Posted by: Habib Ahmad | 25 Disember 2012

Balasan Peniaga Yang Tidak Jujur

Balasan Peniaga Yang Tidak Jujur

Disember 23, 2012 — sulaiman

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.” (tidak akan masuk syurga bersama Nabi)
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! Sesiapa yang menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)” (Riwayat Muslim, 1/99)

Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.

Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesiapa yang menyorok barang makanan ke atas orang Islam, Allah akan menimpakannya dengan bala penyakit kusta dan muflis (bankrap) (Riwayat Ahmad)

Menyorok barang keperluan seperti makanan dengan tujuan menjualnya pada harga yang mahal dan mendapatkan untung yang lebih.

Dalam hadis yang lain, peniaga yang amanah akan masuk syurga bersama Nabi. Amanah iaitu jujur dalam meletakkan harga yang berpatutan dan memberitahu sekiranya ada kerosakan. 

Diriwayatkan hadith dari Abi Hamzah hadith dari hasan hadith dari Abi Said hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Seorang pedagang (atau peniaga atau penjual atau orang bisnes) yang jujur(yakni, tidak menipu) dan orang yang dipercayai (yakni, mengikuti setiap amanah al-Quran dan as-Sunnah dalam berdagang atau berniaga) akan bersama-sama dgn para nabi dan para siddiqin orang yg benar dan jujur) dan orang-orang yg mati syahid (di akhirat kelak).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Dagangan]

Islam melindungi pengguna, “hak pengguna” itu asalnya dari Islam. Pembeli mesti melihat terlebih dahulu barang yang hendak dibeli. Sekiranya pembeli telah membeli dan mendapati ada kerosakan pada barang itu, maka dia boleh memulangkan barang tersebut kepada penjualnya dan mendapatkan kembali wangnya (money back guarantee).
Penjual tidak boleh mengira keuntungan semata-mata. Sekiranya ada kecacatan pada barang yang dijual hendaklah ditunjukkan kepada pembeli. Terpulang kepada pembeli samada masih ingin membeli atau tidak. Jika pembeli masih mahu membeli, hendaklah dijual pada harga yang lebih murah kerana terdapat kecacatan pada barang itu.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang Muslim menjual jualan yang mempunyai aib, kecuali ia menjelaskan aibnya.” (Hadis riwayat Imam al-Quzwani).

Sabda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang lain: “Adalah tidak halal seorang Islam menjual barang cacat kepada pengguna dengan tidak menyatakan kecacatan itu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah).


Responses

  1. Assalamu’alaikum,,,
    Ilmu yga bermanfaat Aamiin,,
    ijin meng copy,,
    terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: