiri undangan misalnya majlis perkahwinan adalah sunat (bukannya wajib) dengan syarat majlis itu tidak mengandungi perkara haram seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan dan tidak diselingi muzik. Mengikut para ulama terdahulu, misalnya Abdullah Bin Masud adalah berdosa sekiranya seseorang itu makan sambil diringi muzik atau di tempat yang didendangkan muzik.