Posted by: Habib Ahmad | 3 Jun 2013

KALAM AL-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD R.A

.

“Hendaknya si murid bersungguh-sungguh menjaga hatinya dari segala bentuk was-was, perasaan yang buruk dan prasangka yang tidak baik. Kerana jika perasaan semacam itu masuk ke dalam hatinya, maka hatinya akan rosak dan tidak mudah keluar dari badannya.

Hendaknya si murid bersungguh-sungguh membersihkan hatinya dari perasaan senang kepada dunia, dari hasut, dendam, curang dan berprasangka buruk kepada setiap muslim. Hendaknya ia menyayangi umat Islam (yang lain), peduli kepada mereka, berprasangka yang baik kepada mereka, mengharap kebaikan bagi mereka seperti ketika ia mengharapkannya untuk dirinya dan sebaliknya, ia tidak mengharap keburukan bagi mereka seperti ketika ia tidak mengharap keburukan bagi dirinya. Dan ia tidak boleh mengharap keburukan bagi kaum muslimin, seperti ketika ia tidak ingin mendapatkannya untuk dirinya.

Wahai murid, ketahuilah bahawa hati dapat berbuat maksiat yang lebih keji, lebih buruk dan lebih jahat dari berbagai maksiat yang biasa dilakukan oleh anggota badan. Tentunya hati tersebut tidak dapat menerima ma’rifat dan kecintaan kepada Allah S.W.T., kecuali setelah segala maksiatnya dijauhi oleh hati, diantaranya adalah sombong, riak, dan hasut.

Di dalam hati ada sejumlah moral yang banyak tercela. Penyebab utamanya adalah rasa cinta kepada dunia. Mencintai dunia adalah sumber segala kesalahan seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis. Jika hati seorang tidak mempunyai moral yang tercela, maka hatinya bersih, suci, bercahaya dan indah. Hati semacam itulah yang pantas menerima cahaya Illahi dan melihat segala rahsiaNya.”

Beristiqomahlah dalam membersihkan (menyuci) hati kerana hati termasuk pusat perhatian Allah S.W.T.

Nota:
– Hadir ke majlis-majlis ilmu juga sebahagian dari langkah-langkah pembersihan hati.
– Bumi Tarim, bumi sejuta para wali auliya’ juga salah satu tempat bagi ‘penyucian’ hati. InsyaAllah, kepada yang belum berpeluang semoga dapat menjejaki kaki ke sana.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: