Posted by: Habib Ahmad | 3 Jun 2013

Dalil-dalil Jumlah Zikir

Dalil-dalil Jumlah Zikir
PERSOALAN :
Salam. Ustaz, nak tanya. Mengenai anjuran zikir-zikir dalam bilangan tertentu itu, bolehkah saya tahu adakah terdapat apa-apa dalil mengenainya?

PENJELASAN :
Wlksm Mxxxxx Ixxx. Zikir yang mana yang dimaksudkan tu? Ada pelbagai versi zikir yang ada bilangan ni. Contohnya yang lepas solat Subahanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali… dan lain-lain.

PERSOALAN :
Oh. Kalau yang macam sampai bilangan 1000 dan segala bagai yang saya fikir agak sukar orang biasa amalkan itu, adakah dalil zikir dengan bilangan yang sebegitu?

PENJELASAN :
Jumlah zikir-zikir ini tidak ada had. Ada ahli-ahli sufi yang sentiasa dalam keadaan berzikir.

Dalilnya : “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang SEBANYAK-BANYAKNYA; Dan bertasbihlah kamu KepadaNya pada waktu pagi dan petang.”[Surah Al-‘Ahzab: 41-42].

Maksudnya tidak ada had, tetapi mestilah bersesuaian dengan taraf kita. Orang awam memang nampak macam zikir para ulama itu agak sukar, tapi kalau kita sudah mencapai maqam mereka, terasa senang pula.

Oleh kerana tidak ada had, masing-masing guru menyusun bilangan zikir yang sesuai untuk dirinya dan anak-anak muridnya. Dari situlah timbulnya perbezaan jumlah zikir.

Dalilnya lagi : “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” [Surah An-Nisa’: 103]

Maksudnya kita dalam keadaan yang bagaimana pun memang dianjurkan untuk berzikir. Sudah tentulah jumlahnya sangat banyak dalam tempoh kita berjaga iaitu dari awal pagi sampailah masuk tidur malam.

Antara zikir yang saya amalkan ialah zikir harian Tariqat Ghazaliyyah yang dinisabhkan kpd Imam Ghazali. Setiap hari diletakkan 1,000 sahaja kerana :
1. 1,000 itu sudah memadai bagi orang-orang yang baru hendak bermula ataupun untuk orang lama istiqamah.
2. 1,000 itu sedikit dan sekejap, supaya tidak mengganggu amalan-amalan lain seseorang tidak kira ia dari aliran/jemaah apa pun (yang biasanya Jemaah-jemaah itu sudah punya zikir/wirid tersendiri). Maksudnya sesiapapun boleh amalkan zikir Al-Ghazali ini.
3. 1,000 itu sebenarnya untuk menunjukkan banyak. Contoh : Walau 1,000 orang datang menyerang, aku takkan lari!” Istilah 1,000 itu untuk menunjukkan jumlah yang banyak dan tidak terhad. Maksudnya sesiapa yang mahu buat lebih walau 24 jam pun, tidak ada salahnya. Tapi jika sampai terganggu lain-lain urusan penting, paling kurang buatlah 1,000 kali.

Kesimpulannya, dalil kepada jumlah-jumlah zikir yang tuan sebutkan itu ialah antaranya dua ayat Quran tadi yang menggalakkan jumlah zikir tanpa had (sebanyak-banyaknya). Jika sebanyak-banyaknya boleh, maka jika kita letakkan jumlah tertentu sebagai had tentulah tidak ada masalah dari sudut agama. Wallahualam.


Responses

  1. Assalamu alaikum w.b.t

    Dalam berdoa, adakah seorang imam itu mengkhianati sekiranya beliau membaca doa yang ma’thur drp AlQuran atau Hadith tanpa menukar ayat tersebut kepada Jama’ , mengekalkan ayat tersebut semata2 krn ingin mendapat keberkatan2 ayat2 tersebut; contoh inni kuntu; tidak ditukar kepada inna kunna. Harap dapat penjelasan kerana saya keliru.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: