Posted by: Habib Ahmad | 19 Mac 2013

Perhitungan Allah

Perhitungan Allah

Allah Azza wajalla berfirman :

ولولا دفع الله الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض ولكن الله ذو فضل على العالمين

“… Dan sekiranya Allah tidak menyingkirkan kejahatan sebahagian manusia oleh sebahagian yang lainnya, nescaya bumi ini akan binasa, tetapi Allah mempunyai limpahan rahmatnya ke atas alam semesta.
” (Q.S. AlBaqarah [2]: 252).

Kehendak dan rencana Allah pasti berlaku dan tidak ada sesiapa mampu melawan atau menahannya, tanpa mengira siapa pun samada mereka itu di kalangan para malaikat atau nabi-nabi apatah lagi kita manusia biasa.

Apa jua bala bencana akan turun kepada manusia yang ingkar tanpa perlu diberi amaran awal pada bila-bila masa.

Tapi Allah dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahimnya telah memberi janji kepada manusia yang lemah ini dan mereka yang rajin mentaatinya bahawa :

1. Manusia tidak akan diazab tanpa diberi amaran awal olehnya.

2. Azab akan turun hanya bila banyak berlaku keburukan hingga mengatasi kebaikan.

3. Jika terdapat orang-orang soleh di kalangan manusia maka mereka akan mendapat rahmat dari kesolehan orang tadi lalu terhindar dari malapetaka yang sepatutnya diturunkan kepada mereka.

4. Jika manusia sempat bertaubat sebelum diturunkan azab nescaya azab itu akan dijauhkan dari mereka.

5. Jika Allah menurunkan juga azabnya maka itu hanyalah untuk menyedarkan manusia dan meningkatkan keimanan mereka kepada Allah.

حدثني محمد بن عمر قال : حدثنا أبو عاصم عن عيسى ، عن ابن أبي نجيح ، عن مجاهد في قول الله : ” ولولا دفع الله الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض ” يقول : ولولا دفع الله بالبر عن الفاجر ، وببقية أخلاف الناس بعضهم عن بعض ” لفسدت الأرض ” بهلاك أهلها .

Mujahid menjelaskan bahawa : jika tidak kerana ada pertimbangan Allah dengan melihat kebaikan sesetengah manusia terhadap kejahatan orang jahat dan saki baki orang soleh di kalangan manusia maka akan rosaklah bumi dengan kerosakan penghuninya.

حدثنا ابن وكيع قال : حدثنا أبي ، عن حنظلة ، عن أبي مسلم قال : سمعت عليا يقول : لولا بقية من المسلمين فيكم لهلكتم .
Abu Muslim berkata : aku pernah dengar Saidina Ali radiallahuanhu berkata : Jika tidak ada sebilangan orang Islam yang baik di kalangan kamu nescaya kamu sudah binasa.

حدثني أبو حميد الحمصي أحمد بن المغيرة قال : حدثنا يحيى بن سعيد قال : حدثنا حفص بن سليمان ، عن محمد بن سوقة ، عن وبرة بن عبد الرحمن ، عن ابن عمر قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : ” إن الله ليدفع بالمؤمن الصالح عن مائة أهل بيت من جيرانه البلاء ” ثم قرأ ابن عمر : ” ولولا دفع الله الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض ” .

Berkata Ibnu Umar : sabda Rasulullah salawaalaihiwasalam : Sesungguhnya Allah dengan sebab ada seorang lelaki soleh menahan azabnya terhadap seratus orang dari ahli keluarganya di kalangan jiran-jiranya. Kemudian Ibnu Umar membaca ayat di atas tadi.

حدثني أحمد أبو حميد الحمصي قال : حدثنا يحيى بن سعيد قال : حدثنا عثمان بن عبد الرحمن ، عن محمد بن المنكدر ، عن جابر بن عبد الله قال : [ ص: 375 ] قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : إن الله ليصلح بصلاح الرجل المسلم ولده وولد ولده وأهل دويرته ودويرات حوله ، ولا يزالون في حفظ الله ما دام فيهم .

Dari Muhammad bin Mukandar dari Jabir bin Abdillah berkata : Bersabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah memperbaiki dengan sebab kesolehan seorang lelaki akan anak-anaknya,cucunya dan orang disekelilingnya dan sekitar mereka. Mereka itu sentiasa di dalam perlindungan Allah selama ia masih berada di kalangan mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: