Posted by: Habib Ahmad | 20 Ogos 2012

Buat seluruh keluarga besar Majlis Ta’lim Darul Murtadza

Buat seluruh keluarga besar Majlis Ta’lim Darul Murtadza, para pencinta ilmu serta sekalian kaum muslimin dan muslimat, raihlah hari kemenangan, kesucian dan kebesaran ini dengan menadahkan kedua tangan kepada YANG MAHA PEMBERI dengan ucapan ALHAMDULILLAH, maka dengan lafaz itu, semoga ALLAH SWT akan menambahkan nikmat itu lebih besar untuk kita.

اللهم آمين يا رب العالمين

Eid Al Fitri adalah hari kemenangan, kesucian dan hari kebesaran.
Hari Kemenangan kerana kita berjaya menahan hawa nafsu selama sebulan penuh untuk beribadah puasa.
Hari Kesucian kerana seseorang yang sempurna berpuasa dan menunaikan zakat fitrahnya maka dia akan disucikan dari dosa umpama bayi yang lahir dari perut ibunya (tanpa dosa).
Hari kebesaran kerana kemenangan dan kesucian yang kita raih adalah semata-mata hadiah yang besar dari ALLAH SWT untuk kita.

Daripada Ibnu Abbas r.a.
“Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mewajibkan Zakat Fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata keji, serta sebagai pemberian makanan bagi orang-orang miskin”.

“Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun.” (Hadis Riwayat Muslim)

من العائدين والفائزين تقبل الله من و منكم
كل عام وأنتم بخير

Ucapan daripada: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: