Posted by: Habib Ahmad | 23 Januari 2013

Mawlid 1434

Mawlid 1434

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kemurahanNya, insyaAllah dapat lagi kita bersua dengan hari di mana lahirnya cahaya pertunjuk yang menunjuki jalan keselamatan. Hari kelahiran Baginda Muhammad SAW yang sewajarnya diperingati setiap masa dan ketika, teristimewa pula pada tanggal yang bertepatan dengan hari kelahiran baginda SAW lebih 1000 tahun dahulu. Marilah kita jadikan hari ini sebagai hari kesyukuran atas rahmat dan nikmat Allah teragung bagi sekalian makhlukNya, juga kita jadikan hari ini sebagai hari kita menghisab diri kita, memperbaiki diri kita, menanam azam, meneguh tekad dan memantapkan niat untuk menuruti, mencontohi, mengikut segala ajaran dan sunnah Baginda Muhammad SAW.

Mari kita sama – sama mentelaah kembali sirah kehidupan dan keagungan pribadi Baginda Muhammad SAW melalui penghayatan karya-karya tulis para ulama yang muktabar. Antaranya karya agung yang masyhur lagi berkat, untaian – untaian indah mutiara mawlid Baginda Muhammad SAW, karangan ulama besar dan wali ternama, Mufti Tanah Haram Sayyid Ja’far al-Barzanji rahimahullah. Mawlid yang dengannya kita dibesarkan, dahulunya sewaktu kelahiran kita itulah mawlid yang dialunkan sebagai tanda kesyukuran ayah bonda kita. Itulah mawlid yang sentiasa dibaca oleh bangsa kita, Bangsa Melayu yang budiman, dalam segala kenduri – kendara mereka. Maka alangkah sedihnya, jika amalan warisan zaman berzaman bangsa ini dipinggirkan untuk memberi laluan kepada yang lain. Seharusnya amalan kebajikan seumpama membaca mawlid ini hendaklah ditambah dan bukannya dikurangi. Mudah-mudahan Allah memperkukuhkan persatuan, kesatuan dan ketuanan Melayu – Islam di rantau Nusantara Tanah Melayu khasnya dan segala pelusuk dunia amnya dengan jah Baginda Muhammad SAW. Selamat Menyambut Mawlid Junjungan Nabi SAW.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: