Posted by: Habib Ahmad | 4 Januari 2013

Rezeki Pejuang Yang Syahid

Rezeki Pejuang Yang Syahid
Januari 3, 2013 — sulaiman
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)

Dari Masruq r.a katanya :”Kami menanyakan kepada Abdullah tentang pengertian ayat Ali-Imran:169″. Abdullah menjawab : “Sesungguhnya kami telah menyanyakan hal itu (kepada Nabi) dan beliau menjawab : “Arwah mereka dalam rongga burung yang berwarna hijau mempunyai lampu yang tergantung di ‘Arasy. Bebas pergi ke mana-mana dalam syurga, sekehendaknya. Kemudian dia pulang kembali ke dalam lampu tadi.

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Ali-Imran:170)

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Ali-Imran:171)

Ingin Kembali Ke Dunia Dan Mengulanginya Hingga 10 Kali

Para Syuhada ini menerima ganjaran yang sangat istimewa sehingga sanggup kembali ke dunia untuk mengulangi kematian berbanding golongan lain seperti para wali dan orang soleh yang tidak sanggup lagi kembali ke dunia yang penuh dengan syirik, maksiat dan kezaliman.

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya:”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid. (Muslim)

Cita-Cita Mati Syahid Pun Dapat Pahala

Dari Sahl bin Hunaif r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memohonkan kepada Allah akan kesyahidan – yakni supaya mati syahid – dengan hati yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tempat kediaman para syuhada – yakni pahalanya disamakan dengan mereka, sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya.” (Riwayat Muslim).

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/01/03/rezeki-pejuang-yang-syahid/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: