Posted by: Habib Ahmad | 17 Mei 2012

Syeikh Ahmad al-Fathani: Pemikir Reformis, Islah dan Tajdid

Syeikh Ahmad al-Fathani: Pemikir Reformis, Islah dan Tajdid

 

Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat ini pada awal setiap seratus tahun orang yang mentajdidkan bagi (umat)nya, agamanya.

 

Dan Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya nescaya diberi kepadanya fiqh ad-Din (kefahaman dalam agama).

 

Dan Asas Rujukan Umat Islam Sebagaimana Firman Allah Taala Bermaksud:

‘Tanyalah Ahli Zikr sekiranya kamu tidak mengetahui’.

 

Tajdid dalam Islam adalah suatu usaha untuk menghayati agama dengan sebenar mengikut pendekatan baharu dan realiti keadaan semasa, muafakat faham daripada al-quran dan Sunnah. Akidah Sahih mengikut fahama a-Quran dan Sunnah iaitu ASWJ.

Memahami al-Quran dan sunah sebenar hanyalah melalui ulama pewaris nabi. Para ulama ini berkesinambungan dari masa ke semasa. Iaitu menterjemahkan ajaran Islam sedia ada dengan penghayatan sebenar mengikut konteks semasa. Iaitu tumpuan kepada kefahaman dan penghayatan Islam dengan pedekatan baharu dan massa.

Antara ciri-ciri faham Tajdid dan Islah Sheikh Ahmad al-Fathani ialah:

  1. 1. 1. Mengembalikan ajaran Islam ke landasan yang asal iaitu berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah.

 

  1. 2. Faham sebenar al-Quran dan Sunnah adalah melalui ulama mursyidin.

 

  1. 3. Mendorong kepentingan teras amal Islami berdasarkan Islam, Iman, Ihsan dimana kepentingan amal Islami melalui bermazhab dan bertariqat.

 

  1. 4. Memperbetulkan fahaman keliru yang terdapat di kalangan umat Islam yang beranggapan bahawa jenis ilmu dan pekerjaan yang bukan dari ibadat secara khusus tidak dituntut oleh agama.

 

  1. 5. Kepentingan ilmu dan pendidikan serta penguasaan pelbagai bidang ilmu. Menggalakkan rehlah ilmiah bagi menuntut ilmu dan pengalaman di Negara luar.

 

  1. 6. Menitik beratkan kesedaran tentang kepentingan bahasa dan sejarah bangsa serta mengambil iktibar dan panduan sejarah manaqib ulama’, Khilafah Osmaniah dan ancaman ajaran Wahabi.

 

  1. 7. Mengambil berat tentang nasib bangsanya dan sayangkan bahasa Melayu. Dia telah melakukan usaha yang terancang sebagai langkah untuk menebus maruah bangsanya dan perancangan bebaskan daripada penjajahan.

 

  1. 8. Melakukan pentashihan dan percetakan kitab-kitab Melayu/jawi bagi tatapan umah Melayu. Meninggalkan kitab-kitab serta karangannya yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi.

 

  1. 9. Menyediakan kerangka bekerja secara berpersatuan dengan dimulai penubuhan Jam‘iah al-Fataniyyah di Makkah. Merupakan organisasi Melayu yang pertama. Pengkaderan orang melayu dan ulama di Mekah bagi kembali ke tanah Melayu sebar ilmu, dakwah dan pusat pendidikan serta jihad.

 

  1. Membuka jalan berfikir menerima perubahan dan kemajuan secara luaran dan supaya mencapai kemajuan sains, teknologi dan ilmu semasa dalam pelbagai bidang serta budaya mengkaji, menyelidik dan analisis (R&D).

 

  1. Menyediakan pemikiran yang strategik dalam menghadapi cabaran, jaringan ukhuwwah dan hubungan diplomatik dengan Khilafah Islamiah Turki Osmaniah.

 

  1. Mengikuti perkembangan dunia luar kerana dunia Melayu tiada akan terlepas dari perkembangan yang berlaku di peringkat dunia,

 

  1. Menyemarak semangat mencintai bangsa,bahasa Melayu dan tanah air di atas dasar tuntutan agama.

 

Syaikh Ahmad al-Fathani sangat menekankan kepada penguasaan ilmu dan kepandaian yang meliputi segala bidang dan strategi politik yang berkesan sebagai wasilah perjuangan serta kepentingan siasah ummah.

Beliau berkata: Dan tertamaddun dengan dia oleh siyasah mereka itu sebagai tamaddun yang muafakat dengan syara’.


Pemikiran Syeih Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (10 April 1856-14 Januari 1908) menyerlahkan bahawa bangsa Melayu juga Berjaya melahirkan tokoh tajdid dan islah mengikut perspektif Islam. Semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air. Pemikiran tajdid beliau adalah terhasil dari pendidikan, tarbiah ulama’ , keilmuan dan pengalaman serta pemerhatian beliau di Haramain, Mesir dan Turki. Beliau menguasai lebih 40 bidang keilmuan dalam pelbagai bidang dan menghasilkan karya dalam bahasa Arab dan Melayu. Dengan meneliti dan analisis pemikiran beliu suatu aspek iktibar dapat diperolehi dalam merangka dan menghadapi cabaran massa. Pemikiran beliau jelas bersifat fikrah tamadun, reformis dan futuristik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: