Posted by: Habib Ahmad | 11 Mei 2012

Ilmu, amalan baik boleh hindari penyakit hati

Ilmu, amalan baik boleh hindari penyakit hati

Posted by epondok di Mei 11, 2012

Oleh Asmaa’ Syahirah As’ari
HATI, ibu segala anggota pada badan yang menjadi tunjang utama kepada setiap tindakan serta perlakuan manusia. Namun, hati memerlukan penjagaan dan pemeliharaan sebaiknya kerana ia senang diserang segala jenis penyakit berbahaya jika tidak dijaga.

Pelbagai penyakit kronik berkaitan hati seperti radang hati, barah, bengkak hati mahupun hepatitis, ramai tidak menyedari ada penyakit hati yang lebih kronik iaitu penyakit batin yang tidak mampu dilihat mata kasar melainkan dirasai sendiri oleh penderita.
Perasaan dendam, hasad, segala jenis kebencian dan amarah adalah antara penyakit hati mesti dihindari. Tiada sebab untuk kita sebagai manusia bersikap zalim terhadap hati kerana kemahuan dan kecenderungan hati untuk mengenal pencipta, beribadah kepada-Nya dan berhikmah.
Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan jangan setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain… – Surah Al-Hujraat, Ayat 12
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Dan jika seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Meskipun natijah penyakit hasad ditanggung sendiri oleh penderita, jika tidak dikikis dikhuatiri boleh memberi kesan buruk dan menjejaskan perpaduan serta keharmonian hidup bermasyarakat. Kita dianjurkan berusaha menghindari diri daripada dijangkiti penyakit hasad.

Allah SWT melarang hamba-Nya mempunyai perasaan hasad serta sifat keji lain seperti mengumpat dan memfitnah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan jangan setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujraat, ayat 12)

Sering kali masyarakat Melayu dikaitkan dengan perasaan hasad dengki. Dikatakan orang Melayu tidak boleh maju kerana jika maju, ada saja orang yang akan berdengki. Benar atau tidak bukan persoalannya kerana ia mungkin hanya persepsi hasil penelitian suasana persekitaran.
Rentetan itu ada melihat hasad sebagai pengalaman biasa yang dilalui dalam hubungan manusia dalam setiap budaya, malah ada mendakwa ia fenomena tertentu sesuatu budaya.

Berbanding budaya masyarakat Arab, walaupun mereka dikenali dengan sikap agak kasar, dalam soal penyakit hati ini mereka terlalu menjaganya, tiada perasaan hasad sebaliknya hanya persaingan untuk menjadi lebih baik.

Oleh itu, tidak kira siapa kita, ahli politik, pelajar, pendidik mahupun ilmuwan, penyakit ini akan tetap berjangkit dan terus membarah jika hati empunya diri tidak dijaga serta dididik. Bukan salah hati dan bukan salah pangkat atau darjat yang dipegang, tetapi kerana terlalu ikutkan nafsu hati tidak terjaga.

Kata pepatah, ‘ikutkan hati mati, ikutkan nafsu lesu’. Maka menjadi tanggungjawab kita menjaga kebaikan dan kesucian hati daripada terkena sebarang kotoran atau penyakit. Penyakit hati jika tidak dibendung boleh membawa kepada kehancuran agama, bangsa dan negara.

Hanya dua cara dapat mengubati penyakit hati iaitu ilmu dan amal. Ilmu yang bermanfaat mampu mengubati penyakit hasad apabila kita tahu bahaya hasad terhadap diri, baik dari segi agama mahupun dunianya.

Ubat kedua adalah amal perbuatan dengan memperbanyakkan melakukan perbuatan baik yang boleh mendidik hati ke arah kebaikan.

Ulama berpandangan, penyakit hasad mampu diubati dengan menghayati prinsip akidah, berusaha melawan kehendak nafsu yang mengganas, bertaubat kepada Allah SWT serta berdoa supaya dilenyapkan sifat hasad dalam kehidupan seharian.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: