Surah Yasin Hati Al-Quran
Mac 13, 2013 — sulaiman
…Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha Allah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.” [Dikeluarkan oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam’an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma’qal bin Yasar (jilid v h 26).]
Intipati Surah Yaasin
Tentang Kiamat
…..dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (Ya-sin: 78)
Ya-sin [79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (Qiyamah:3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Qiyamah: 4)
Al-Quran Diturunkan Sebagai Peringatan Kepada Mereka Yang Takutkan Allah.
Nabi Muhammad s.a.w. juga ditugaskan untuk memberi amaran kepada orang Islam yang terdidik yang takutkan Allah s.w.t:
Ya-Sin [11] : Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
Ayat Untuk Meminta Ditunaikan Hajat Di Hati
Ada satu kaedah yang dipanggil “3 hati”:
1) Bangunlah pertengahan malam (sekitar 3.30)– HATI MALAM
2) Baca surah Yassin – HATI QURAN
3) Berdoa lah minta ditunaikan hajat – Hajat HATI.
1) Ayat 14
Ya-sin [14] Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu.
Ayat 14 ini juga menerangkan tentang dakwah secara berkumpulan.
2) Ayat 61 – Wa ani’ budu ni
[61] Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
Diriwayatkan dalam sebuah hadith yang lain, ” Sesiapa yang membaca Surah Yassin, dia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa yang membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membacanya ketika kehilangan sesuatu barang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akanm mencukupi.Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”