Posted by: Habib Ahmad | 24 Mei 2012

Buku Irshad Manji sebar Islam Liberal haram

Buku Irshad Manji sebar Islam Liberal haram

 

PENGUAT kuasa JAWI merampas buku Irshad Manji dalam operasi sekitar ibu negara, semalam. - Foto Rosdan Wahid 

PENGUAT kuasa JAWI merampas buku Irshad Manji dalam operasi sekitar ibu negara, semalam. – Foto Rosdan Wahid

Oleh Syuhada Choo Abdullah, Hardi Affendi Yaacob dan Haspaizi Mohd Zain

Kandungan berunsur liberalisme, bertentangan dengan ajaran Islam: JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan tulisan Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan dan Cinta bertentangan dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, JAKIM mengemukakan perakuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin meminta penjualan buku karya warga Kanada kelahiran Uganda itu diharamkan.

Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil selepas kajian mendapati ia mengandungi unsur liberalisme dan boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

“Penelitian JAKIM juga mendapati Irshad cuba mempengaruhi pembaca supaya menggunakan akal secara bebas dalam mentafsir perkara berkaitan agama,” katanya semalam.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi mengesahkan KDN menerima perakuan JAKIM berhubung buku itu dan sedang menelitinya.

“Saya sudah meminta pegawai bahagian penerbitan meneliti perakuan serta penjelasan JAKIM. Ada beberapa proses perlu dibuat tetapi tindakan akan diambil secepat mungkin. Saya menunggu laporan dan pasti mereka beri perhatian kerana ini membabitkan kepentingan awam.
“Berdasarkan prosedur, KDN memastikan buku yang diharamkan tidak lagi dijual dan kedai buku lazimnya bertanggungjawab,” katanya.

Buku Irshad diterjemahkan daripada versi bahasa Inggeris dan dilancarkan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang Irshad mengadakan sebarang program, forum atau ceramah di negeri itu, termasuk program di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Monash, di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu.
Program dijadualkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dibatalkan.

Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi merampas empat buku versi bahasa Inggeris bertajuk Allah Liberty & Love – Courage To Reconcille Faith & Free-dom dan tiga terjemahan bahasa Melayu yang diterbitkan syarikat tempatan dalam operasi di ibu negara.

Sepasukan pegawai dan anggota bahagian penguat kuasa JAWI menyerbu kedai buku di sebuah pusat beli-belah di Bangsar jam 8.45 malam hasil maklumat risikan dan aduan awam.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Penguatkuasaan) JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, berkata pihaknya turut mengarahkan pengurus cawangan kedai berkenaan dan seorang pekerjanya hadir di pejabat jabatan untuk membantu siasatan.

“Ini cuma sebahagian saja. kami tidak menolak kemungkinan ada banyak lagi buku itu dalam pasaran dan sedang mengesan kedai yang menjualnya.

“Kami menerima maklumat sekurang-kurangnya 500 buku edisi terjemahan sudah dicetak,” katanya.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan iaitu menghasilkan penerbitan yang bercanggah hukum syarak, selain menjejaskan kesucian Islam dan institusinya.

Mengikut akta itu, pihak yang mencetak, menerbit, mengedar, menjual atau memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tinjauan Berita Harian di kedai berkenaan mendapati buku edisi bahasa Inggeris dijual RM57.60 senaskhah, manakala bahasa Melayu RM60 senaskhah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: