Posted by: Habib Ahmad | 23 April 2012

Universiti As-Sofa penyambung tugas para anbia

Universiti As-Sofa penyambung tugas para anbia

TUANKU Muhriz Tuanku Munawir merasmikan Universiti As-Sofa (UAS) pada majlis pemasyhuran penubuhan universiti itu di Dataran Sentral Seremban, baru-baru ini.

 

SEREMBAN 17 April – Penubuhan Universiti As-Sofa di negeri ini begitu istimewa kerana dilihat sebagai penyambung tugas para anbia khususnya Nabi Muhammad SAW dalam mendidik manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri serta mematuhi suruhannya.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, jika dahulu para anbia menjalankan misi mereka dengan didukung oleh para sahabat, hari ini usaha yang sama dipikul dalam pelbagai bentuk institusi dan organisasi, terutama yang bersifat pendidikan dan dakwah.

”Alhamdulillah, Yayasan Sofa Negeri Sembilan yang beta naungi telah banyak mengorak langkah yang bernilai dalam konteks ini,” titah Tuanku Muhriz pada majlis pemasyhuran penubuhan Universiti As-Sofa di sini baru-baru ini.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dua putera, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-Abidin.

Hadir sama Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Baginda yang juga Canselor universiti berkenaan bertitah lagi, universiti ini telah dirangka dan diasaskan khusus sebagai sebuah ‘Universiti Ahli Sunnah wal Jamaah’.

”Penegasan ini penting kerana hakikatnya hari ini, terdapat pelbagai kecenderungan dan aliran yang saling bersaing dalam meneruskan misi pendidikan Islam dan beta yakin, sebagai sebuah universiti yang berteraskan Ahli Sunnah wal Jamaah, institusi ini perlu menghayati beberapa ciri khusus.

”Ia perlu dipimpin dan dipandu oleh para ulama yang benar-benar menepati pewaris para anbia dan memastikan bahawa gagasan Islam yang mahu dibentuk akan menepati acuannya yang sebenar,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bersyukur kerana Universiti As-Sofa telah pun memperlihatkan beberapa aspek kepada ciri ini dan kehadiran tokoh-tokoh terpilih ulama dunia Islam bersama-sama dalam majlis ini adalah salah satu manifestasinya.

”Beta berasa sukacita dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan usaha murni ini yang menambahkan makna kepada diri beta sendiri, selain satu usaha yang sangat bermanfaat kepada negeri ini,” titah baginda.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: