Sistem “Carpool” : Khidmatus Sayyarah

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kami dari pihak Majlis Ta’lim darul Murtadza ingin memperkenalkan sistem baru iaitu “Khidmatus Sayyarah”.

Tentang Sistem

Sistem ini adalah platform untuk jemaah majlis ta’lim mingguan untuk menawar atau mencari ruang kenderaan.

Ia adalah salah satu usaha kami untuk menyelesaikan masalah pengangkutan kepada jemaah sekaligus memudahkan kepada semua untuk menghadiri Majlis Ta’lim Mingguan Darul Murtadza. Ia hanyalah satu platform komunikasi di antara jemaah Majlis Ta’lim. Buat masa ini, jemaah hanya boleh menggunakan email sahaja.

Bagaimana untuk menggunakan sistem?

Mudah sahaja, sila ke page Khidmatus Sayyarah dan ikuti 3 langkah mudah yang telah disediakan.

Sila rujuk di sidebar website ini untuk link nya atau teruskan ke link di bawah:-

http://www.darulmurtadza.com/p/sistem-carpool.html

Pesanan kami

Tidak ada satu pon yang sempurna 100% termasuklah sistem Khidmatus Sayyarah. Mungkin ada ruang untuk diperbaiki lagi dari semasa ke semasa. Ianya masih dalam fasa percubaan yang diniatkan untuk membantu jemaah Majlis Ta’lim. Kami memohon maaf jika ada kekurangan.

Semoga usaha ini dapat menyediakan peluang untuk semua ke Majlis Ilmu 🙂 .

Advertisements