Semakan Online e-Penyata Gaji 2013 (Slip Kakitangan Kerajaan) | Dunia di hujung jari. Itulah yang mampu diperkatakan . Sekarang ni nak semak apa semua dah boleh buat semakan secara online dah, tak payah susah-susah pergi beratur panjang di mana-mana pejabat untuk membuat semakan online atau membuat bayaran.

Kalau dahulu nak slip gaji memang kena tunggu gaji, sekarang anda sudah boleh menyemak slip gaji anda secara online menerusi Laman Portal Rasmi Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM).

Biasanya dalam masa 1 hari sebelum gaji, slip gaji bulan berkenaan sudah dipaparkan dalam laman portal berkenaan. Untuk akses ke laman berkenaan, pengguna kali pertama perlu mendaftarkan diri mereka. Untuk membuat Semakan Penyata Gaji Online anda boleh terus ke laman berkenaan di http://www.anm.gov.my.

Disini ianya lebih memudahkan kita untuk membuat semakan penyata gaji secara online. Selain anda boleh buat semakan gaji online, anda juga boleh menyemak penyata pendapatan tahunan. Penyata gaji anda juga akan senantiada ada disini dan bila-bila masa sahaja anda boleh cetak untuk sebarang urusan secara online.