Posted by: Habib Ahmad | 14 Mei 2013

Kelebihan Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab

Antara kelebihan Bulan Rejab

1. Jawapan dari Ustaz Salman Maskuri :

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
“Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya’ban.” Aku bertanya kepada baginda ” Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya’ban.” Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa.” (Hadis Ahmad dan Nasaie – sanad yang hasan)

Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-

– Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

– Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.

2. Daripada Uthman bin Hakim al ansari beliau (Uthman) pernah menanyakan Sa’id bin Jubair tentang puasa Rejab (pada bulan Rejab) dan kami ketika itu berada pada bulan rejab. Sa’id menjawab :

“Aku mendengar Ibn Abbas berkata. “Adalah Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam berpuasa (Rejab) sehingga kami menyangka baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berbuka sehingga tidak nampak berpuasa”

Riwayat Muslim. Lihat sahih Muslim Beirut : dar Ihya’ Thuras al Arabi t.th 2/811

Imam Nawawi menyatakan :

“Apa yang zahir dari ucapan Sa’id bin Juba’ir menjadi bukti bahawa tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana (semata) bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain. dan tidak ada larangan (yang thabit) untuk melakukan ibadat puasa di Bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa tersebut.

(Lihat Syarh an Nawawi ala Shahih Muslim, Beirut: Dar Ihya’ Thurathal arabi, 1392H, 8/38)

al Imam al hafiz, Syaikh Ibn Rajab al Hanbali menyebutkan di dalam Latho’if al Ma’arif

“Dan adapun puasa (puasa Rejab) , maka tidak ada suatu khabar yang shahih tentang fadhilat puasa Rejab secara khusus dari Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan tidak juga dari para sahabat baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Akan tetapi diriwayatkan dari Abi Qilabah, dia berkata : “Di dalam syurga ada mahligai untuk sesiapa yang berpuasa Rejab”. Imam al Baihaqi berkata : “Abi Qilabah adalah dari Kibar Tabi’ien (Tabi’ien terkemuka), dia tidak akan berkata seperti itu melainkan diambil daripada seseorang (iaitu para sahabat) yang perkataannya di ambil pula dari RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam.

Sesungguhnya telah warid tentang puasa pada bulan-bulan Haram (termasuk Rejab) keseluruhannya dari hadith Mujibah al Bahiliyyah dari bapanya dan bapa saudaranya, sesungguhnya Nabi berkata kepadanya :
“Puasalah pada bulan-bulan Haram, dan tinggalkanlah.” Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam mengucapkannya sebanyak tiga kali. Hadith ini ditakhrijkan oleh Abu Daud dan selainnya. Ibnu Majah mentakhrijkannya dengan lafaz di sisinya: “Puasalah pada bulan-bulan Haram”. Sesungguhnya setengah daripada para Salaf berpuasa sepenuh-penuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, al Hasan al Bashri dan Abu Ishaq as Subaili. Sufyan At Thauri berkata: Bulan-bulan Haram, aku menyukai untuk berpuasa dalamnya”

Rujuk Latho’if al Ma’arif fi ma li Mawasim al ‘Am min al Wazha’if, al Imam al Hafiz Zain Ad Din bin Rejab al Hanbali, ta’liq Muhammad al Iskandarani, Beirut: Dar al Kitab Al Arabi
Cetakan Kedua, 1416H/1996M, ms. 120.

3. Jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre :

Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya’baan.”

Rujukan :

1. http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/kelebihan-syaban.html
2. Muhadir bin Hj Joll, Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama, Inilah Jawapannya, m/s 511-516, Cet Pertama 2011, Mawleed Publishing, Selangor
3. http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/membaca-yasin-3-kali-di-malam-nisfu.html

Bacaan Tambahan :

1. Rejab : Bulan Bercucuk Tanam Amalan Menuju Ramadhan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: