Berkata Sultan Arifin Jalaluddin As Syuthi di dalam kitab Al Wasail Fi Syarhi Al Syamail :

Mana-mana rumah atau masjid atau kawasan yang dibacakan MAULID maka pasti orang-orang di tempat itu dinaungi oleh para malaikat dan Allah akan melimpahi mereka dengan rahmat dan dikunjungi malaikat yang membawa cahaya iaitu Jibrail, Mikail, Israfil, Qaryail, Ainail, dan malaikat yang yang berbaris-baris dan yang ditugaskan menghadiri majlis zikir dan malaikat yang berada di atas langit maka mereka akan berselawat dengan sebab dibacakan MAULID.

Beliau berkata lagi :

Orang Islam yang membaca maulid di rumahnya akan dijauhkan dari segala malapetaka seperti kemarau panjang, wabak, kebakaran, kerosakan, bala bencana, perbuatan hasad dengki, kejahatan ‘ain, keburukan dan kecurian bagi ahli rumah tersebut. Jika ditakdirkan meninggal pada tahun itu maka Allah akan mudahkan baginya menjawab soalan kubur dan tempatnya adalah di kalangan orang yang berjaya di sisi Tuhan yang maha menguasai dan berkemampuan.