Posted by: Habib Ahmad | 19 Mac 2013

Keputusan SPM 2012 Khamis ini.

KUALA LUMPUR 15 Mac – Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini.

Memetik kenyataan Kementerian Pelajaran, kesemua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

“Bagi keputusan calon persendirian, ianya akan dimaklumkan menerusi kiriman pos ke alamat kediaman para pelajar.

“Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac,” katanya.

Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh Negara.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: