Posted by: Habib Ahmad | 11 Jun 2013

Kalimah Tawhid

Bayangkanlah saat-saat menghadapi kematian. Segala anggota telah lemah tidak berdaya, mata susah untuk dibuka, menarik nafas dirasakan berat sekali. Mulut yang dulunya fasih berkata-kata, kini hendak menggerakkan bibir bertutur pun payah. Namun, kala itu masih ada rahmat Allah. Mungkin ketika itulah baru terasa hikmah kenapa kalimah yang dijadikan sebagai anak kunci syurga Allah, kalimah yang menjadi harga syurga, tersusun hanya daripada huruf – huruf yang keluar dari rongga, yang tidak memerlukan gerakan bibir mulut untuk melafazkannya. Kasihnya Allah kepada hamba-hambaNya, agar kalimah keramat ini mudah dilafazkan ketika nyawa berpisah daripada badan. Alangkah malangnya jika ketika sihat tubuh badan serta fasih lisan berkata-kata, namun tetap lalai dan malas untuk melafazkan kalimah ini sebanyak – banyaknya. Banyakkanlah mengucap dan menghayati kalimah yang mulia ini, mudah-mudahan ketika sakarat nanti mudah melafazkannya sebagai kalimah terakhir yang diucapkan sebelum nyawa meninggalkan badan. Dengannya, semoga termasuk dalam janji Junjungan Nabi SAW dalam sabdaan baginda: “Sesiapa yang akhir kalamnya “la ilaha illa Allah”, dia pasti akan masuk syurga.” Inilah antara hikmahnya sebagaimana disebut oleh al-Imam al-Hafiz as-Sayuthi rahimahullah dalam karya beliau “al-Kanzul Madfun”. Allahummaj`al akhira kalami la ilaha illa Allah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: