Posted by: Habib Ahmad | 15 Oktober 2012

Orang yang Dihisab Dengan Teliti Akan Tersiksa

Oktober 13, 2012 — sulaiman
Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa”.Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.” (Riwayat Muslim)

Di hari itu (hari Kiamat) setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”? Mereka yang ditanya secara ‘detail’ semasa hisab biasanya dimasukkan ke dalam neraka. Siti Aisyah r.a. pernah bertanya Rasulullah saw “kalau begitu mengapa ramai juga yang masuk syurga”. Jawab Baginda “Orang soleh cuma ditanya sedikit sahaja dan soalan yang mudah-mudah sahaja”. (Allah tanya secara lebih kurang sahaja).

Antara persoalan di hari Akhirat ialah ditanya “Kenapa kamu tidak sembahyang”? Jika dijawab “Kerana aku menjadi raja dan sibuk dengan pemerintahan. Lalu dibawa Nabi Daud dan Sulaiman. Mereka juga adalah raja, tetapi mereka tidak pernah meninggalkan sembahyang. Jika dijawab “Kerana aku sakit“. Maka dibawakan nabi Ayyub. Beliau sakit dalam tempoh yang lama tetapi tidak pernah meninggalkan sembahyang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: