Posted by: Habib Ahmad | 13 Mei 2012

Ibadah Yang Difardhukan di Langit

Ibadah Yang Difardhukan di Langit

Mei 9, 2012 — sulaiman

Rasulullah s.a.w. mengalami kesedihan setelah kematian dua insan yang amat disayanginya iaitu isteri Baginda Siti Khadijah r.a. dan bapa saudaranya Abu Talib. Kemudian Baginda berhijrah ke Taif untuk meneruskan dakwah tetapi tidak diterima penduduk Taif pada ketika itu sehingga berdarah kaki Baginda dilontar batu. Akhirnya, Allah SWT mengubat kesedihan Rasulullah dengan memperjalankan Baginda Mulia dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Rasulullah s.a.w. telah menerima kontrak ibadah sembahyang semasa Baginda Mikraj (naik) ke satu tempat di atas langit.

Sabda Nabi s.a.w “Semua ibadat difardhukan di bumi melainkan sembahyang, dan ia difardhukan di langit antara dua qudratnya”

Daripada Anas r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w. telah bersabda :…(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh  sembahyang…lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti…” ( Riwayat Bukhari )


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: