Posted by: Habib Ahmad | 23 April 2012

Universiti As-Sofa laksana wasatiyyah

Universiti As-Sofa laksana wasatiyyah

 

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

 

KONTRAKTOR menyiapkan kerja-kerja akhir persiapan pemasyhuran Universiti As-Sofa (UAS) yang akan disempurnakan oleh Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di kampus bandar Dataran Sentral, Sabtu ini. – UTUSAN/Abd Razak Aid

 

SEREMBAN 5 April – Kejayaan Universiti As-Sofa (UAS) yang akan dimasyhurkan penubuhannya di sini, Sabtu ini akan dipacu dengan pelaksanaan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan oleh universiti swasta terbaru itu.

Pengerusi Majlis Universiti yang juga Pengasas Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki berkata, konsep itu juga bertepatan dengan fahaman ahli sunah yang menjadi pegangan universiti tersebut.

Beliau berkata, konsep wasatiyyah menjadi pilihan kerana sifat dan sikap sederhana adalah tonggak kejayaan serta mampu menolak ekstremisme.

“UAS berhasrat menjadi pelengkap kepada universiti yang ada di negara ini dan kita tidak berhasrat untuk menjadi pesaing kepada mana-mana universiti,” katanya pada majlis sarapan pagi bersama media massa negeri ini di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Mohamed Radzif Datuk Mohamed Shamsudin dan Pengarah Gerbang As Sofa Sdn. Bhd., Malizan Mahmood.

Majlis itu diadakan menjelang penubuhan UAS pada pukul 8 malam, Sabtu ini di kampus bandar Dataran Sentral, di sini.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga Canselor UAS dijadualkan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.

Menurut Muhammad Fuad, sebanyak 15 ulama terkemuka dari seluruh dunia telah mengesahkan kehadiran pada majlis tersebut antaranya dari Emiriyah Arab Bersatu, Abu Dhabi, Yaman, Lebanon dan Maghribi.

Beliau menyifatkan penubuhan UAS akan memberi impak yang sangat besar kepada dunia Islam berdasarkan maklum balas yang diberikan sarjana terkemuka di dunia yang gembira dengan kewujudan universiti tersebut.

“Kami percaya penubuhan UAS mampu menarik kedatangan para sarjana dunia Islam ke negara ini sekali gus menjayakan usaha negeri ini menjadi lembah ilmu seperti yang dicita-citakan.

“Dengan kedatangan para sarjana itu, negara ini juga akan menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh pelosok dunia yang mahu menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: