Posted by: Habib Ahmad | 27 Mei 2012

Hindari bersangka buruk, mencari kelemahan orang

Hindari bersangka buruk, mencari kelemahan orang Posted by epondok di Mei 26, 2012 Rate This Oleh Syed Abi Ghufran Syed Ahmad al-Idrus Hanya keimanan, takwa boleh tangani penyakit hati SUATU hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan al-Basri berbisik, alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku. Tiba-tiba Hassan al-Basri melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12) Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata: “Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang saja sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang.” Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi itu. Maka lelaki itu berkata padanya: “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan.” Hassan al-Basri terpegun lalu berkata: “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan. Orang itu menjawab: Mudah-mudahan Allah memperkenankan permohonan tuan.” Sejak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. Mencari kesalahan orang lain hadir apabila wujudnya sangkaan buruk dalam hati sehingga terbukalah kesalahan, keaiban atau kelemahan seseorang yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah penyakit hati yang akan menyerang sesiapa saja. Hanya keimanan dan ketakwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang mengganggu serta menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tidak tepat dengan sesuatu kesalahan dilakukannya maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58) Hubungan baik antara satu dengan lain khususnya antara sesama Muslim harus dijalin dengan sebaik-baiknya kerana Allah SWT telah menggariskan bahawa setiap Mukmin itu bersaudara seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujuraat, ayat 10) Hidup kita tidak lekang daripada disangka buruk dan bersangka buruk. Kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tarmizi) Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12) Menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti kukuh kini menjadi lumrah. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman apabila manusia tidak berbangga dengan kerja amal sebaliknya gah dengan dosa dilakukan. Sangkaan buruk boleh terjadi dengan beberapa sebab antaranya godaan dan tipu helah syaitan yang merangsang manusia bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat dan berpecah belah. Jiwa yang lemah juga akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran negatif dan buruk terhadap orang lain. Perasaan sombong dan bongkak turut mewujudkan sifat negatif ini yang menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Jika perkara ini tidak ditegah, ia akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah SWT yang datang tanpa mengira darjat, iman dan bangsa. Apabila kita memiliki sifat buruk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita peroleh baik dalam kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia adalah wadah kehancuran, mengundang segala macam keruntuhan. Islam mendidik umatnya supaya mendahulukan bersangka baik berbanding cepat bersangka buruk. Hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan. Ulama dan cendekiawan Islam menyarankan beberapa cara dan penawar bagi menyembuh penyakit ini antaranya bermuhasabah diri setiap hari serta jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan yang dikuasai was-was. Saidina Umar bin al-Khattab berkata: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara Mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”


Responses

  1. Allahu Akbar..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: