Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh WAHHABI.
Ini merupakan satu usaha jahat wahhabi di Arab Saudi dalam menghakis kesan-kesan peninggalan sejarah dari Junjungan Mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Usaha berterusan dalam melemahkan ingatan umat Islam terhadap Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga ALLAH melindungi kita semua.
Saya tidak faham bagaimana tergamaknya mereka memusnahkan keulungan warisan kemuliaan ini. Tidakkah wahhabi-wahhabi ini merindui dan bercita-cita untuk duduk dimana duduknya tubuh mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Berhajatkan menempatkan tapak tangan, kaki mereka dimana pernah Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم letakkan. Tidakkah hati-hati keras itu dapat merasai betapa kerasnya batu-batu gua yang melindungi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dari serangan tentera musyrik dalam Perang Uhud. ALLAH… betapa kelamnya hati-hati mereka ibarat ditutupi simen-simen yang dibina dari tangan-tangan hina mereka sendiri.
Apabila mendaki Gunung Uhud, tidak terasakah bagaimana perasaan Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم merasai kesedihan apabila melihatkan tentera memanah berpaling dari arahannya. ALLAHU ALLAH. Kerasukan apa yang menyentap jantung para pemuda di Saudi sehingga tergamak menodai tinggalan sejarah Nabi Muhammadصلى الله عليه وآله وسلم . Tidakkah mereka terimbau bagaimana berlumba-lumbanya pemuda sebaya mereka merayu agar turut sama berjuang bersama Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud. Ayah pemuda Rafi’ bin Khudaij merayu kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم Agar mengizinkan anaknya berjuang.
Tetapi belia-belia di Arab Saudi yang terjerut leher mereka dengan akidah wahhabi, tidak langsung merasai keheningan kecintaan terhadap Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Bapa-bapa di Saudi begitu tenang dengan kerosakan akhlak anak-anak muda mereka.
Tuan-Puan, Gunung Uhud menyaksikan bagaimana syahidnya bapa saudara Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Sayidina Hamzah bin Abdul Muthalib.
Gunung Uhud turut menjadi saksi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم terjatuh apabila dibaling bertubi-tubi dengan batu oleh tentera musyrik ketika itu. Gigi mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bahkan tertanggal dengan kepala yang terluka, darah mengalir di wajah mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم hingga membasahi wajah beliau. ALLAH…..Seraya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berkata dalam keadaan menahan pedih :
كيف يفلح قو م خضبو ا و جه نبيهم و هو يد عو هم إ لى ربهم
“Bagaimana mungkin suatu kaum memperolehi kejayaan, mereka mengalirkan darah di wajah Nabinya yang mengajak mereka ke jalan ALLAH” [Ibnu Hisyam, J:2]
Tuan-Puan, Uhud hari ini menyaksikan betapa kemusnahan akhlak di kalangan pemuka wahhabi. Mereka telah menyakiti Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . Bahkan mereka menghalangi para pecinta Baginda dari menziarahi, merasai dan menghirup haruman syuhada Uhud. Maka tertutuplah hati mereka bagai disimen oleh tangan-tangan hina mereka. Perhatikanlah saudara mara terdekat kita agar tidak terpesong dengan keruntuhan akhlak sebegini. ALLAHU AKHBAR……
أ خف عنا يا الله
Saudaraku, ini adalah strategi penguasa Arab Saudi untuk menghilangkan jejak sejarah Baginda SAW. Ini adalah usaha mereka agar mereka tetap kekal dalam kekuasaannya.
Tapi sayang, banyak orang ‘percaya’ bahwa ini merupakan usaha para alim untuk mencegah bid’ah dan syirik. Padahal ini hanya masalah mengekalkan kekuasaan yg mereka pernah rebut dahulu.
Wallaahu a’lam.
Salam akhi muslim semua.
Memang benar tingkah dan sikap para wahabi yang menentang dan menghapus semua jejak Rasullallah. Mereka menganggap perbuatan mrk sudah benar dan kita yang salah. Lihat dan cermati bagaimana kota mekah sekarang, mereka buat menjadi kota terhebat termegah melebihi kota2 kafir di dunia. Ingat apa kata baginda Nabi tentang para penduduk pasir yang mendirikan bangunan2 kebanggaan mereka. Apapun yang ahli sunnah wal jamaah lakukan mereka akan dengan gigihnya mengatakan bid’ah krn dizaman Rasul tidak ada itu. Coba akhi pikirkan apa2 yang mereka pakai mereka gunakan.. Baju gamis mewah.. Ada yang dengan bordiran.. Sepatu sendal buatan negeri kafir.. Mobil pesawat radio tv handphone dan lain banyaknya.. Knp tidak mereka sebut bid’ah???? Coba lihat sekarang jejak peninggalan nabi yang ada apa saja??? Mungkin beberapa tahun kedepan mereka akan hilangkan Ka’bah.. Atau mereka akan tinggikan Ka’bah seperti hotel??? Wallahu ‘alam..
Allah Maha Benar menurunkan Nabi Muhammad SAW dimekah.. Krn sifat JAHILIYAH mereka masih ada sampai sekarang. OH MEKKAH apa yg akan terjadi denganmu nanti….
Asal wahabi…”Jaga-jaga kamu syeikh daripada najad,sesungguh ia itu syaitan”.-alhadis.Satunya syeikh ulama songsang yang berasal dari najad dan di lantik sebagai syeikhul islam oleh Ibnu Saud atas dasar politik ialah Muhammad bin Abdul wahjab.Para ulama muktabar juga mengatakan orang yang di masudkan oleh hadis doia tasa ialah muhammad abdul wahab,dari najad,pengasas fahaman wahabi.Fahamn wahabi ini memang bala besar atas aqidah murni umat islam sedunia.wallahu aklam.
ben gurion mantan perdana menteri israel pernah menyebut sambil memegang kitab quran dgn tangan kirinya berkata kami bangsa tertua didunia tidak takut dgn ancaman tentera islam sekali pun dikumpulkan dr pelusuk dunia.namun apa yg merisaukan kami,menakutkan kami bila mana bangkitnya MUHAMMAD ke-2 pada zaman akan datang…sebahagian ulama mentafsirkan muhammad ke-2 itu adalh muhammad bin abdullah al imamul mahdi yg kezahirannya membawa keamanan,serta mengumpulkan seluruh ahli keluarga ahlul bait didunia,kezahirannya dgn penuh kasih dan sayang membawa islam kembali gemilang spt mana zaman rasulullah s.a.w..kedatangannya bersama2 dgn bantuan dr allah utk menumpaskan musuh2 lahir islam,menakluki kembali baitul maqdis ke tangan umat islam.membela kembali hak umat islam seluruh dunia kerana diberikan kekuasaan seluruh dunia spt mana iskandar zulkarnain yg memiliki kekuasaan timur dan barat….mudah2an,ditangannya lah pengasas serta pengikut2 wahabi ini dicantas,kerana mereka tidak layak memerintah bumi allah s.w.t…yg layak memerintah bumi ini hanyalah dari kalangan AHLUL BAIT RASULULLAH S.A.W….WALLAHUA’LAM.