Posted by: Habib Ahmad | 31 Mei 2012

Sanggahan Kepada Mohd Radzi Othman (Part 2)

Sanggahan Kepada Mohd Radzi Othman (Part 2)

Bismillah,
Assalamualaikum,
Hari ini kita sambung Part 2 punya sanggahan. Baca baik-baik ye sahabat-sahabat. Jangan mudah terpengaruh dengan Golongan Wahabi yang jelas mudah menyesatkan orang sehingga ramai ulama yang telah disesatkan oleh Radzi ni.
Sanggahan Ketiga
Berkata Al-Wahabi : Watak seperti ini banyak terjadi dalam sejarah Islam. Dulu, Snouck Hurgronje didatangi Ahmad Zaini Dahlan, mufti kepada Sharif Husein yang memberontak kepada Turki Uthmaniyah. Dia kononnya memeluk Islam dan menukar nama Syeikh Abdul Ghaffar, namun selepas beberapa bulan belajar, Mufti Ahmad Zaini Dahlan menulis beberapa surat pengiktirafan untuk diserahkan kepada agamawan di Jawa.
Bermudiklah dia ke Kepulauan Jawa dan disambut meriah oleh agamawan di sana. Dalam senyap-senyap maka Syeikh Abdul Ghaffar mula menanam kebudayaan Barat kepada penduduk Jawa. Dia meneliti kehidupan orang Melayu dan kemudian merencana program pengkristianan. Sempat dia menulis sepatah dua mengenai gurunya; “seorang mufti yang cintakan harta!” Watak ini terus berulang-ulang seperti putaran roda. Hari ini, lulusan agama tidak semestinya akan berdakwah Ahli Sunnah kepada masyarakat. Boleh jadi mereka akan mengajak kepada Syiah, kepadaAhbash, kepada Hizbut Tahrir, kepada Ikhwanul Muslimin, malah kepada Islam Liberal yang percaya penganut agama lain akan tetap masuk syurga.
Baik,
Lihat kata-kata yang di Bold. “Ahmad Zaini Dahlan, mufti kepada Sharif Husein yang memberontak kepada Turki Uthmaniyah”
Kata penulis, kenapa la otak si Radzi bukan otak cendekiawan, buatlah research betul-betul. Internet kan banyak. Penulis tau kenapa Radzi meletakkan nama Al-‘Allamah Syeikhul Islam Mufti Makkah Ahmad Zaini Dahlan dalam ni. Sebelum tu kita tengok sikit siapa sebenarnya Al-‘Allamah Syeikhul Islam Mufti Makkah Ahmad Zaini Dahlan. Benarkah beliau seorang mufti yang cintakan harta bak kata nukilan oleh Radzi ni. Baik, kita tengok sikit, Syeikh Ahmad Zaini bukan calang-calang orang. Kalau di nusantara, nama beliau tidak asing memandangkan sanad-sanad perguruan Ulama-Ulama pondok di Nusantara termasuk Malaysia, Indonesia, Patani dll akan bersambung kepada beliau. Beliau merupakan seorang Mufti Makkah dalam mazhab Syafie.
Gambar Syaikh Ahmad Zaini Dahlan. Mohon keberkatan beliau untuk penulis sudahi tulisan orang yang memfitnah beliau.
Gambar Syaikh Abdullah yang difitnah oleh Wahabi kerana takut akan Kitab-kitab beliau
Kita lihat, antara anak murid Syaikh Ahmad Zaini ialah Syaikh Daud Al-Fathoni. Berikut adalah nukilan oleh Al-Marhum Ustaz Wan Shaghir:
Perbicaraan salasilah atau sanad pelbagai ilmu Sheikh Ahmad al-Fathani melalui pertalian dengan guru-gurunya ini adalah sangat luas dan panjang. Di antara salasilah atau sanad-sanad yang dimaksudkan seumpama sanad kitab-kitab hadis, tafsir, fiqh, usul fiqh, aqikah, tasauf, nahwu, sharaf, bayan, ma’ani dan lain-lain. Semuanya akan penulis bicarakan secara terperinci.

Berikut adalah kesinambungan guru-guru beliau yang terdiri dari ulama-ulama Mekah dan Madinah yang sebahagiannya telah dibicarakan sebelum ini, maka selebihnya iaitu:

* Saiyid Ahmad Bin Zaini Dahlan

Sheikh Ahmad al-Fathani selain belajar di bawah kelompok Saiyid Abu Bakri Syatha, pada waktu yang lain belajar pula secara langsung kepada Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Ini bermakna Sheikh Ahmad al-Fathani dan Saiyid Abu Bakri Syatha sama-sama mengaji kitab ketika Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan mengajar. Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut pada nazham ‘Uqudid Durri mengenai Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, iaitu Wa bi Syaikhina wa Mulazina ‘uryan man ghafaral hajija huwal musamma Ahmada.

Dalam buku riwayat Sheikh Ahmad al-Fathani terbitan pertama (1992), penulis nyatakan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani “tidak pernah menyebut bahawa beliau juga belajar kepada Saiyid Zaini Dahlan yang terkenal itu”, namun setelah dijumpai beberapa catatan, ternyata beliau juga adalah murid Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan (lahir 1232 H/1816 M, wafat 1304 H/1886 M) itu.” klik SUMBER

Antara anak murid Syaikh Ahmad Zaini yang dikatakan Mufti Tamak Harta ialah:
Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-
  • Kiyai Nawawi Banten
  • Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi
  • Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat
  • Kiyai Muhammad Saleh Darat
  • Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi
  • Sayyid Utsman Betawi
  • Tuan Hussin Kedah
  • Syeikh Ahmad Yunus Lingga,
  • Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah,
  • Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei,
  • Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni,
  • Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II),
  • Syeikh Abdul Hamid Kudus,
  • Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri,
  • Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama,
  • Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani,
  • Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdur Rahman bin ‘Utsman al-Fathoni
  • Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)]
  • Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh)
  • Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah – kanan]
  • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi
NAK TAU KENAPA WAHABI SEPERTI RADZI SANGAT BENGANG DENGAN SYAIKH ABDULLAH AL HARARI DAN SYAIKH AHMAD ZAINI DAHLAN?
Kerana kedua-duanya sangat menentang WAHABI Al-MUJASSIM AL-MUSYABBIH….Syaikh Ahmad Zaini yang zamannya amat hampir dengan kebangkitan Mohd ibn Abd Wahhab, telah menulis satu Kitab Untuk Pegangan ASWJ iaitu kitab “FITNATUL WAHHABIAH”. Kitab ini amat ditakuti kerana beliau menulis secara detail mengenai WAHABI, dari sejarah, kekejaman, dan AQIDAH KUFUR mereka. Klik untuk tengok KITAB FITNATUL WAHABIYYAH VERSI INGGERIS, klik untuk download KITAB FITNATUL WAHHABIYYAH VERSI ARAB
Ada Lagi SANGGAHAN Part 3…NANTIKAN!!!!

Responses

  1. Salam.

    Murid Tuan Guru Syed Ahmad Zaini Dahlan iaitu Syed Abd Rahman Al Idrus @ Tokku Paloh adalah seorang ulama dan wali Allah yang gigih menetang penjajah inggeris yang ingin bertapak di negeri Terengganu. Antara fatwa beliau ialah haram memberi @ menjual tanah kepada inggeris yang bukan islam. Fatwa yang sama dikeluarkan oleh mufti Plastien yang terkenal iaitu Syed Mohammad Amin Al Husaini pada zaman dahulu.

    Tokku Paloh adalah satu-satunya ulama melayu yang terkenal dengan amalan yang disandarkan kepada beliau sendiri iaitu Syahadah Tokku Paloh.

    Ustaz-ustaz muda ini sepatutnya berhati-hati sebelum merendah-rendahkan seorang ulama atau wali-wali Allah.

    Apa untungnya orang-orang islam berpecah dan menjadikan mereka yang bukan islam sebagai sekutunya. Sejarah telah membuktikannya.

  2. Saya tertarikh dgn pembicaraan di atas. Ramai ulama dan bijak pandai Islam disesatkan oleh Mohd Radzi Othman ini. Tetapi anehnya, ada pula ulama yang tidak disesatkan oleh Radzi, pernah disesatkan oleh pihak yang lain. Tetapi diskusi sebegini biarlah di forum yang lain. Cuma saya nak jelaskan di sini, pada mulanya saya juga keliru dan tertipu dgn nama ini. Saya sangka Mohd Radzi Othman ini adalah Prof. madya Dr. Mohd Radzi Othman di USM, tetapi meleset.Namanya serupa tetap orgnya berbeza. Mohd Radzi Othman yang menyesatkan ramai ulama dan sarjana Islam ini bukan pensyarah di USM tetapi Timbalan Sekrekatriat Ulama Muda UMNO. Harap maklum..

  3. Makasi atas ilmunya, indonesia dan malaysia bersatulah. Seperti ulama kita tempo dulu, kita harus terapkan rasa bangga pada ulama masa lalu

  4. Bersatulah wahai para bijakpandai. Bila lagi dan apa lagi yang ditunggu. kami mengharapkan tuan-tuan untuk menjelaskan perkara sebenar..bersatulah , bermuzakarahlah dan keluarkankan fatwa. Sebarkan yang Haq untuk menolak kebatilan. Sudah terlalu banyak perkara mengelirukan. Tolonglah kami rakyat bawahan…kami perlukan pimpinan Islam sebenar


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: