Posted by: Habib Ahmad | 24 Mei 2012

Berita Majlis Ta’lim Darul Murtadza

Seperti biasa, Majlis Ta’lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran– Ayat 250 – 252
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi –
    Hadis ke 376 – 377 – Keutamaan mencintai kerana Allah dan menganjurkan sikap sedemikian, juga memberitahukannya seseorang kepada orang yang dicintainya bahawa ia mencintainya dan apa yang diucapkan oleh orang yang diberitahu sedemikian itu.
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali – muka surat 65 – 67
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad- Muka surat 88 – 89

 

Alhamdulillah, Majlis Ta’lim Darul Murtadza kali ini telah dihadiri oleh seorang lagi tetamu yang istimewa. Beliau adalah Habib Muhammad bin Soleh Al Attas.
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, dalam ucapan alu-aluannya telah memperkenalkan secara ringkas tentang Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas. Beliau adalah pemimpin dari Sebuah Sekolah di Huraidhah, Hadramaut, Yaman. Ramai daripada pelajar-pelajarnya, daripada Malaysia, Indonesia serta pelbagai negara yang berdekatan dengan bandar Huraidhah. Beliau juga adalah antara individu yang berhubung rapat dengan Habib Umar Bin Hafidz.
Dalam tausiyah ringkasnya, Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas, telah menerangkan antara kepentingan ilmu, kemuliaan Majlis-majlis ilmu serta pesanan-pesanan yang menyentuh jiwa jemaah lantas memberikan motivasi kepada kita semua untuk terus beribadat demi Allah S.W.T. Dengarkan segala pesanan beliau di dalam rakaman Majlis Ta’lim di atas di Bahagian 2, minit ke 13.
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid bersama Tetamu Istimewa, Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas
Majlis Ta’lim Darul Murtadza yang dihadiri oleh semua Lapisan Masyarakat
Terima Kasih diucapkan kepada yang telah hadir dalam Majlis Ta’lim Darul Murtadza. Segala usaha anda dalam membantu kami memakmurkan lagi Majlis Ilmu ini amat kami hargai.
Untuk makluman semua, Majlis Ta’lim Darul Murtadza terbuka kepada semua lapisan masyarakat, tak kira umur, bangsa, agama. Ya, untuk yang “non-muslim” juga. Marilah kita sama-sama mengajak semua kenalan, jiran serta keluarga untuk menghadiri Majlis Ilmu yang penuh barakah ini.
Kongsikan maklumat tentang Majlis Ilmu di Facebook, Twitter, Blog serta semua medium. “Small Deeds” atau usaha-usaha yang kecil ini akan diganjarkan olehNya, insyaAllah.
Sesi Bersalaman antara jemaah serta para Habaaib selepas selesai Majlis Ta’lim
Antara yang hadir, menikmati Jamuan Ringan selepas Majlis Ta’lim Darul Murtadza
Majlis Ta’lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada setiap  Jumaat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: