Posted by: Habib Ahmad | 10 Mac 2013

Mukmin gugur di medan perang mati syahid

Mukmin gugur di medan perang mati syahid

Posted by epondok di Mac 9, 2013

Rate This

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Setiap orang Islam wajib memelihara kehormatan dirinya dan keluarganya daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang lain sekalipun terpaksa berhadapan dengan bahaya atau pelbagai kesusahan.
Orang yang terbunuh kerana perkara itu, matinya adalah mati syahid. Demikian juga Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa menjaga maruah agama supaya tidak dihina dan dicaci oleh orang lain lebih-lebih lagi orang kafir.

Daripada Jabir katanya, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW pada hari Uhud, katakan kepadaku, kalau aku terbunuh (dalam peperangan ini), di mana aku? Jawab baginda: Di syurga. Lalu lelaki itu segera meletakkan beberapa biji tamar yang ada di tangannya, kemudian dia berperang sehingga mati terbunuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang benar niatnya untuk mati syahid akan diperkenankan Allah dengan menghasilkan apa yang diniatnya.

Orang Mukmin hendaklah bersegera melakukan kebajikan. Seseorang yang mati dalam peperangan kerana menegakkan agama Allah dia adalah mati syahid dan balasannya ialah syurga.

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW: “Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan seksaan Allah.

Seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecederaan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar serta tekun (khusyuk)menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan lebam di dahi.

Semua ini adalah ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan itu amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.


Responses

  1. alhamdulillah,.
    terucap syukur dan terima kasih atas penulis,
    Mudah2an artikel ini membuatku selalu sabar,tegar dan menjadi penentram diri.
    Semoga para alim ulama,habibullah senantiasa d rindukan nasihat dan ilmunya serta dalam limpahan rahmatNya.
    amin


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: