Panasnya Neraka, Doa dan Amalan Untuk Selamat

“Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka diletakkan di dunia, maka tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi…”. Rasulullah mengajar kita berdoa “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. Baginda juga bersabda “Sesiapa yang memelihara empat rakaat sebelum sembahyang Zohor dan empat rakaat selepasnya; Allah mengharamkannya daripada api neraka. “Sesiapa yang sembahyang sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”. Namun syaratnya hendaklah dilakukan segala ibadah dan kewajipan-kewajipan yang lain.

Panasnya Neraka

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi Adam as. Maka Jibril a.s. pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Malik Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar buah kurma.

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, maka tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Sembahyang Sunat Mengiringi Zohor dan Azar

Daripada Ummu Habibah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang memelihara empat rakaat sebelum sembahyang Zohor dan empat rakaat selepasnya; Allah mengharamkannya daripada api neraka.” (tidak dimasukkan ke dalam neraka)

Sembahyang sunat sebelum Asar tidak sunat muakkad tapi mendapat rahmat dari Allah dan dilepaskan dari azab neraka.

Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah merahmati orang yang solat sunat empat rakaat sebelum solat Asar.”( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sesiapa yang sembahyang sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (Tabrani) – tidak terbakar oleh api neraka